|
Meritokrasi, mana mereka sebelum ini?
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor berkata, sistem itu telah menindas ribuan anak Melayu di luar bandar yang tidak berpeluang mendapat pendidikan berkualiti.
Prof Ungku Aziz, dalam satu forum pernah berkata, sistem pendidikan kita hari ini carca murba dengan pindaan mengikut selera dan bukan mengikut kajian.
Khairy Jamaluddin dalam forum yang di kendalikan oleh Sekretariat Melayu Muda pernah mengakui bahawa meritokrasi adalah seperti demokrasi terpimpin.
Sementara Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Shafie Mohd. Salleh berkata dasar meritokrasi yang telah diluluskan oleh kabinet akan diteruskan melainkan ada arahan terbaru oleh kerajaan sendiri supaya ia dihentikan.
Inilah hasil dari sokongan Dato Hishammuddin Tun Hussein yang membela bermati-matian kehendak Tun Dr Mahathir sewaktu meritokrasi di kenalkan. Banyak kritikan di terima sewaktu meritokrasi di kenalkan dan hari ini Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia memaklumkan bahawa masalah meritokrasi boleh di perbincangkan.
Meritokrasi adalah cetusan Tun Dr Mahathir dan dikatakan hadir dari kompromi beliau dengan bangsa - bangsa lain khususnya tuntutan Jawatankuasa Rayuan Suqiu yang mahukan hak keistimewaan Bumiputera di hapuskan. Ini tidak boleh di nafikan kerana kompromi ini hadir dalam membantu UMNO memenangi pilihan raya 1999 dan ini diakui dalam forum Melayu Dalam Bahaya oleh Tan Sri Muhammad Muhd Taib ( selaku Ketua Penerangan UMNO).
Ketua Penerangan tersebut memberi hujah tersebut dalam membicarakan perpecahan Melayu khususnya dengan penubuhan Parti Keadilan Nasional pada waktu itu.
Namun apa yang jelas ialah, meritokrasi tidak cukup di hujah dan dibicarakan sewaktu mahu dilaksanakan. Kabinet Tun Dr Mahathir meluluskan meritokrasi sungguhpun ianya di bantah oleh suara - suara aktivis Melayu dan Bumiputera.
www.umno-reform.com masih ingat satu sesi penerangan yang dikelolakan oleh Dato Azimi Daim, sewaktu itu beliau adalah Ketua Penerangan Pemuda yang bertanggungjawab memberi penerangan kepada wakil - wakil pelajar dan ahli Pemuda UMNO mengenai meritokrasi. Sungguhpun meritokrasi di tentang hebat namun jawapan beliau yang paling yang paling klasik adalah jangan menentang arus.
Apa pun dalam lingkungan Pemuda - Naib Ketua Pemuda pada waktu itu Datuk Aziz Sheikh Fadzir pernah menyatakan kerisauan beliau terhadap nasib pelajar - pelajar Melayu bila mana meritokrasi mula dilaksanakan.
Hari ini suara meritokrasi mula kedengaran kembali. Apakah mereka lambat sedar akan implikasi meritokrasi atau pada zaman Dr Mahathir - angguk saja demi menjaga jawatan.
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|