|
Benar - syarikat korporat tidak lagi mahu terbabit dalam perayaan merdeka - hanya rakyat bawahan di kerah - murid sekolah - guru dan beberapa organisasi kecil yang sebok menceritakan kemerdekaan. Beberapa email di pilih untuk menyinari erti merdeka dan kenapa hilangnya semangat patriotik
formmail.to: umnoreform
From_Name: OrgIsamad
Subjek: Request for Proposal
Pesanan: Kemerdekaan telah lama kita dapat.Tetapi,untuk "maintain" kemerdekaan
perlukan pemerintah yang baik,adil. Pemerintah yang baik akan mempunyai barisan kabinet yang baik juga. Pemerintah yang baik dan adil akan
memikirkan bagaimana "aku boleh memperbaiki keadaan negara ku ini agar
menjadi lebih baik,maju,makmur" yang mana kekayaaan negara di nikmati
bersama dengan mereka -orang kebanyakan,miskin dan sebagainya.Pada masa yang sama,walau
bagaimana maju dan merdeka nya kita, pegangan agama tidak boleh sama sekali
kita lepaskan, lupakan, lebih - lebih lagi di pandang remeh, dihina.Tanpa pegangan
agama,tidak akan ada seorang manusia boleh hidup aman. Tanpa agama, kita akan
bertindak seperti binatang sebab kita tiada pegangan hidup dan adab."Sense of guilt"
hilang bila kita tiada pegangan agama.Oleh yang demikian,segala tindakan lebih di
dorong oleh nafsu, bukan fikiran.Apabila tindakan dan hidup kita dikawal oleh
nafsu,tindakan yang adil,rasional,baik tiada lagi dalam fikiran kita.Maka hanyut lah hidup kita.Jika kita seorang pemerintah,maka hanyutlah juga negara kita dan segala-galanya.Senario ini lah yang sedang berlaku dalam negera kita, Malaysia, yang telah lama merdeka.Merdeka atas erti kata kertas sejarah tapi tidak pada mentaliti,kehidupan orang awam,orang biasa malaysia - yang kadangkala di panggil pengundi setiap 4 tahun. Pada pemerintah, mereka akan laungkan "kita dah merdeka". Atau kemerdekaan
berparlimen?
formmail.to: umnoreform
From_Email: dudeks_mambera@yahoo.com
From_Name: 1511
Subjek: Comment
Pesanan: Apa ada pada kemerdekaan?
Kebenaran datang, yangg batil hilang...berapa ramai org umno sekarang adalah 'pejuang zaman kemerdekaan'? sesiapa jua boleh menghafal sejarah dan bercakap secara 'menjerit, tapi sumbang'....benarkah umno pejuang bangsa? apa moto umno sekarang? berjuang atas 'survival melayu' atau atas 'survival umno'? Apa pemikiran anak-anak seratus tahun mendatang? Adakah mereka akan dapat mencari sebab sebenar kenapa Pas dan Umno bertarung? Adakah ini 'sebab akan akibat' kita umat terawal yang 'berjuang untuk mencari sesuap nasi'?
Kebenaran datang, yang batil hilang.. kenapa kita perlu hairan tentang penghayatan kemerdekaan? bukankah hari kemerdekaan diadakan hanya untuk 'mengwar-warkan perjuangan Umno'?
Kasihan pejuang Umno yang terdahulu....kolam renang yang dibina, kolam taik
pilihan anak-anaknya... berapa lama 'baru merdeka'? berapa lama pula 'kita telah dijajah'?
Tahu merdeka itu apa? Siapa yang mahu 'berdukacita pada perkataan merdeka'? berminat buat eksperimen? Bagaimana tarikh 10 ogos 'jatuhnya', 11 ogos 'rasmi jatuhnya' dijadikan sebagai sambutan?
kita kira detik 12 malam Melaka dijajah... kita adakan perarakan ketenteraan pada malam tersebut... kita kaji bagaimana semangat mereka membuat barisan... kita lihat berapa ramai yg akan melompat2 kegembiraan menjelang kiraan detik 12....
Perbezaan antara hak dan batil terlalu halus...ada yangg terjatuh, ada yang terus bergerak...
assalamualaikum pelaku pemikir...:)
formmail.to: umnoreform
From_Email: Mohd Sabar
From_Name:
Subjek: Comment
Erti kemerdekaan telah di cairkan kepada satu hari cuti sahaja. Malaysia adalah tempat untuk kita hanya membuat duit dan tanah air kita adalah rumah kita sendiri. Sikap individualistik ini adalah hasil dari mengkorporatkan - Malaysia dengan membawa makna kerajaan sendiri menjadi saing untuk kita hidup. Satu penipuan kononnya rakyat atau sesiapa sahaja tidak patriotik kerana kerajaan kita bukan menyebelahi rakyat tetapi asyik memandang kepada rakyat untuk tujuan tersendiri.
Bagi saya sekiranya terdapat kegagalan kita rakyat Malaysia menyahut hari merdeka, ini bererti kita tidak lagi menghargai tanah ini dan kehadiran tidak menghargai adalah kerana kita mual dengan kepimpinan yang hanya memikirkan untuk diri
sendiri.
formmail.to: umnoreform
From_Email: Rosnah
From_Name:
Subjek: Comment
Merdeka hanya satu hari cuti kerana kita kurangnya kesedaran kita mengenai makna kemerdekaan. Apa ertinya kemerdekaan kalau harga minyak naik dan harga barang - barang lain naik yang sah menyusahkan rakyat. Saya syorkan mereka yang kaya sahaja menyambut kemerdekaan. Kami rakyat biasa hanya boleh melihat, kesenangan orang - orang tertentu sahaja.
Kenapa - kenapa Hari Merdeka hanya sebagai satu hari cuti sahaja. Sebenarnya berpuluh email ringkas yang turut menyatakan bahawa
KEMERDEKAAN HANYA SATU HARI CUTI.
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|