|
Anwar " hapuskan hak keistimewaan Melayu "
(Pandangan pembaca yang sekian lama hanya mendengar dan melihat)
Naj18
Merujuk kepada artikel Anwar " hapuskan hak keistimewaan Melayu " yang
lepas, saya ingin menyampaikan persetujuan dan sedikit padangan yang
perlu diambil berat kepada kaum MELAYU yang tulen.
Kami sebenarnya juga keliru dengan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh
saudara Anwar Ibrahim akhir-akhir ini. Adakah ia sekadar tektik untuk memancing
undi dari pelbagai kaun atau sudah terbiasa dengan tradisi UMNO? Kalau di lihat
pada perawakan dan bahasa yang diguna,
Anwar masih seperti asalnya dari Utara. Tetapi di akhir zaman ini, kami
terpaksa berwaspada berhati-hati kerana, ramai mengaku Nabi, Ramai
mengaku Imam Mahadi, Syaitan sudah pandai Mengaji, Lambang Halal pada
Babi, Harus ketika DARURAT Melacur Diri. Nasib baik DARURAT Jerebu
tidak di salah erti. Ditakuti isteri hilang mencari rezeki.
Beberapa bulan yang lepas, kami juga agak kecewa dan keliru apabila Anwar
Ibrahim menyokong pembinaan sekolah yang dipohon oleh bangsa asing dengan sistem pembelajaran mereka sendiri. Sedangkan isu
tersebut, UMNO yang bangsat pun membangkang. Tetapi Saudara Anwar kita menyokong pula. Saudara Anwar perlu ingat, Rakyat menyokongnya, kerana
rakyat merasai kesengsaraan penderitaan beliau dan seluruh keluarganya
ketika ia di usir keluar oleh teman-teman karibnya di dalam UMNO.
Saudara Anwar juga perlu ingat,
Menyokong bukan membabi buta,
Juang untuk AGAMA dan BANGSA.
Sekiranya ANWAR masih serupa.
Tak undi KEADILAN pun kami tak rugi apa.
Kerana kiranya KEADILAN berkuasa,
Kerajaan hanya bertukar nama.
Kami sebagai penyokong PAS dan KEADILAN berfikir bahwa, sekiranya UMNO
membuat keputusan yang baik, tak perlu ia diherdik, kalau UMNO membuat
tindakan yang salah sememangnya ia perlu di bantah. “ Bukan semua yang
musuh lakukan itu salah, dan bukan semua yang teman lakukan itu betul.”
Sebagai insan digelar PEMIMPIN yang mendapat sokongan majoriti BANGSA
SENDIRI, perlu memikirkan tentang perasaan kami dan bukannya mengeluarkan pendapat yang menyokong hanya kepada segelintir manusia
yang hanya disangkakan teman. Sedangkan MELAYU tahu siapa sebenarnya
dia dan dia tahu siapa sebenarnya kita. Adakah Anwar sudah tiada cara yang lebih baik dari sekadar menyokong. Atau UMNO mendidik ahli-ahlinya
untuk tidak lagi menggunakan akal untuk mencari jalan terbaik
penyelesaian, dan telah dijadikan tradisi bahwa MUSUH BERCADANG, WAJIB
DIBANGKANG. Pas tidak begitu kecuali didapati ada niat sebenar yang
tersembunyi.
Rasanya system pembelajaran era 70an dan 80an jauh lebih baik dari
sekarang. Tiada bangsa yang menentang. UMNO mengubah untuk kepentingan
mereka walaupun tergadai bangsa sehinggakan “HAIWAN PEROSAK” seperti
Punk, Black Metal dan JIT membiak-sakan sehingga kerajaan tiada terkawal. Akhirnya Bangsa mana yang mendapat sial? Bukan UMNO tetapi
MELAYU.
Berbalik kepada isu perbincangan, rakyat Bumiputera pastinya setuju
dengan DEB yang dicadangkan oleh KERAJAAN kerana ia adalah peluang yang
ada, walaupun kita tak pernah merasa, tetapi yang TIDAK BETUL ialah cara KERAJAAN
melaksanakannya. Kalau ia terus dibangkang dan kelak dibuang, MELAYU kehilangan satu lagi keistimewaan, yang pastinya
selepas ini akan terus dibangkang dan diperang.
Walaupun cuba
mencadangkan dasar-dasar baru lain yang mungkin diujudkan bagi membantu ekonomi BANGSA MELAYU. Mereka pasti akan lebih berani kerana
MELAYU adalah sama dan mudah takut apabila diugut. Bila ia dibangkang dan
disokong oleh bangsa MELAYU sendiri. Akhirnya, siapa yang ketawa dan
siapa yang ditertawa?
Anwar kena ingat, “ KESILAPAN adalah PENGAJARAN dan bukan untuk di
ULANG.” Sekiranya ANWAR tidak memikirkan bangsa MELAYU untuk tujuan mengampu dan merayu, maka ANWAR masih ANWAR, kerana kita semua sudah
tahu, UMNO terus begitu. Walau pun parti bertukar lambang, walau keris bertukar parang, UMNO tetap UMNO. Oleh itu saya sangat bersetuju dengan
penulis artikel yang mengatakan, “ Bicara Anwar bicara politik - bukan
lagi bicara reformasi - bukan lagi mementingkan perjuangan Melayu.”
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|