BALIK KE MUKA UTAMA

SIAPAKAH ANWAR dan APAKAH AGENDANYA?
naj1888 menulis

Ini bukan ramalan tetapi pandangan dari kajian yang dibuat berdasarkan sejarah strategi-strategi politik yang lepas. Cuba baca dan fahamkan isi kandungan artikeluntuk difikirkan bersama agar kemungkinan akan hilang, dan kemenangan akan dijulang.

Kumpulan Soalan 1.

Adakah Anwar sekadar mantan Timbalan Perdana Menteri yang tersingkir dan rakyat menangisinya? Atau dia hanya sekadar seorang bekas pemimpin tertinggi dari parti UMNO yang cuba memperjuangkan kembali pegangan politiknya untuk menaik dan memertabatkan MELAYU dan ISLAM?

Kumpulan Soalan 2.

Adakah ANWAR akan menjadi pemimpin sekiranya PEMBANGKANG perolehi majoriti pilihanraya? Adakah bekas pemimpin UMNO ini yang juga bekas Timbalan MAHATHIR ketika itu akan berubah dan menjadi pejuang sejati kepada kaum yang sekian lama tertekan? Adakah perlu dia menubuhkan Parti KEADILAN untuk memerangi UMNO sedangkan perjuangannya mirip kepada PAS? Kenapa beliau tidak menjadi ahli PAS sahaja dan memperjuangkan kebenaran dengan menggunakan tiket PAS untuk bertanding dan dibantu bersama DAP untuk memerintah? Adakah lakonan ini merupakan  RANCANGAN REALITI masa kini yang terhebat, sehingga ia boleh digunakan untuk mengajak bangsa MELAYU terbiar dan terjerat?

Kumpulan Soalan 3.

Kenapa Anwar dibebaskan selepas hanya beberapa bulan PAK LAH…abau menjadi Perdana Menteri? Mudahnya Anwar bebas tanpa alasan selepas dipenjara selama 6 tahun? Adakah Pak Lah sebenarnya memang bebal dan lembab dan sekiranya benar begitu, kenapa beliau dilantik menjadi Perdana Menteri oleh MAHATHIR? Adakah UMNO kini sememangnya semakin lemah sehingga PM yang lembab bakal menonjolkan kebodohan UMNO dan rakyat menjadi bertambah meluat? Kenapa kini mahkamah dengan mudah menyebelahi Anwar selepas sekian lama menyalahkannya? Adakah jabatan kehakiman mudah untuk bertukar sikap tanpa kekesalan akan keputusan yang lepas? Kenapa mahkamah Malaysia tiada juri untuk merobah perancangan hakim? Kenapa Mahathir tidak disaman sebagaimana Anwar  menyaman Khalid Jefri dan bekas Ketua Anjing Negara untuk mendapatkan  habuannya? Kenapa tuduhan ke atas ANWAR terlalu longgar dan tanpa bukit  kukuh sedangkan banyak MASTERMIND dalam segala bidang boleh bekerjasama dengan Kerajaan ketika itu?

Jawapan ada pada anda. Bahawasanya UMNO sudah sampai ke penghujung dan  ada pemimpin UMNO yang sudah boleh membaca sejak awal dari hasil keputusan undi yang lepas-lepas bahawa MELAYU sudah muak dan memerlukan pemerintah dari Parti yang lain. Cuma berbekalkan kumpulan tipu muslihat maka UMNO boleh bertahan sehingga kini. Selain menjadi kutukan rakyat di kedai kopi, Parti PAS, DAP, kini KEADILAN dan MAHATHIR sendiri sudah mengeluarkan kutukan dan kritikan tentang kepimpinan UMNO. Sedangkan MAHATHIRlah yang merosakkan UMNO dan ingatkah lagi anda bahwa pernah suatu ketika dahulu ANWAR juga terlalu lancang mengutuk Nik Aziz dan PAS ketika pilihanraya yang terdahulu. PAS dipesenda dan  ditertawakan olehnya. Kenang kembali perhimpunan dan ceramah UMNO yang  dahulu, anda akan berfikir bahawa mudahnya Anwar bertukar menjadi baik.  Pernahkah anda ragui kenapa kucing tidak makan ikan dan kenapa babi  menjadi halal. Mudahnya PAS memaafkan? Selain dari itu, kepincangan  UMNO sudah diketahui umum seperti rasuah, bantuan yang gagal, kebajikan rakyat, pemimpin jutawan, AP, Kroni, PTPTN tidak meninggalkan rekod untuk siasatan, dasar-dasar yang kecundang, isu yang selesai tanpa keputusan dan juga moral menteri-menterinya. Di tambah lagi dengan sikap bersahaja Pak Lah dalam menangani isu ini lalu menjadikan rakyat menjadi semakin kecewa. Kalau dulu meludah akibat menyampah, kini semakin termuntah-muntah. Namun segalanya berkemungkinan.

Kuasa seperti dadah, tiada agama sebagai dinding, kuasa akan menjadi  tagihan pemimpin. Kalau tidak cara ini dia akan buat cara itu. Kuasa menjadikan ia tuhan. Bisa menjanjikan harapan. Wang adalah pegangan dan bukan lagi agama. Agama hanya sekadar perbezaan anutan dan pengenalan diri. Lihat apa jadi pada cucu ulamak, ustazah dan imam masjid Negara.  Kalau Yahudi pernah masuk Islam untuk melarikan makam Rasullullah, diakhir zaman ini, mungkin lebih dahsyat. Orang Islam dan Melayu sendiri menjadi dalang kepada Yahudi. MELAYU yang dahulunya ISLAM sudah memegang jawatan tinggi persatuan agama KRISTIAN di Malaysia dan  mungkin antara kita adalah agen CIA yang mendapat kursus penuh diluar  Negara untuk beberapa tahun. Disangka belajar lama dapat ijazah kejuruteraan rupanya, sijil palsu dapat lesen jadi hantu. Segalanya berkemungkinan.

Kita memang mengaku tentang kelemahan bangsa MELAYU yang mudah kasihan  dan mudah memaafkan. Kalau Malaysia sebesar Afrika, apa bangsa pun boleh jadi rakyat. Mereka juga boleh buka kedai dikampung. MELAYU tidak akan ganggu. Malangnya MELAYU tidak dilayan sebegitu kalau merantau dikawasan mereka,malah diihalau seperti lembu. MELAYU masih tidak sedar. Lihat pula AF3, ketika pelajar tersingkir, terbitlah air mata bagai dicurah-curah dan kemudian memberi KOMEN MAUT kepada pengundi, penal hakim dan Astro, sedangkan kalau suami marah, alamat makanan tak ada dirumah, baju kena basuh sendiri dan layanan ketika bercinta tiada lagi. Kini, Datuk nenek meninggal, anak cucu tersenyum, tetapi peserta  AF gagal, anak cucu menangis air mata mengalir. Lihatkan juga dengan  rancangan tv3 yang berusaha membantu rakyat miskin dan malang bertajuk  BERSAMAmu. Rakyat menangis dan menderma walaupun mereka sendiri perlu  dibantu. Bukankah ini tanggung-jawab kerajaan. Dimana mereka? Cuma yang  ada SIRENDANG YANG TAK BERBUAH yakni. AZIZ SHAMSUDIN, menteri pembangunan luar bandar dengan perangainya yang tidak sedar diri, menjadi jemputan sekadar menyerahkan bantuan kepada rakyat malang tersebut. Walaupun dia tahu, dia tidak berusaha. Malah tidak cuba mengenal pasti lokasi mereka-mereka yang hidup dhaif dan dalam kesusahan. Terima kaseh kepada TV3 yang menjadi senjata yang terbang dan tertusuk Tuan. Segalanya menjadi kenyataan.

Ketahuilah anda semua bahawa UMNO juga terus menjadi pemimpin  ala-zionis di tanah air kita kerana mereka tahu sikap MELAYU kerana mereka pernah menjadi dan bersama MELAYU. Sedarkah anda bahawa ada Pihak yang mengambil kesempatan di atas, kepercayaan dan sikap bangsa kita? Walau pun dengan ikhlas hati kita menderma, tetapi siapa yang betul-betul senang dan mengambil kesempatan? Segala bentuk rancangan yang memerlukan sumbangan, media akan merayu dari orang ramai. Walaupun cuma RM1 seorang, bayangkan berapakah yang mereka berjaya kutip? Adakah bantuan akan berkekalan untuk si malang atau cuma sekali untuk  dipandang? Adakah ianya terus hilang? Adakah kerajaan akan membuka mata  lalu menyambung bantuan kepada mereka? Sedangkan tembelang dan  temberang mereka-mereka ini kita sudah tahu dengan bantuan tragedy  tsunami yang lalu. SiMalang dapati, janji tak pernah jadi dan tsunami menjadi TSUNOMONEY. Siapakah yang menjadi pengkhianat amanah rakyat kalau bukan yang memegang kuasa? Bangsat sangatkah kita sehinggakan kesalahan ini boleh dimaafkan, sedangkan kita terpaksa PUTUS SAUDARA kerana lewat membayar hutang? Allahualam. Tuhan sahaja yang maha mengetahui. Doaku agar Allah swt segerakan hukuman kepada kerajaan dan menteri agar rakyat kagum dan mengerti. Manusia akan sedar kuasa Tuhan apabila petir menembusi diri pemimpin yang lakhnat. Bilakah rasuah akan tamat? Adakah tunggu hampirnya kiamat baru kafir mengaku umat, baru pemimpin memberi khidmat, baru Ah Send mengaku Ahmad? Segalanya ketika itu sudah tamat.

Berbalik kepada isu Anwar, adakah kita perlu mempercayai kejujuran agenda politik beliau. Adakah penubuhan KEADILAN adalah semata-mata untuk memohon bantuan parti pembangkang untuk sokongan, undian, bantuan ceramah dan mencapai impian menjadi Perdana Menteri selain dari dendam untuk memegang semula jawatan tinggi dalam parti seperti yang lepas. Adakah kejayaan pembangkang kelak akan hanya menjanjikan kedudukan selesa bagi macai-macainya yang sering memberi ceramah dimerata tempat dan DAP tetap akan menagih janji. Mungkinkah PAS akan terus melepas? Ingatilah perkongsian kuasa ketika bersama UMNO dahulu. Sampai ketika dan masa, PAS tidak diperlukan lagi kerana bakal PM sudah menjadi PM, 
duri yang mencucuk daging UMNO kelak akan membuka topeng masing-masing 
dengan niat menjadi kroni dan para menteri yang bakal memimpin rakyat  sekali lagi. InsyaAllah, sekiranya panjang umur, kita akan merasa dipimpin oleh mereka yang kononya MELAYU. Segalanya berkemungkinan.

Aku dah fobia dan muntah hijau pekat dengan UMNO, ahli-ahli dan bekas-bekas ahlinya. Kini sedikit demi sedikit Anwar sudah menunjukkan belang dengan bermuka-muka ketika berucap di dalam ceramah yang dihadiri oleh bangsa yang berbeza. Isu sekolah Cina dan DEB. Adakah KEADILAN hanya merupakan parti yang lemas lalu mencapai apa jua termasuk ranting untuk dipaut bagi terus hidup? Adakah KEADILAN kesinambungan UMNO dalam politik Malaysia? Adakah pisang berhenti  berbuah, dan adakah YAHUDI akan berubah?

Persoalannya, bilakah ranting akan sedar bahawa ia hanya kekal sekadar ranting tempat berpaut para pemimpin yang tersungkur? Sekiranya ANWAR adalah dipihak yang benar, buktikan kepada anak dan cucu kami bahawa kau adalah pemimpin yang dicari dan bukannya seekor ANJING yang tidak mengenal siapa yang membantumu, lalu menerkam dan menggigit apabila bebas dari JERAT yang dipasang oleh TUANnya sendiri. Adakah mengaku ISLAM hanya untuk memesongkan? Adakah mengaku MELAYU hanya untuk MERAYU? Adakah mengaku PEJUANG hanya untuk mengambil peluang?

Doaku,
“Ya Allah ya Tuhanku, lihatlah dunia mu, hancur kerana bangsaku, hangus  kerana inginkan kuasamu, tamak kerana ingin melebihi Mu dan lalai kerana melupakan Mu. selamatkan kami atas BALA yang akan Kau turunkan kepada Mereka.”

Wassalam

  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762