BALIK KE MUKA UTAMA


formmail.to: umnoreform

From_Email: nkinfos@yahoo.com

From_Name: Nakhoda Kudus

Subjek: Comment

Segera: Yes

Pesanan: Banyak dah yang dibincangkan pasal kegagalan Melayu, dalam  simposium la, konferens la, mesyuarat la dan di kedai-kedai kopi. Tapi  tak ada konklusi!

Pada pendapat sayalah..sebagai seorang Melayu, orang Melayu perlukan  satu wadah atau platfom baru untuk membela nasib mereka. Kalau boleh  ianya hanyalah sebuah NGO yang tidak terlibat dengan politik, tetapi  cukup kuat dan berpengaruh. Ianya hendaklah memperjuangkan hanya untuk  kepentingan orang Melayu/Islam sahaja baik dari segi agama, pendidikan,  perniagaan, sosial dan lain-lain aspek yang penting untuk orang Melayu.

Kita tengok orang Cina diaorang ada Dong Jio Zong yang cukup  berpengaruh, kalau ada yang menggugat kepentingan bangsa Cina, diaorang  ni akan melenting dulu, mereka tak peduli dari BN ke, MCA ke, DAP ke,  GERAKAN ke,kalau pasal bangsa Cina saja mereka akan melenting dulu!

Orang Melayu apa ada? GPMS, ABIM, PEKIDA dan lain-lain, semuanya takde  taring, tengok la bila 12 menteri hantar memo kat PM, bila tanah rezab  Melayu dirampas, bila diskriminasi terhadap pekerja Melayu, dan  macam-macam lagi kepincangan yang berlaku kepada oarang Melayu, apa  diaorang buat semuanya sengap bengap aje..sekurang-kurangnya tunjuk la  taring sikit.

Pertubuhan yang saya impikan ini haruslah mewakili semua orang  Melayu/Islam tanpa ada campurtangan politik. Kekuatanya hendaklah  sehingga boleh menggugat kuasa politik atau mempengaruhi keputusan  politik. Kemungkinan kita boleh memulakan dengan wakil  raja-raja,tentera, polis, kakitangan kerajaan, persatuan-persatuan  pelajar, persatuan silat, persatuan agama, persatuan perniagaan dan  lain-lain persatuan atau pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan  orang Melayu/Islam supaya kita boleh mengimbangi kuasa yang ada pada  UMNO atau mana-mana parti politik yang berkuasa, semoga dengan adanya  satu kuasa lain yang boleh menggugat kuasa politik maka keputusan yang  dibuat oleh orang politik nanti tidaklah mutlak dan boleh dipertikai dan  dibatalkan sekiranya didapati mengenepikan kepentingan orang Melayu.

Kita  dah lama saksikan bagaimana kuasa poitik yang digunakan  sewenang-wenangnya untuk kepentingan peribadi oleh puak-puak UMNO ni,  sampai bila kita nak biarkan? Diaorang ni makin melampau sejak 20 tahun  dulu habis semua diaorang sapu tapi tahap ekonomi orang Melayu masih  bawah 10%, apake jadahnya kita nak diam aje. Sekiranya kita ada satu  kuasa alternatif yang boleh mengimbangi kuasa parti politik,mereka akan  menjadi lebih jujur dalam perjuangan politik mereka. Persatuan ini  hendaklah diterajui oleh mereka-mereka dari golongan orang agama,  pendidik, profesional, tentera, polis dan wakil kerajaan yang tidak ada  kepentingan politik, menduduki sebuah jawatankuasa.

Saya percaya ramai orang Melayu mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap  apa yang terjadi pada bangsa mereka, tetapi mereka tidak ada suara dan  tak dapat menyampaikan hasrat mereka atau mereka bosan menggunakan  platfom politik yang terlalu berlandaskan pada material ataupun gila nak  berkuasa. Kalau kita perhatikan atau buat tinjauan, rata-rata orang  Melayu golongan pertengahan dan bawahan terlalu inginkan perubahan pada  kuasa politik orang Melayu, dengan UMNO mereka dah mual dan meluat,  dengan PAS mereka kurang berkeyakinan, dengan Keadilan mereka tidak  nampak arah tujuan, jadi masing-masing meneruskan kehidupan tanpa  mempedulikan politik, namun ini tidak boleh berterusan kerana semakin  lama orang Melayu semakin terhimpit dek perbuatan orang Melayu UMNO ni!  Bagi pemilihan mereka yang akan menduduki jawatankuasa ini kelak pilh  lah yang terbaik bukan sahaja dari segi pendidikan, ilmu tapi yang lebih  penting adalah keperibadiannya. Misalnya wakil dari golongan raja-raja  pilihlah raja yang baik, wakil tentera pun mungkin bekas jeneral yang  baik, dari polis pun sama dan wakil-wakil dari pertubuhan-pertubuhan  atau persatuan-persatuan pun pilihlah yang tidak ada kepentingan  material dalam kepala mereka, pilihlah yang bersemangat Melayu/Islam  yang kuat dalam diri mereka, saya percaya masih terdapat ramai orang  Melayu yang berwibawa dan ikhlas dalam memperjuangkan kepentingan  Melayu.

Mungkin dari penubuhan ini persatuan atau pertubuhan Melayu lain  pun akan menjadi lebih baik dan tulus dalam perjuangan mereka.  Sememangnya ini adalah sesuatu yang sukar, tetapi ianya tidak mustahil,  apa salahnya kita mencuba untuk memperbaiki bangsa kita dengan  menguatkan persatuan ataupun menyatukan orang Melayu dalam satu  pertubuhan yang benar-benar memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu.  Kita boleh memulakan dengan membuat bancian atas idea ini dan kita lihat  respon mereka. Sekiranya kita berjaya menyatukan orang Melayu dalam  satu wadah yang sama, maka kekuatan orang Melayu tidak akan tergugat  dengan ancaman materialistik oleh puak-puak kapitalis politik.

Maka dengan itu orang politik boleh teruskan perjuangan politik mereka,  puak-puak kapitalis Melayu boleh terus mengayakan empayar mereka tanpa  menggadaikan maruah bangsa Melayu kerana mereka tahu ada kuasa lain yang  boleh menghalang mereka iaitu satu kuasa besar-KUASA UMAT MELAYU/ISLAM.

Sekian, dengan harapan yang amat besar untuk menyatukan orang Melayu  demi kepentingan bangsa Melayu yang bukan hanya tergugat oleh bangsa Cina, India atau lain-lain bangsa tetapi yang lebih menakutkan adalah  bangsa Melayu tergugat oleh bangsa Melayu sendiri!



 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762