BALIK KE MUKA UTAMA

NAIKAN HARGA PETROL DAN JUAL TANAH BILA KERAJAAN HAMPIR BANGKRAP.



formmail.to: umnoreform

From_Email: muharram@yahoo.com

From_Name: muharram

Subjek: Request for Proposal

Pesanan: NAIKAN HARGA PETROL DAN JUAL TANAH BILA KERAJAAN HAMPIR
BANGKRAP.

Nak tergelak rasanya bila baca BH siarkan kenyataan PM minta ahli BN
menerangkan kepada rakyat kenapa harga petrol dinaikan. Ahli BN bukan
rakyatkah?.

Kasihan Pak Lah Dongak ,nelayan tua bermotosikal cabuk tahun 60an ahli
Umno dulu kini selamanya nak terangkan kepada guru sekolah berkereta
Toyota sebab-sebab harga petrol dinaikkan 30 sen seliteri.

Nak termuntah rasanya bila Minah karan , ahli Puteri Umno kerja kilang
naik bas kilang warna biru sebelum subuh menerangkan sebab-sebab harga
petrol naik kepada pengurus kilang ahli DAP.

Disarankan kepada Dato Muhammad Azaham bin Abdul Wahab supaya menubuhkan
Persatuan Pengguna Petrol Prihatin Malaysia untuk turun padang bersama
Pak Lah dan pak menteri lain menyokong penuh kenaikan harga petrol.Bolehlah
turun ke kampong nelayan,sawah padi dan lain dengan kereta besar tuan-tuan.
Tuan-tuan bolehlah cadangkan rakyat ubah cara hidup naik basikal atau
jalan kaki ketempat kerja.

Inilah akibatnya memilih pemimpin yang tak mahu mendengar pendapat
rakyat. Cara mudah menyelesaikan masalah kewangan negara adalah menikan
harga petrol.

Pernah satu ketika dulu,Amanah Saham Selangor mengalami kerugian tetapi
cuba menutup kerugian itu dengan cara mengambil tanah Negeri Selangor
dan menjualkannya kepada syarikat Cina dan hasil jualan tanah boleh
diberikan dividen Saham ASAS. Dan akhirnya ASAS jatuh bangkrap.

Tetapi tuan-tuan ahli Umno jangan bimbang 30 sen seliter adalah cara
tuan-tuan menabung dan berjimat cermat untuk mendapatkan sehelai batik
atau pelikat 5 tahun sekali dimusim pilihan raya.

Jadilah. Dari tak dapat langsung!.




Muharram

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762