|
Harga
Barang Naik, tidak guna bertekak!
najnina2003@yahoo.com.sg
Pesanan: Kisah harga barang naik nampaknya tak ada kesudahan. Yang
menaikkan harga hadir dengan alasan mereka dan yang menentang kenaikan harga juga hadir dengan alasan mereka. Kedua-dua pihak ini akan terus
bertegang leher, tapi akhirnya nanti yang rugi adalah rakyat jelata.
Nak bersuara tak ada siapa nak mendengar, nak tentang apalah kuasa yang kita ada, silap-silap dilabel mengancam ketenteraman awam dan boleh di
ISA kan tanpa bicara, nak bersuara mana ada TV nak siarakan pun,
akhirnya, ikut sajala lenggok pemerintah. Yang untung peniaga dan orang
politik. Rakyat tetap macam tu jugak. Tak percaya? Lihat saja keliling
kita, lepas merdeka 48 tahun banyak sangat ke yang rakyat dapat?
Sekarang ni bukan masa nak bercakar dan bertengkar tentang siapa betul dan siapa salah. Memang kerja orang politik tu untuk bersuara, kalau
orang politik tak bersuara tak payah la jadi orang politik. Kerja belakang kira, yang penting orang tahu kita ni "PRIHATIN' nasib rakyat.
Tugas kita macam mana nak tambah duit, bukan komplen dan komplen harga barang semua naik. Kita dah tahu dah, bila harga minyak
naik, harga semua barang terus naik. Dalam masa setahun ni, dah tiga kali
harga minyak naik, setiap kali itu juga la kita komplen dan setiap kali itu
juga la orang politik terus bersuara. Dan setaip kali itu juga la kita terus tak belajar dari sejarah. Memang betul kata Dr Mahathir, Melayu
mudah lupa.
Kalau kita tak setuju dengan kerajaan yang ada, pilihanraya nanti tukar
je la, bukan susah sangat pun.Tapi sementara nak tunggu kerajaan berubah, sementara nak tunggu harga
barang turun, kita nak kena makan juga, nak kena beli susu anak, bayar yuran sekolah
anak, bayar tol, bayar tambang bas dan tambang teksi, nak kena isi minyak. Tak kan la kita nak cakap pada taukeh stesyen minyak "
kita bayar harga lama, sampai kerajaan turunkan balik harga minyak".
Tak ada pengguna yang setuju bila harga barang naik, yang setuju cuma
peniaga. Jadi tugas kita cari jalan untuk tambah pendapatan. Kita kena
ingat, bila harga barang naik yang tempuh susahnya kita. Yang tak makan anak-anak kita, anak-anak orang yang buat keputusan
menaikkan harga minyak tu ada ke rasa susahnya? Mana ada..
Nak lawan tu lawan la, tapi realistik lah sikit. Cari jalan untuk tambah
pendapatan, itu yang lebih utama. Belanja beli rokok, makan roti canai
kat gerai, beli surat khabar, semua tu tak perlu buat masa ni.
Mungkin ada yang bertanya macam mana nak tambah duit dalam masa macam ni?
Kita tengok la berapa ramai warga asing yang datang sini, tak ada
pelajaran, tak ada pengalaman, tapi lebih kaya dari kita. Pokoknya
mereka datang mencari peluang, kerja keras dan sanggup hadapi apa saja
cabaran. Ini bukan soal boleh atau tidak, tapi kita mahu berubah atau
tidak. Kalau kita banyak duit, pilihan sentiasa ditangan kita. Wang
bukan segala-galanya, tapi terlalu banyak perkara yang memerlukan wang .
Nak pergi Mekah pun kena guna duit, nak pegi Masjid, naik motor, duit
jugak, masuk tandas pun kena bayar 30sen. Fikirkanlah dan carilah
penyelesaiannya, bukan untuk orang lain tapi untuk kita dan keluarga kita.
Nina
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|