![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Hampir semua rakyat Malaysia tahu melayar Internet dan ramai pula yang tinggal di negara luar bertahun-tahun lamanya. Alasan Samy Vellu dan bapak menteri kita bila menaikkan harga barang semesti membandingkan bahawa harga di Malaysia masih rendah berbanding dengan negara lain. Mereka selalu membandingkan Malaysia dengan Amerika, UK atau Singapura. Di sana gaji mereka lumayan berbanding apa yang diberi oleh Malaysia. Namun begitu perbandingan seharusnya tidak menukarkan nilai mata wang Ringgit Malaysia kepada wang negara tersebut. Apa yang diperolehi oleh pekerja di Amerika, UK mahupun Australia adalah setara atau lebih dari Malaysia. Harga barangan amat murah di Amerika sebagai sebuah negara paling maju. Buat apa PM atau TPM mahu suruh kita “convert “ duit Malaysia kepada Amerika dan katakan kenaikan harga masih berpatutan dan harga minyak Malaysia masih rendah? Kami tidak sebodoh itu. Mungkin PM, TPM dan Samy Vellu tidak pernah rasa keperitan rakyat kerana kerana tidak pernah membelanja wang gaji mereka seperti kita. Semua FOC dan ditanggung halal atau haram oleh kerajaan Malaysia, iaitu Rakyat Malaysia. Harga minyak yang naik kini ialah 30 sen se liter, bermakna kenaikan RM1.20 segelen secara mendadak. Harga minyak kini ialah RM1.92 x 4 = RM7.98 sen segellen. Bandingkan dengan Amerika yang sekitar US$2.20 – US$2.35 sahaja segelen. Rakyat Malaysia mesti ubah pemikiran daripada mentaliti “convert” ke dalam RM seperti mentaliti PM dan TPM kita kerana rakyat Amerika digaji dalam dollar US mereka dan mereka beli bukan dengan RM, tetapi US$.
Seorang guru atau kerani boleh mendapat gaji
US$3000.00 sebulan dan bermacam boleh ia berbelanja. Telur cuma
US$1.20 sahaja untuk 18 biji, daging hanya US$2.00 sepaun,
kereta jenama Amerika yang sederhana cuma US$12,000.00 manakala
yang diimport dengan harga di antara US$30,000.00 hingga
US$50,000.00. Semasa saya bekerja di USA selama beberapa tahun
saya boleh mampu beli Mercedes, tetapi bila balik ke Malaysia
hendak beli satupun pitam rasanya.
Janganlah kita sentiasa diperkotak-katik oleh
menteri-menteri yang tidak bertanggungjawab. Kali ini kita
jangan undi Barisan Nasional lagi. Beri peluang kepada kerajaan
baru atau tubuh parti baru bagi mengganti semua parti yang sudah
lapuk pemikiran. Orang-orang muda ramai dari Universiti dan
profesionals pun bijak-bijak belaka. Kenapa mesti biarkan kroni
dan ahli keluarga menteri-menteri sahaja yang memerintah
berlanjutan. Mereka dilahiran dengan “golden spoons in their
mouth and backside”. Mahasiswa perlu bangun bersama profesionals
yang lain. Mari kita beri mandat kepada orang yang boleh
menjamin kesejahteraan rakyat BUKAN menyusahkan rakyat.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|