|
Apakah
UMNO hanya tinggal nama saja di bumi ini?
halmey@tm.net.my
Mohd Hilmi bin Abdullah
Pesanan: Saya adalah salah seorang daripada penduduk melayu/bumiputera
di negeri bawah bayu, Sabah. Sabah telah mengharungi terlalu banyak perubahan melalui pengalaman pahit dan manisnya, terutamanya bila
diperintah oleh berbagai parti politik yang berlainan latar-belakang sehinggalah bila UMNO mengambil-alih tampok pemerintahan pada tahun 1994.
Bilamana UMNO diistiharkan menang pada pilihanraya tahun 1994, Kami amatgembira dan terpancarlah harapan baru buat kaum bumi-islam dinegeri iniyang selama ini ditekan dan ditindas oleh PBS, parti yang dominannya
dikuasai oleh kaum kadazan dan cina. Tempoh permulaan sepuluh tahun, menunjukkan banyak perubahan dan kemajuan dibuat untuk membangunkan
negeri ini seterusnya golongan bumiputera islam. Kami amat berbangga danbersyukur dengan nikmat tuhan ini. Tempoh selanjutnya menunjukkan
kemerosotan terutamanya pada tahun lepas dan awal tahun ini bilamana terlalu banyak cerita dan berita yang tidak menyenangkan terutamanya
cerita pemimpin-pemimpin yang terbabit dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Kita tidak tahu sejauh manakah kebenarannya cerita ini. Hanya
pihak tertentu sahaja yang dapat mengesahkan kesahihannya. Tetapi apa yang lebih menyedihkan ialah bila mana pemimpin-pemimpin yang telah
disyaki ini masih lagi dibiarkan memimpin dan menerajui kepimpinan pengurusan yang sendirinya telah melemahkan kedudukan orang melayu/islam
di dalam sesuatu organisasi itu. Mereka ini ibarat lembu dicucuk hidung atau dipegang ekornya. Contoh sebenar yang boleh dilihat ialah di dalam
SAWIT KINABALU BERHAD, sebuah syarikat perladangan besar milik kerajaan negeri. Organisasi ini telah banyak mengalami perubahan besar
selaras dengan perkembangan yang berlaku di dalam politik negeri. Selama ini
telah banyak usaha yang dibuat oleh pemimpin terdahulu seperti Abdul Rahman Zainal dan Datuk Hj Wasli, untuk menambah
golongan elit pengurusan melayu/bumiputera yang terlatih dan berwibawa bagi mewarisi
kepimpinan akan datang. Tetapi, malangnya sejak akhir-akhir ini telah banyak usaha yang dibuat bagi melenyapkan
golongan ini dan menggantikannya dengan golongan kaum non-melayu yang tidak semestinya
berkualiti, berkeupayaan dan berdaya maju. Persoalannya ialah, di manakah kedudukan dan kebajikan orang melayu
ketika ini?, wal hal bendera berkibar dan keris terpacak di bumi bertuah
ini adalah masih milik UMNO.
Apakah UMNO hanya tinggal nama saja di bumi ini? Apakah UMNO
di sini hanya untuk memperbanyakkan jumlah undi perwakilan ketika mesyuarat agung dijalankan?. YANG JELAS UMNO TIDAK LAGI NAMPAK TARINGNYA,
BIAR PUN KEBAJIKAN AHLINYA TELAH TERJEJAS. APAKAH KEPERCAYAAN YANG DIBERI TIDAK LAGI DAPAT DITERJEMAHKAN KEPADA HASIL
PERJUANGAN YANG LEBIH BERMAKNA. Jika keadaan ini berterusan, suatu hari nanti, tiada lagi
azan yang akan berkumandang di surau ini, tiada lagi alfatihah dibacakan
bagi pembuka doa majlis. Yang amat menyedihkan ialah ketika hujan emas
dijangka turun di bumi ini, kami hanya menerima hujan batu. Siapa yang akan bertahan. Saya merayu agar perkara ini diambil perhatian dan
bantuan kecemasan adalah amat diperlukan ketika ini.
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|