|
Saudara Pengarang,
Ramai yang mentafsirkan luahan rasa hati Tun Dr. Mahathir
baru-baru ini sebagai satu kritikan yang paling keras terhadap
Pak Lah yang tidak seharusnya dilakukan dari seorang bekas ketua.
Sebenarnya penulis berpendapat bahawa luahan perasaan Tun itu
bukan saja patut dilakukan tetapi bertepatan pada waktunya jika
diamabil-kira perasaan Tun sendiri yang kerap kali terguris
dengan cemuhan demi cemuhan dari orang yang tidak sepatutnya
berbuat demikian.
Kita sedar dari ucapan-ucapan Pak Lah sendiri banyak
membayangkan bahawa bekas bosnya itu banyak melakukan kesilapan
terutama dalam pembaziran wang rakyat yang menurutnya
semata-mata kerana Tun ingin mencipta nama. Sebaliknya beliau
sendiri mahu memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang
"ikhlas" yang berniat untuk menyelamatkan pembaziran tersebut.
Malah keikhlasan beliau itu tidak perlu dipersoalkan lagi kerana
menurutnya Tuhan saja yang tahu akan keikhlasan beliau ini. Oleh
kerana itu beliau hanya perlu beterima kasih kepada Tuhan kerana
meanugrahkan beliau kuasa sebagai seorang Perdana Menteri untuk
memperbetulkan keaadaan tersebut.
Maksud kiasan Pak Lah terhadap Tun sebenarnya tidak jauh bezanya
dari apa yang pernah dilakukan oleh Dato Seri Anwar terhadap Tun..
Bezanya Tun merasa lebih kecewa menerima layanan Pak Lah
berbanding dengan Dato Seri Anwar. Walaupun kritikan Dato Seri
Anwar agak lebih tempelak berbanding kritikan Pak Lah yang
berselindung disebalik kiasan tetapi maksudnya tetap sama. Namun
sekurang-kurangnya Tun lebih bersedia menerima kritikan Dato
Seri Anwar kerana kritikan itu sememangnya telah diduga setelah
diambil-kira pertelingkahan yang berlaku diantara mereka berdua
yang membawa kepada pengunduran Dato Seri Anwar dalam kerajaan.
Walaupun Tun Dr Mahathir sedar bahawa Pak Lah juga adalah salah
seorang yang pernah menentang beliau disatu ketika dahulu, namun
Tun masih membelakangkan prasangka buruk beliau terhadap Pak Lah
lalu terus meletakkan kepercayaan beliau kepada Pak Lah sehingga
mengambil-alih pucuk pimpinan negara. Walaupun Tun sendiri tidak
berkhendakkan penghargaan dari Pak Lah secara peribadi, tetapi
memadailah jika Pak Lah sendiri bersedia berpegang kepada janji
untuk meneruskan segala agenda pembangunan negara sepertimana
yang dihasratkan beliau sebagai tanda terima kasih Pak Lah
kepada beliau .
Akhirnya ternyata Pak Lah bukan saja mengkianati perjanjian
tersebut malah memburuk-burukan pula Tun dengan mengutamakan
agenda peribadi beliau sendiri. Inilah yang sangat mengecewakan
rakyat apatah lagi bagi pihak Tun sendiri apabila melihat banyak
rancangan rancangan yang diwar-warkan duhulu habis hendak
dipadamkan Pak Lah serta rakan-rakan pakatannya yang sudah tentu
mempunyai muslihat dan agenda mereka tersendiri.
Melihat dari perlakuan Pak Lah ini sudah tentu Tun mempunyai
sebab yang munasabah untuk mendapatkan penjelasan dari Pak Lah
yang ternyata dengan sengaja hendak meminggirkan perjanjian
mereka dahulu. Malah Tun juga sebelum ini banyak menerima
kritikan dan tomahan rakyat kerana dikatakan bersubahat dan
mempunyai agenda tersendiri apabila melantik Pak Lah sebagai
pengganti beliau. Ramai rakyat kurang senang dengan pilihan Tun
setelah buat pertama kalinya Malaysia mempunyai seoarang Perdana
Menteri yang dianggap paling tidak kompeten dan berpontensi
menjadi liabiliti besar kepada negara.
Oleh sebab itu Tun terpaksa meluahkan rahsia hati beliau tentang
siapakah pilihan beliau yang sebenarnya memandangkan perbuatan
Pak Lah sendiri yang sememangnya sangat-sangat mengecewakan
beliau dan juga sebagai menjawab tuduhan yang beliaulah yang
harus dipersalahkan kerana memilih Pak Lah sebagai pengganti
beliau. Namun jika sekiranya Pak Lah mampu memberi penjelasan
yang munasabah, setidak-tidaknya Tun dapat menjaga air muka
beliau diatas kesilapan pemilihan ini dan sekali gus beliau juga
boleh turut membantu menerangkan kepada rakyat kenapa
rancangan-rencangan beliau perlu diubah oleh pentadbiran
sekarang.
Tetapi sehingga hari ini, Pak Lah masih mengambil sikap membisu
yang menurut Tun Musa Hitam sebagai ?elegant silent? iaitu satu
tidakan yang bijak yang perlu dilakukan oleh Pak Lah. Tindakan
membisu Pak Lah ini sebenarnya boleh dilihat dari pelbagai
andaian yang sebenarnya sedikit pun tidak akan membantu
menjernihkan nama beliau dimata rakyat.
Pertama, rakyat akan melihat tindakan tersebut sebagai bukti Pak
Lah sememangnya mempunyai niat yang tidak baik kerana tidak
dapat memberi jawapan yang sewajarnya diatas segala tindakan
beliau tersebut yang mana mungkin kerana berpandukan diatas
nasihat yang silap.
Kedua, rakyat akan melihat Pak Lah sengaja mahu menunjukan sifat
?kurang ajar? seperti mana yang pernah diwar-warkan oleh Tun
Musa Hitam kepada orang-orang Melayu satu masa dulu jika Pak Lah
masih menunjuk kedegilan beliau dengan tidak mahu memperdulikan
atau melayan permintaan Tun itu.
Ketiga, Pak Lah sememangnya tidak mempunyai kebijaksana dalam
membuat keputusan, sebab itu beliau menjadi seorang yang penakut
dan hanya mampu berlindung dibelakang keputusan ahli-ahli
Kabinet atau ?collective decisions?, oleh itu beliau tidak perlu
memberi penjelasan secara persaorangan kerana
keputusan-keputusan itu telah dibuat secara beramai-ramai.
Apapun Pak Lah tidak seharusnya terus menerus membisukan diri
kerana segala isu yang dipersoalkan oleh Tun itu semuanya
mempunyai kepentingan kepada rakyat dan sudah semestinya jawapan
yang rasional perlu diberikan supaya ianya dapat mengambalikan
kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin.
Daripada
Noordin
|