|
Rasuah Politik, Najib sendiri tidak dimaklumkan
Diberitakan hampir 19 orang - 2 Naib Presiden, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Ali Rustam dan beberapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO termasuk Dato Seri Khir Toyo dimaklumkan akan di panggil untuk menjawab pertuduhan rasuah politik pada 23 - 24hb Jun 2005 ini. Ini mungkin akan mencipta
satu sejarah pembersihan politikus korup yang terbesar pernah
berlaku. Kalau di lihat dari beberapa sudut keputusan menukar istilah politik wang ke rasuah politik merupakan beberapa langkah bukan sahaja untuk menghapuskan korupsi dalam UMNO tetapi juga memastikan politikus yang didapati bersalah akan mengambil masa yang agak lama untuk kembali
berpolitik.
Apa yang menarik dalam isu rasuah wang kali ini, www.umno-reform.com
dimaklumkan Dato Najib Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri sendiri tidak mengetahui mengenai panggilan kepimpinan kanan UMNO untuk berdepan dengan tuduhan rasuah politik.
www.umno-reform.com dimaklumkan bahawa hanya segelintir kecil - termasuk Pak Lah sendiri yang tahu siapa yang akan di panggil. Pendedahan
www.umno-reform.com mengenai siapa yang terlibat datang dari satu email yang mengatakan dengan pasti nama - nama yang kami sebutkan berserta beberapa belas lagi kepimpinan yang akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin mengenai tuduhan rasuah wang.
Jangkaan motif sebenar
Memang di beritakan bahawa motif sebenar membawa 2 Naib Presiden dan beberapa ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi
ke Lembaga Disiplin untuk berhadapan dengan tuduhan rasuah politik bukan hanya untuk memastikan UMNO bersih dari korupsi tetapi juga mempunyai motif politik lain. Ini dapat dilihat kerana jangka masa yang agak lama untuk memanggil mereka yang dikatakan terlibat dengan rasuah politik dan beberapa kemelut politik UMNO yang berlaku baru - baru ini. Jangkaan bahawa tindakan ini adalah tindakan "survival" politik Pak Lah juga terangkum dalam spekulasi kenapa kepimpinan kanan ini dihadapkan untuk menjawab tuduhan rasuah wang.
www.umno-reform.com dimaklumkan bahawa senario politik negara berada dalam keadaan yang amat genting. Kepimpinan UMNO mungkin akan menolak kenyataan ini tetapi hakikat kemelut politik UMNO amat jelas sedang berlaku dalam UMNO tidak akan dapat disangkal lagi. Kekusutan ekonomi merupakan punca utama dan
www.umno-reform.com percaya akan ada satu kejutan besar yang pasti akan di umumkan oleh Perdana Menteri Malaysia tidak lama lagi.
Pendedahan Kertas Putih
Kedudukan pergelutan ini amat memeningkan ahli UMNO yang rata - rata akan memberi sokongan kepada mereka yang nampak kuat dan berkuasa. Sungguhpun begitu sentimen buruk terhadap prestasi Pak Lah agak menekan Perdana Menteri Malaysia yang kini bergelut dengan keadaan ekonomi yang tidak selesa untuk membongkar beberapa perkara yang pasti menggolakkan UMNO. Pergolakan ini dikatakan perlu untuk menolak prasangka buruk terhadap pentadbiran Pak Lah. Pak Lah akan terpaksa mengumumkan apa sebenarnya berlaku - kenapa situasi ini terjadi dan siapa sebenarnya yang bertanggungjawab sehingga Malaysia khususnya rakyat Malaysia akan terus berdepan dengan keadaan murung perekonomian negara ini.
Kertas Putih yang sedang dalam proses pembentukan, sama ada akan di edarkan atau belum pasti akan dapat menyelamatkan kedudukan politik Pak Lah TETAPI bagi rakyat bahang pertempuran politik besar UMNO ini akan melimpah menjadi cerita
duka.
Najib
terkejut
Walaubagaimanapun,
satu persoalan yang agak memeranjatkan adalah - kenapa di rahsiakan
perkara -perkara ini daripada Dato Najib? Apakah ada sesuatu yang tidak
kena antara Dato Najib dan Pak Lah?
www.umno-reform.com akan menggambarkan dengan lebih jelas pertempuran politik ini dan keadaan sebenar sahaja pihak kami tamat membincangkan isu rasuah politik.
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|