![]() |
|
Setahu saya,Syed Ali tidak pernah menyatakan pendapat menyokong atau membangkang isu Jambatan Indah,tetapi apabila pemimpin-pemimpin UMNO mula menggunakan bahasa yang kurang enak terhadap bekas Perdana Menteri yang telah banyak berjasa dalam pembangunan sektor ekonomi dan pembangunan Malaysia, beliau tampil untuk memberi teguran. Bukan untuk membodek Perdana Menteri sekarang atau mengejar kekayaan yang tiada kesudahannya. Beliau hanya menyatakan, adalah lebih baik mengambil sikap berdiam diri seperti Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi dari terus berperang mulut dengan Tun yang tidak akan ada kesudahannya.
Kalau semua pemimpin UMNO cepat melatah sedangkan
Perdana Menteri sendiri mengambil sikap mendiamkan
diri,tidakkah itu memalukan Parti UMNO sendiri.
Pemimpin-pemimpin yang beriya-iya membalas kenyataan Tun
Dr.Mahathir itulah kaki bodek. Semasa dalam Kabinet Tun
Dr.Mahathir,mereka beriya-iya menyatakan sokongan tidak
berbelah bagi dalam isu pembinaan Jambatan Indah namun
apabila Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi
membatalkan projek itu,maka pemimpin-pemimpin yang sama juga
menyatakan sokongan diatas keputusan Perdana Menteri.
Pemimpin seperti inilah yang menjatuhkan maruah Parti
UMNO.Mereka tidak mempunyai prinsip dalam menjalankan
tanggungjawab mereka & hanya tahu membodek.
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|