BALIK KE MUKA UTAMA

 

mohd puad harun <puad_macho@yahoo.com>
To: editor1@umno-reform.com
Subject: Noh Omar bakal MB Selangor


Mingguan Malaysia hari ini (26 Feb 2006) menyiarkan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Mohd. Ismail Merican yang melahirkan kebimbangan tentang negara sedang menghadapi masalah kekurangan doktor gigi yang hanya berada pada nisbah 1:9560 (statistik tahun 2005).
Kekurangan ini amatlah membimbangkan ramai pihak di dalam negara kerana doktor gigi sangat penting kepada masyarakat kita.
Di samping kita berazam untuk memperbanyakkan bilangan pengambilan pelajar baru dalam bidang pergigian dan menambahkan bilangan fakulti pergigian di universiti dalam negara yang lebih merupakan tindakan jangka masa panjang, kita juga berharap agar kalangan ramai ahli politik yang meninggalkan kerjaya mereka sebagai doktor gigi supaya bersara dan kembali ke profesyen asal mereka demi menjamin masa depan kesihatan pergigian masyarakat.
Antaranya ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo diharap dapat kembali menjadi doktor gigi yang diyakini bahawa profesyen asalnya itu lebih sesuai bagi beliau kerana beliau mempunyai banyak rekod buruk semasa mentadbir Selangor.
Kegagalan beliau dalam politik Selangor adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan oleh rakyat yang telah memberi mandat yang besar kepada parti dalam pilihanraya umum yang lalu.
Antara kegagalan beliau ialah masalah penerokaan haram kawasan hijau Bukit Cerakah yang memusnahkan alam sekitar, kes pencerobohan kawasan balak, masalah PBT di Selangor dengan sistem pemungutan sampah yang tidak profesional, isu setinggan yang masih belum selesai, isu penyalahgunaan kuasa beliau dalam meluluskan projek kepada kroninya dan sebagainya.
Selangor mempunyai ramai pimpinan yang lebih berkaliber berbanding dengan Dr Khir. Pemimpin yang paling layak untuk menggantikannya adalah Datuk Noh Omar yang baru sahaja dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dalam rombakan kabinet baru-baru ini.
Sekiranya Dr Khir masih merasakan dirinya layak kekal sebagai MB dan tidak mahu mengalah, saya menyeru agar PM menggunakan kuasanya untuk menggantikan MB seperti mana pernah berlaku dalam kes penggantian MB daripada Tan Sri Muhamad Mohd Taib kepada Datuk Abu Hassan Omar satu ketika dahulu.
Perkara yang melibatkan kepentingan umum ini wajar disegerakan dan tidak ditangguh-tangguhkan lagi perlaksanaannya.

Pengundi 2 kali di Tanjung Karang


 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762