|
formmail.to: umnoreform
From_Email: snaxe@bluehyppo.com
From_Name: abdul muaz
Subjek: Comment
Pesanan: kerajaan telah bersikap double standard bila tak ambil apa-apa
tindakan terhadap NST. Dalam kes Guang Ming Daily mereka hanya siarkan
gambar orang tengok karikatur dalam akhbar sahaja tetapi digantung
permit.
Namun dalam NST jelas menunjukkan bahawa mereka menggunakan nama Nabi
Muhamad sebagai bahan jenaka, tetapi tidak ada tindakan waima amaran.
Sebab apa? kerana NST walaupun editornya satu ketika dahulu anti
Malaysia dan anti Islam adalah anak emas kerajaan.
Malah para editor akhbar itu dengan bongkaknya menyiarkan semula kartun
itu apabila umat Islam di negara ini menyuarakan rasa tidak puas hati
dengan kartun itu.
Penyiaran kali kedua itu jelas menunjukkan para editor akhbat milik umno
itu jelas tidak peduli tentang perasaan umat Islam yang merupakan agama
rasmi negara ini.
Tapi apa tindakannya ialah tidak ada apa-apa tindakan.
Cuba bayangkan jika kartun itu disiarkan oleh akhbar lain?
|