BALIK KE MUKA UTAMA


KOMENTAR mengulas kenyataan Pak Lah "jangan pertikai keikhlasan saya "

 
Jangan pertikai keikhlasan saya rencana pembangunan Negara begitulah sedapnya bunyi tajuk-berita di salah sebuah kolum di Utusan hari ini. Saya nak ingatkan kepada Pak Lah, ikhlas bermakana bukan Pak Lah terlepas daripda rasa tanggung-jawab atau accountability terhadap segala tidak-tanduk beliau.

Sebenarnya tidak ada siapapun yang hendak menyoal keikhlasan Pak Lah atau mana-mana pemimpin UMNO sebelum ini. Semua orang tahu apa yang dirancangkan oleh kerajaan hari ini adalah tentunya untuk kebajikkan dan faedah rakyat semua, kerana inilah saja caranya yang dapat menjamin kerajaan untuk terus memerintah.

Keiklasan sesaorang pemimpin itu, hanya tuhan saja yang tahu. Tetapi Pak Lah harus ingat, bahawa dalam soal pentadbiran negara ini, ikhlas saja tidak cukup, semua orang boleh kata mereka ikhlas. Ikhlas tidak bermakna mereka tidak payah menjawab jika mereka melakukan kesalahan.

Barang diingat, Pak Lah bukan saja bertanggung-jawab kepada tuhan, tetapi Pak Lah juga berurusan dengan rakyat jelata yang terdiri daripda berbagai pegangan, padangan dan interpritasi terhadap segala tindakan beliau itu. Rakyat yang membayar teks, dan rakyat jugalah yang akan menanggung segala kesusahan jika sesuatu kesilapan yang dibuat oleh kerajaan. Jadi Pak Lah tidak boleh terlepas daripada menjawab segala pertanyaan dan apajua persoalan yang berkaitan dengan hal-ehwal pentadbiran beliau, bukan dengan cara menagih sempati dengan menyebut nama tuhan, seolah-olah macam orang lain tidak ingatkan tuhan dan ikhlas menjalankan tugas.

Pak Lah harus diingatkan juga, inilah pakej yang Pak Lah akan terima apabila memilih menjadi seorang Perdana Menteri. Memang ramai yang akan bodek kita bila kita diatas, tetapi rakyat bukan saja tergolong daripada kumpulan kaki bodek dan kaki ampu ini, ia melibatkan semua yang menjadi warga negara ini, samada ahli UMNO atau bukan ahli UMNO. Pemimpin bijak seharusnya sensitive dan pandai membaca presepsi dan penerimaan rakyat terhadap segala tidak tanduk yang dilakukan oleh beliau. Kalau tidak, imsyaalah mereka tidak akan dipilih lagi dipilihanraya akan datang.

Apatah lagi jika sesaorang pemimpin itu menunjukkan RIAK dalam tidak-tanduk beliau. Pak Lah harus ingat, walaupun Pak Lah menang besar pada pilihanraya lalu, itu bukan bermakna Pak Lah menang atas tiket sindiri. Ramai yang masih memilih Pak Lah kerana mengenanagkan beliau adalah bekas regu Tun Dr Mahathir dan orang yang dicadangkan sendiri oleh Tun Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pak Lah mesti ingat bahawa masih ramai yang sayangkan Tun Dr Mahathir kerana menjadikan Malaysia sebuah Negara maju dan terkenal seperti hari ini dan mewariskannya pula kepada beliau.

Tetapi apabila Pak Lah mengatakan bahawa beliau bukan nak cari popular diri dengan hendak membuat sesuatu yang besar-besar dan membuat banyak hutang ini semacam satu sindiran kepada Tun Dr Mahathir sudah tentulah ini menimbulkan rasa marah dan kecewa rakyat, lebih-lebih lagi penyokong Tun sendiri. Nampak sangat Pak Lah ni pembelot dan megundang kritikan terhadap diri sendiri. Harus diingat, masih ramai yang sayangkan Tun, walaupun tidak semua yang menyukai beliau.

Kami tidak hendak Pak Lah meniru Tun, tetapi kalau boleh beliau dapat menunjukkan kesenabungan apa yang telah dibawa oleh Tun, itu pun sudah cukup memadai, kerana apa yang Tun tinggalkan, masih banyak yang belum selesai. Carilah jalan terelok untuk menyelesaikannya dengan cara terbaik dan gaya Pak Lah sendiri. Tetapi bukan dengan cara merosakkan rencana yang telah dipersetujui bersama iaitu membawa Malaysia untuk terus maju kehadapan menuju wawasan 2020.

Sebenarnya jika Pak Lah membuat kesilapan pun, itu bukanlah menjadi satu persoalan besar kepada rakyat, kerana manusia tidak lari dari membuat kesilapan. Orang akan senang memaafkan sesaorang jika sesaorang itu cepat meminta maaf. Tetapi orang tidak suka pada orang yang tak tahu kenang budi dan munujuk riak kerana itu bukan amalan hidup masyarakat Melayu.

Sebab itu orang Melayu cepat memaafkan Tun Dr Mahathir apabila melihat gambar dia mencium tangan Tunku. Walau seburuk mana orang kata pasal Tunku, orang Melayu tetap sayang dan hormatkan Tunku kerana mengenangkan jasa beliau itu. Itu adalah sifat semula jadi orang Melayu kerana kita memang diajar untuk senang memaafkan orang dan menghomati orang yang
lebih tua. Sedangkan nabi pun maafkan umatnya, Tuhan pun ampunkan hambanya, apatah lagi kita sesama manusia.

Kalau Pak Lah tahu mengambil kira perasaan ini, Pak Lah mungkin akan terus dihomati walaupun adakalanya beliau mungkin membuat kesilapan.

Yang benar
Nordin

 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762