|
Kerajaan dunia pertama tapi Menterinya
dari dunia ketiga
ROSLAN SMS
Telah terbukti hanya BN sahaja yang boleh melaksanakan
janji-janji pembangunan, demikianlah antara ucapan Presiden MCA,
Ong Ka Ting ketika majlis perjumpaan dengan wakil-wakil
Persatuan-persatuan Cina tempatan di Kota Bharu, Kelantan
baru-baru ini.
Kata Ka Ting masyarakat Cina Kelantan perlu mengkaji apakah
pencapaian kerajaan PAS selama lebih 10 tahun ia memerintah (sebenarnya
PAS telah memerintah hampir 16 tahun 1999 ke 2006)
Kata Ka Ting lagi PAS ternyata tidak mampu membawa pembangunan
walaupun telah lebih sedekad memerintah.
Gambar PERAKAN
Benarkah sedemkian? Teruk sangatkah kerajaan PAS itu?
Saya kira rakyat Kelantan samada keturunan Cina ataupun Melayu,
lebih bijak membuat kajian dan analisa dan meeka tidak
memerlukan orang luar seperti Ka Ting untuk mengajar mereka
bagaimana cara-caranya berpolitik.
Cuba kita teliti beberapa angka dan pencapaian berikut supaya
dapat kita menilai tuduhan Ka Ting itu:
TAHAP KEMISKINAN DI KELANTAN
1990: 29.5% (tahun PAS mengambil-alih pemerintahan dari Umno/BN)
1999: 18.7% (9 tahun Kelantan di bawah PAS)
2002: 12.4% (Kelantan masih bawah PAS)
(Kalau kita baca Sunday Times baru-baru ini di Kedah, Daerah Sik
sahaja dilaporkan 30% penduduknya terdiri daripada rakyat miskin
dengan separuh dari isirumah penduduk Sik berpendapatan kurang
dari RM750.00 sebulan! Kedah dulu, kini dan entah sampai bila
berada dalam genggaman BN)
PEMBALAKAN DI KELANTAN
1980 -1990:
611 850 hektar hutan dibalak. Hasilnya RM341 juta ataupun RM567
se hektar
(Tempoh 11 tahun ini Kelantan berada di bawah Umno/BN)
1991 â?? 2005:
423 296 hektar hutan dibalak. Hasilnya RM941.7 juta ataupun RM2
225 se hektar
(Tempoh 15 tahun ini Kelantan berada di bawah PAS)
(Di bawah PAS hutan yang dibalak kurang, tetapi hasil yang
diperolehi besar, bagaimana?)
BEKALAN AIR
(Bagi tahun 2002)
Air di Kelantan:
Tarifnya RM0.31 sen se meter padu. Kos operasi RM 34 juta. Hasil
RM 46 juta. Keuntungan 26%
Air di Selangor (Negeri Maju)
Tarifnya RM0.72 sen se meter padu. Kos operasi RM1.3 billion.
Hasil RM861 juta.
Keuntungan -104%
(Tarif air di Kelantan adalah antara yang terendah di seluruh
Malaysia)
Seterusnya dari segi pentadbiran kerajaan PAS cuba menghayati
pentadbiran Islam sebagai modelnya. Penghayatan spiritual bagi
menangani masalah sosial ditekankan oleh Menteri Besarnya (sila
lihat wawancara bersama Faisal Tehrani: Siasah) dan ternayata
pendekatan ini gaal ataupun tidak diberi perhatian oleh
negeri-negeri lain.
Ka Ting cuba menggambarkan kononnya betapa tidak cekap dan tidak
mahirnya kerajaan PAS Kelantan mentadbir negeri tersebut sehinga
menjejaskan kehidupan rakyatnya. Kata beliau terbukti hanya
kerajaan negeri yang partinya diwakili diperingkat Persekutuan
sahaja mampu mentadbir dengan baik, betulkah kenyataan itu?
Kenyataan ini saya kira tidak padan jika datangnya dari seorang
Menteri yang mewakili kerajaa yang cuba menonjolkan imej dunia
pertama. Di dunia pertama keputusan rakyatnya dihormati dan
tidak terdapat diskriminasi atau sabotaj ekonomi sesama kerajaan
dalam satu persekutuan sebagaimana menjadi amalan dan kelaziman
di negara kita.
Kasihan Malaysia, PM nya konon mahu tonjolkan imej negara dunia
pertama, tetapi para menteri dan pemimpinnya beku dengan wajah
dan pemikiran dunia ketiga.
sila ke Blog Roslan SMS
http://n32.blogspot.com
Ikuti siaran Web TV Alternatif: WTV8
http://wtv8.tv
|