BALIK KE MUKA UTAMA


Mengembalikan Intergriti
Munir Mustapha

Banyak telah dipersoalkan mengenai integriti khususnya sejak kebelakangan ini. Kehadiran Pak Lah yang mahu mengimbangi kemajuan fizikal negara dengan kemajuan moral dan insan menunjukkan bahawa persoalan intergreti adalah persoalan penting yang menaja arus kemajuan tidak songsang atau tidak cacat. Malangnya apakah isu intergriti ini mampu dilaksanakan dengan keadaan yang masih lagi terkongkong dengan halangan  - halangan yang menjadi perundangan dan peraturan.

Isu TNB terpaksa membayar kepada IPP : Utusan Malaysia 19 April 006 : Antara penyumbang kepada masalah itu ialah tanggungan yang membebankan ke atas IPP kerana TNB terpaksa membayar lebih RM4 bilion setahun kepada syarikat penjana tenaga bebas itu tanpa mengira sama ada kapasiti digunakan sepenuhnya atau tidak.

Perkara ini sepatutnya tidak boleh berlaku. Dalam keadaan hutang TNB semakin meruncing perkara - perkara ini terdedah. Perkara seperti ini pasti tersorok sekiranya TNB terus mengaut keuntungan atau sekiranya kerajaan meluluskan peningktan tarif elektrik.

Banyak isu lain juga tersorok - seperti penedahan dalam media pembangkang, subsidi minyak kepada IPP tersebut. Nampak gayanya IPP tersebut lebih dititik beratkan dari TNB dan Petronas. Secara kasarnya ialah kebajikan IPP tersebut terus dijaga tanpa mengira kebajikan rakyat yang terus di humban dengan kenaikan kos.

Kita juga bakal berdepan dengna kenaikan  tarif air. Apakah semua ini tanggungan rakyat apabila rugi tetapi apabila untung tokoh - tokoh belaan kerajaan ini mendabit dada menceritakan kekayaan mereka.

Dalam hal ini kerajaan kepimpinan Pak Lah harus melakukan apa yang tidak berani dilakukan selama ini. Perkara tersebut adalah untuk membongkar semua perjanjian konsesi yang melibatkan secara langsung atau tidak langsung rakyat Malaysia. Kita tidak mahu lihat adanya perjanjian  - perjanjian jangka panjang yang akan merugikan rakyat dan menguntungkan beberapa kerat manusia khususnya yang lahir di bawa kepimpinan Dr Mahathir.

Bongkar semua perjanjian - Eletrik antara IPP dengan TNB, Air , perjanjian konsesi lebuhraya PLUS. Apa pun saya percaya kerajaan harus bukan sahaja mempergiatkan kempen Intergriti tetapi melaksanakannya dengan terbuka.  

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762