|
formmail.to: umnoreform
From_Email: msputra@gmail.com
From_Name: putra
Subjek: Comment
Segera: Yes
Pesanan: Assalamualaikum,
Saya tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar
tentang Dato Nazri. Terdetik dihati, dimanakah budi bahasa orang
melayu terutamanya pemimpin rakyat. Setelah dikejutkan dengan
kenyataan ganster Pahang siapa lagi kalau bukan Menteri Besarnya,
kini diikuti pula oleh rakan karibnya.
Bagi saya sebagai orang yang mengaku dirinya Islam perlu
menentang sekerasnya apabila ada pihak cuba merosakkan kita.
Suruhanjaya antara agama tidak perlu di negara ini. Kita ada
perlembagaan yang iktiraf bahawa agama Islam ialah agama rasmi
negara. Semasa kita merdeka lagi dan pada masa itu, orang bukan
Islam tak membantah atau mempersoalkannya. tetapi kenapa kini
perlu? Dan yang tak logiknya mereka yang mempersoalkannya ialah
majoritinya orang Islam seperti Dato Nazri, SIS dan lain-lainya.
Nama Sister in Islam tetapi perangai mcm bukan islam. sepatutnya
merekalah orang yang paling lantang bersuara menolaknya tetapi
lain pulak jadinya. Insaflah wahai saudaraku. tidak ingatkah
kita pada tanggal 16 Mei. Dimana rusuhan antara kaum berlaku.
Perlukah ianya berlaku lagi? Jangan kerana beberapa ekor lembu
yang berak bersepah, akan terjadi rusuhan antara agama?
Kita perlu menolak suruhanjaya antara agama dan IFC. Kenapa
perlu lagi berdikusi tentang perkara yang termaktub dalam
perlembagaan. Umpama peribahasa jangan dijolok sarang terbuan
kalau tidak rasa la sengatnya. Sebab itu mereka yang sayangkan
agama islam ini berdemonstrasi ttg perkara itu kelmarin. bukan
bermakna orang yang tak ikut berdemonstrasi itu tak sayangkan
agamanya. Tetapi kita perlu berterima kasih pada mereka sebab
berani menunjukkan kebenaran. bukanya bodoh. kalau begitu semua
orang berdemo itu dipanggil bodoh. macam mana pulak dengan kita
orang umno yang berdemo. Adakah Dato Nazri panggil kita semua ni
bodoh.Fikir-fikirkanlah.
Jangan orang pijak Al-Quran jer kita marah tetapi orang yang
persoalkan agama Islam kita diam. Dimana Islam Hadari? Dimana
Persatuan Ulama? Dimana Pemimpin kita yang beragama Islam?
Jangan duduk saja. Kita adalah pewaris nabi. Kita wajib
pertahankan agama Islam dengan cara apa sekalipun.
Inilah sebab kenapa orang Islam kita sentiasa jatuh, tak
bangun-bangun, kerana orang Islam sendiri yang memusnahkan orang
Islam yang lain. Orang Islam ini lah yang memaki agamanya
sendiri. Fikir-fikirkanlah
|