BALIK KE MUKA UTAMA


formmail.to: umnoreform

From_Email: nkinfos@yahoo.com

From_Name: Nakhoda Kudus

Subjek: Comment

Segera: Yes

Pesanan: KENAPA MELAYU GAGAL DALAM EKONOMI?


Dulu masa zaman Dr.M semuanya diindustialisedkan, diswastakan untuk  melahirkan jutawan-jutawan segera DEB kononnya nak tengok orang Melayu  berjaya listed dalam Forbes most richest man in Asia ke in the world ke,  itu semua gila meroyan nak jadi kaya, akhirnya mana pegi Renong,  Naluri,TRI,L&G,Business Focus, PSI dan entah apa-apa syarikat korporat  Melayu lain yang dulunya gah dengan private jet mereka,mana pegi  Tajuddin Ramli,Halim Saad, Wan Azmi, Sulaiman, Amin Shah, boss mereka  Daim dan lain-lain semuanya hancus habiskan duit rakyat, duit kerajaan,  menyusahkan pekerja tapi secara peribadi semuanya kaya raya.

Sekarang ni zaman Pak Lah, naik pulak nama konco-konconya, Kamaruddin,  Khairy, Norza dan nama-nama lain yang tengah naik untuk menyapu bersih  harta negara. Pak Lah pulak, dengan dasar pertanian lah, biotek lah,  batik lah, entah apa-apa lagi yang tak tahu hala tuju, cuba nak kejar  kemajuan negara lain dalam bidang-bidang ni, yang dah mendahului kita  berpuluh tahun tu buat apa?

Cuba la tengok betul-betul apa kekurangan sebenar dalam ekonomi orang  Melayu! Contoh paling asas-

1.Makanan-90% bekalan makanan dibekalkan oleh bukan Melayu.

2.Pakaian-100% bekalan bukan dari orang Melayu.

3.Peralatan Rumah-100% bukan dari Melayu.

4.Perubatan-Dimpot dari luar negara, kita tak reti nak buat ubat ke?

5.Pendidikan-Peralatan pendidikan selain buku sekolah bukan dari Melayu.

6.Peruncitan-ada la kedai Melayu kecil-kecilan.

7.Pemasaran-Pasaraya-pasaraya besar berapa kerat barangan yang  diusahakan oleh orang Melayu, adala...rempah jenama Brahim's (tau tak ape!)

8.Kenderaan-Alat ganti, pusat servis, pusat aksesori, ada la sikit,  pengedaran pun adala sikit orang Melayu punya!

Dan macam-macam lagi  keperluan hidup kita bergantung pada barangan impot ataupun yang dibuat  oleh orang bukan Melayu, sedangkan 60% pasaran adalah orang Melayu dan  kuasa pembelian orang Melayu melebihi RM1,000,000,000(SATU  BILLION)SEBULAN. Dari angka ni berapa peratus yang pegi balik ke orang  Melayu dan berapa peratus pulak pegi ke poket orang Cina? Kenapa  kerajaan tak tengok benda ni? Kenapa orang Melayu tak sedar benda ni?  Kita marah orang Cina kaya, tapi kita lupa siapa yang bagi diorang kaya?

Memang orang Cina tak salah dalam hal ni! Orang Cina menguasai ekonomi negara bukan kerana Lim Goh Tong ka,  Vincent Tan ka, Tan&Tan ka, Low Yatt ka, Lee Kim Yew ka, depa kaya bukan  sebab tokay-tokay ni. Diaorang kaya sebab diaorang buat mee, buat bihun,  jual beras, jual baju, jual kain, jual paper lama, jual pokok bunga,  jual taufu fa, jual mesin, jual kasut, jual semua yang orang perlu, yang  orang Melayu perlu!

Ini yang orang Melayu tak sedar-sedar, orang Melayu kalau meniaga nak  buat kontrak buat longkang, buat sekolah, buat bangunan, supply kat  jabatan kerajaan mack up harga, hang dapat sikit, aku dapat sikit kita  ambik barang kat Cina, dapat murah! niilaaa mentaliti perniagaan orang  Melayu baik projek ribu-ribu sampai la ke projek juta-juta, sampai la ke  projek mega-mega. Dari sekecil-kecil makan sampai la ke besar-besar  makan, dari kerani cabuk sampai la ketua pengarah, sampai la ke ketua  bahagian la, ADUN la, ahli parlimen sampai la ke menteri, semuanya nak  bagi kenyang perut sendiri dengan cara mudah!

OOOIIII ORANG-ORANG MELAYU...BANGUUNNNN!!!!

Maaf emosional sikit!

Sebenarnya kekuatan orang Melayu dah sememangnya ada dengan pasaran  orang-orang Melayu yang sangat besar ni adalah kelebihan kita, apa yang  perlu adalah, bagaimana untuk membekalkan keperluan kepada pasaran ini?

PERTAMA

-Mengubah persepsi orang Melayu terhadap berangan keluaran orang Melayu  dengan membina keyakinan dan kesedaran betapa perlunya kita menyokong  barangan keluaran orang kita atas dasar hukum halal/haram terutamanya  barangan makanan.

KEDUA

-Mengujudkan rangkaian pengedaran dan pemasaran barangan keluaran orang  Melayu secara menyeluruh hinga keseluruh pelosok negara disamping  membuka peluang perniagaan pemborong dan peruncitan seperti yang pernah  dilakukan oleh Pertubuhan Al Arqam dimana mereka berjaya mengujudkan  rangkaian yang cukup kuat untuk pengedaran produk mereka.

KETIGA

-Meningkatkan permintaan dan pengeluaran yang seimbang supaya bekalan  sentiasa mencukupi untuk menampung permintaan, dengan itu  pengeluar-pengeluar tidak mengalami kerugian.Bekalan bahan mentah juga  hendaklah dibekalkan oleh rangkaian orang Melayu supaya tidak berlaku  kekurangan bekalan.

KEEMPAT

-Pelaksanaan bantuan kerajaan hendaklah diberi kepada mereka yang berada  dalam rangkaian ini,maksudnya membantu mereka yang telah berada dalam  perniagaan berkaitan sebagai contoh, sekiranya seseorang itu menjalankan  perniagaan kedai runcit kecil bantulah dia untuk membuka pasar mini,  dari pasar mini, bantu untuk membuka pasaraya.

KELIMA

-Ujudkan persatuan perniagaan dalam bidang masing-masing supaya dapat  mengawal bekalan dan harga pasaran untuk bersaing dengan bukan Melayu  dan jangan bersaing untuk menjatuhkan melayu lain, percayalah rezki itu  adalah pemberian Allah.

Bukan maksud saya untuk mengajar, cuma memberi pandangan dan saya sedar  sememangnya telah ada usaha-usaha yang dilakukan oleh agensi-agensi  kerajaan, tetapi pelaksaannya yang saya pertikaikan kerana melalui  pengamatan saya terdapat banyak kepincangan dalam pelaksanaanya. Sebagai contoh :

Pembiayaan perniagaan seperti dari MARA, PUNB, PROSPER, SME BANK,  SMIDEC, BANK RAKYAT, TEKUN terpaksa dipohon dengan berbagai-bagai  kerenah birokrasi dan dinilai oleh pegawai-pegawai yang hanya tahu  berkenaan teori perniagaan bukan realiti perniagaan. Memanglah prosedur  itu penting, tetapi realiti sebenar dunia perniagaan adalah sangat  berbeza dengan teori perniagaan kerana teori yang menjadi garis panduan  boleh direka diatas kertas dengan begitu detail dan meyakinkan tapi  pelaksanaannya belum tentu lagi.

Setelah beberapa lama agensi-agensi ni buat mana kejayaannya, kenapa  peratusan penguasaan pasaran Melayu masih ditakuk lama, mesti ada  kepincangan dalam pelaksanaannya.

Oleh itu sya harap mereka yang berkenaan dan yang lebih arif dalam  bidang ni, buatlah sesuatu supaya apa yang dibelanjakan oleh orang  Melayu, kalau tak semua, mungkin separuh daripadanya kembali ke poket  orang Melayu. Sekiranya ekonomi orang Melayu meningkat banyak perkara  baik lain akan turut meningkat, kalau orang Melayu tak ada masaalah  kewangan, dia boleh hantar anak-anak dia ke sekolah yang lebih baik,  boleh bagi anak-anak dia makanan yang lebih berkhasiat, boleh bagi  anak-anak dia kediaman yang lebih selesa maka dengan itu akan melahirkan  generasi Melayu yang lebih baik. Ingat, inilah yang dinikmati oleh orang  Cina, oleh kerana kuasa ekonomi yang mereka pegang sejak dulu, mereka  telah melahirkan generasi yang lebih baik hari ini.

Bersama-samalah  berusaha untuk kebaikan orang Melayu/Islam, semoga Allah memberkati  usaha kita. Amin.
Wassallam.



 

 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762