|
From: user@FormMail.To
Reply-To: "Nordin" <shaikhnoordin@yahoo.com>
To: editor1@umno-reform.com
Date: Wed 05/10/06 05:25 PM
From_Email: shaikhnoordin@yahoo.com
From_Name: Nordin
Pesanan: Sebenarnya sebab utama ramai dikalangan rakyat yang
terpanggil untuk memberi respon bukan kerana semata-mata
hendak mempertahankan hak Tun Dr Mahathir untuk bersuara
atau hendak membandingkan Tun dengan sesiapapun atau
hendak mengagong-agongkan kegemilangan Tun sebagai seorang
pemimpin.
Isu yang hendak diutarakan disini adalah kenapa kerajaan
menjadikan rakyat sebagai alasan dalam keputusan mereka
dalam membatalkan projek jambatan ini dengan mengatakan
mereka membuat keputusan ini kerana "benar-benar"
perihatin terhadap sentimen rakyat, Sedangkan apabila
sentimen rakyat yang begitu kuat menentang kenaikan harga minyak,
tidak pula dapat megubah keputusan kerajaan yang dikatakan
prihatin ini.
Jika sekiranya Tun membuat kesilapan dalam keputusan untuk
membina jambatan ini kerana tidak mengambil-kira implikasi
undang-undang, kenapa Pak Lak tidak dari awal-awal lagi
membatalkannya dengan serta-merta setelah memegang kuasa
hampir tiga tahun yang lepas? Kenapa pentabiran Pak Lah
sebelum ini terus membayangkan bahawa projek ini akan tetap
diteruskan seolah-olah tidak ada masalah sehinggalah disaat-saat
terakhir hendak dimulakan barulah keputusan itu hendak dibuat?
Adakah penasihat undang-undang kerajaan sebelum ini tidak
memberi nasihat mereka dari peringkat awal perancangan
lagi? Duit siapakah yang akan dibayar sebagai ganti-rugi
kepada kontraktor-kontraktor yang terlibat ini? Oleh yang
demikian, adakah salah jika rakyat mempersoalkan keputusan
ini?
Sebenarnya rakyat tidak perlu menunggu Tun Dr Mahathir untuk
mempersoalkan keputusan ini. Rakyat sendiri tidak sebodoh mana
untuk mempersoalkan keikhlasan dan memperdulikan samada
sesaorang pemimpin itu popular atau tidak. Apa yang
penting pada rakyat samada keputusan yang dibuat oleh
kerajaan itu samada mempunyai kewajaran atau tidak.
Kewajaran juga bermakna sesuatu yang dilakukan itu mempunyai
nilai kebijaksana pada hari ini dan juga untuk masa depan
negara. Interpritasi rakyat sememangnya berbeza-beza, apa
yang terbaik untuk hari ini mungkin tidak membantu
generasi akan datang dan begitu juga sebaliknya.
Oleh itu, pemimpin dan kerajaan yang efektif perlulah memberi
penjelasan yang munasabah bagi meyakinkan rakyat bahawa
keputusan yang dibuat itu perlu dilakukan (bukan hanya
memberi alasan tidak mahu menjadi popular dan mempunyai
keiklasan diri)
Rakyat juga faham bahawa sesuatu rancangan jangka-panjang itu
mesti ada flaksibiliti dalam perlaksanaannya, tetapi itu
tidak bermakna sesuatu itu boleh mudah bertukar dengan
hanya pertukaran seorang pemimpin.
Kerajaan mesti ingat bahawa apa jua wawasan negara untuk
menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 adalah
sudah hak-milik parti Barisan Nasional untuk
memperjuangkannya, bukan hak milik peribadi Tun lagi, Tun
hanya penyumbang dan pencetus kepada idea itu saja.
Rakyat akan terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan
Nasional selagi rakyat masih nampak dan merasa yakin
bahawa kerajaan yang sama ini mampu mengotakan apakan
telah dirancangkan. Mana-mana pemimpin yang menerajui
kerajaan Barisan Nasional tidak boleh sewenang-wenangnya
mengubah perancangan yang telah dipersetujui itu jika memberi
alasan-alasan yang munasabah, kerana jika perubahan sentiasa
berlaku, rakyat tidak lagi akan menaruh kepercayaan kepada
apajua rancangan jangka-panjang kerajaan Barisan Nasional
dimasa hadapan.
Sepatutnya taraf Tun sebagai seorang rakyat biasa pun sudah
cukup untuk beliau bercakap atau memberi teguran mana-mana
tindakan kerajaan yang dirasakannya tidak tepat. Inikan
pula kedudukan beliau sebagai seorang negarawan dan bekas
ketua kerajaan yang telah sama-sama mengasaskan wawasan
negara untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju
menjelang tahun 2020.
Sebenarnya beliau bukan saja berhak untuk bercakap tentang
pekara ini, malah beliaulah sepatutnya lebih arif dan
mengetahui segala rahsia-rahsia yang tersimpan disebalik
keputusan dan perancangan yang dibuat kerajaan ketika
beliau masih mengetuainya dulu. Sudah semestinyalah
padangan beliau itu tidak boleh diambil ringan atau
setidak-setidaknya pandangan beliau harus di hormati dan
didengar oleh orang yang paling hampir dengan beliau
ketika mereka bersama-sama membuat perancangan dulu, iaitu
Pak Lah.
Memang benar Dr. Mahathir berjanji tidak akan masuk campur dalam
urusan kerajaan seperti Lee Kwan Yew. Dan saya tidak fikir
Dr. Mahathir telah pun masuk campur dalam pentadbiran.
Malahan keputusan-keputusan kerajaan membayangkan Dr.
Mahathir langsung tidak mempunyai kuasa untuk masuk campur.
Saya percaya tujuan Tun menegur kerana apa yang dilihat beliau
sekarang ini sudah agak tersasar dari landasan yang telah
dipersetujui bersama, dan jika sekiranya beliau tidak
menegurnya atau mengambil sikap berdiam-diri dengan
membiarkan saja Pak Lah dari terus melakukan kesilapan
demi kesilapan, beliau sebenarnya telah melakukan dosa dan
tidak amanah kepada rakyat negara ini (terutamanya umat Melayu)
yang telah memberi mandat dan kepercayaan sepenuhnya
kepada kerajaan Barisan Nasional sejak dibawah
pemerintahan beliau lagi.
Saya tidak nampak kenapa Tun harus ditegur kerana Tun tidak ada
kuasa lagi. Yang harus ditegur sepatutnya orang yang
berkuasa tetapi tidak berupaya mengunakan kuasanya dengan
baik untuk memastikan apa yang dirancang itu akan tercapai
matalamatnya. Tun hanya memberi pandangan beliau sebagai
bekas seorang ketua kerajaan yang telah bertanggung-jawab
dan yang sudah tentu tahu akan tujuan asal apa yang dirancang
itu.
Sebaliknya rakyat semangkin marah bila soalan rakyat tidak
dijawab malah Tun pula digambarkan melakukan kesilapan
dengan mengadakan projek-projek mega seolah-olah Tun
seorang pembazir.
Walaupun kerajaan mungkin dapat menutup mulut rakyat buat
seketika, ianya sudah tentu akan menghakis dan merosakkan
kepercayaan rakyat tentang apajua rancangan jangka-panjang
kerajaan Barisan Nasional di masa hadapan, jika rakyat
mendapati setiap pemimpin yang baru muncul itu,
masing-masing ingin mencipta identiti, populariti dan legasi
mereka sendiri, Sebenarnya pemimpin sebeginilah yang perlu
ditegur rakyat.
Bukannya pemimpin yang sudah tidak berkuasa untuk memperbetulkan
keadaan tetapi sekadar memberi nasihat demi kebaikan
negara.
|