![]() |
|
Ketuanan Melayu - umno-reform.com di harap dapat membuat sesuatu |
|
Saya dah lama mengikuti perbincangan dalam umno-reform... kita ketepikan perbezaan politik.. niat kita hanya untuk membantu orang-orang melayu.. kita tak tahu apa yang akan berlaku keesokan hari.. saya amat-amat berharap www.umno-reform.com dapat menjalankan sesuatu aktiviti bagi mendaulatkan bangsa melayu kerana ini Tanah Melayu milik kita...
Harapan editor1 umno-reform.com Assalamualiakum Sdra Mohd Azahar, Terima Kasih atas cadangan Sdra. Sebenarnya pada masa penerimaan email tersebut saya berserta beberapa orang rakan yang sama - sama mengasaskan www.umno-reform.com pada tahun 2001 telah bermesyuarat dan bersetuju untuk mengambil satu langkah kehadapan dengan cadangan penubuhan NGO Melayu - yang meletakkan matlamat asas sebagai satu usaha kolektif bagi menyuarakan cadangan - pendapat serta langkah untuk menjaga kepentingan Melayu. Usaha ini sedang dalam proses perangkaan dan borang - borang asas bagi pendaftaran baru sedang di siapkan. Initiasitif ini pada awalnya akan hanya tertakluk kepada pergerakan beberapa rakan seangkatan dengan saya dan kemudiannya untuk memperluaskan agenda ini kepada seluruh rakyat yang berbangsa Melayu tetapi setelah berbincang idea ini akan terus diumumkan melalaui laman ini bagi mendapatkan maklumbalas dan mengemukakan keahlian keapda yang berminat. Kami juga berhasat untuk menarik seramai mungkin pelayar www.umno-reform.com , tidak kira apa aliran wadah mereka untuk sama - sama mengambil serius cadangan penubuhan dan bergerak sama - sama untuk kepentingan bangsa. Langkah ini di buat oleh www.umno-reform.com kerana kami percaya NGO - NGO yang ada sekarang lebih cenderung untuk mencungkil ruang untuk penglibatan politik sahaja. Saya percaya dengan beberapa garis panduan khusus agar mereka yang kemudiannya mahu bergerak aktif dalam atau memegang jawatan politik - tidak memegang sebarang jawatan utama dalam pergerakan NGO tersebut maka kita akan menjadi lebih bebas dalam menyuarakan pendapat - tidak terkongkong dan akan meletakan agenda Melayu sebagai agenda utama. Draf perlembagaan NGO itu sedang saya rangka sendiri bagi menepati aspirasi perjuangan bangsa yang akan di bentangkan kelak kepada semua menerusi media internat ini. Sesuai dengan pra - syarat utama - bukan pertubuhan yang cenderung kepada aliran politik , cadangan penubuhan itu diharap dapat memperkasakan serta membantu Melayu dalam arena sosio - ekonomi. Tidak dapat tidak - tanpa sebarang data statistikal kita sudah mengetahui kedudukan orang - orang Melayu yang bukan sahaja jauh ketinggalan tetapi semakin mundur dalam arus kemodenan dan pembangunan Malaysia. Dalam pada itu juga saya telah menyiapkan satu domain untuk cadangan NGO tersebut agar seluruh rakyat Malaysia boleh melihat dan sama - sama terbabit dalam pejuangan bangsa. Ketelusan serta intergriti merupakan sandaran utama kita. Di harap sesiapa yang ingin terlibat dapat menghubungi saya pada talian 012-6544762
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|