BALIK KE MUKA UTAMA


Mengurangkan subsidi minyak - perlu ada perancangan

Isu kenaikan harga minyak yang akan meningkatkan lagi harga barangan harus di beri perhatian. Peningkatan beberapa kali di bawah era Pak Lah amat mengecewakan. Tidak ada alasan yang diberi selain dari mengurangkan subsidi untuk tujuan pembangunan. Sekiranya subsidi terus di beri maka kerajaan terpaksa melepaskan pembangunan - pembangunan lain yang akan merugikan kemajuan negara kita ini.

Sungguhpun penjelasan demi penjelasan berhubung dengan subsidi minyak, namun ramai antara kita masih ragu dengan apa yang di jelaskan. Persoalan keuntungan Petronas yang begitu besar menjadi persoalan. Apakah Petronas sebenarnya yang di berikan subsidi?

Bagi www.umno-reform.com kerajaan seharusnya mengambil pendekatan yang lebih pro aktif dalam menangani isu menghapuskan subsidi. Bercerita mahu mengurangkan dan menghapus subsidi harus di sertai dengan perancangan. Kita boleh mengurangkan subsidi tetapi berapa banyak yang mahu di kurangkan dalam setahun. Apa kah indikator minima pengurangan berbanding dengan kos peningkatan harga minyak antarabangsa.

www.umno-reform.com percaya sepatutnya kerajaan sudah menetapkan anggaran peratus pengurangan subsidi setiap tahun supaya tidak keterlaluan dalam menaikkan harga minyak. Kita patut merancang peratus pengurangan yang perlu di buat dari hanya memberi alasan bahawa harga minyak mentah dunia meningkat. Kalau hanya itu alasan kerajaan apakah kelak pengurangan harga minyak dunia akan menyebabkan pengurangan harga minyak Malaysia?

Satu perangkaan harus di buat agar kerajaan lebih "predictable" dalam membuat sesuatu dasar atau dalam membuat keputusan. Kita tidak mahu kehidupan seharian rakyat turun diperdagangkan seperti turun naik saham. Dalam konteks ini "predictability" perlu sebagai satu anggaran perbelanjaan.

www.umno-reform.com merasakan tidak mungkin terdapat satu kesukaran untuk kerajaan menyiapkan satu pengiraan peruntukkan pengurangan subsidi dan anggaran berapa tahun sebelum subsidi dihapuskan keseluruhan. Kalau kita boleh mengirakan peratus peningkatan harga tol kenapa tidak boleh membuat pengiraan pengurangan subsidi?

Setakat ini pengurangan subsidi dikatakan berpunca kerana harga minyak antarabangsa meningkat. Semestinya persoalan seterusnya akan di tanya - sekiranya harga minyak antarabangsa menurun apakah harga minyak kita akan turut turun. www.umno-reform.com seakan berani jamin jawapan kepada persoalan itu adalah TIDAK. Maka sewaktu itu alasan pengurangan subsidi akan di gunakan dan ini tidak amat tidak meyakinkan.

Apa pun harga minyak naik lagi, harga bahan tempatan akan terus naik dan biarlah beratus-ratus jaminan di berikan namun harga dan kos kehidupan akan terus bertambah. Apakah hari ini kita akan melihat - kemungkinan persyarikatan dan penswastaan adalah sebenarnya membebankan rakyat dan menguntungkan segelintir penjawat jawatan?

Mungkin 

  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762