BALIK KE MUKA UTAMA


Peniaga-peniaga kereta terpakai Melayu di Ampangan diarah berpindah
kiriman  http://rozmal.blogspot.com

Sesiapa yang biasa ke Seremban pastinya tidak akan melepaskan peluang melalui kawasan Ampangan jika hendak meneruskan perjalanan samada ke Kuala Pilah
atau pun Jelebu.

Suasana apabila melalui kawasan Ampangan ini adalah seperti melalui kawasan Melayu di pekan-pekan di pantai timur. Jika di Kuala Terengganu mereka ada Pasar Payang di tengah-tengah bandar yang hampir kesemua peniaga-peniaga di pasar tersebut adalah peniaga Melayu, maka di Ampangan juga walaupun tidaklah sebesar mana pasarnya, namun orang Melayu di Seremban ini boleh berbangga kerana adanya Pasar Ampangan yang hampir kesemua peniaga di sini adalah peniaga-peniaga Melayu.

Malah suasana diluar Pasar Ampangan ini dimeriahkan lagi dengan peniaga-peniaga makanan yang turut menghidangkan makanan dari pantai timur seperti nasi kerabu, nasi dagang, laksam, kuih cek mek molek dan bermacam lagi.

Antara keunikan di sepanjang jalan utama di kawasan Ampangan ini ialah terdapat banyak peniaga-peniaga kereta terpakai yang diusahakan oleh orang Melayu. Sejak saya mula mengenali Ampangan ini saya rasa telah ada peniaga kereta terpakai Melayu di sini. Kebanyakkan mereka samada memilikki premis perniagaan sendiri atau pun menyewanya daripada pemilik tanah.

Namun minggu lepas saya dikejutkan oleh kenalan saya yang tinggal di Kg. Ismail, Ampangan. Dia menyatakan kesemua peniaga-peniaga kereta terpakai di sepanjang Jalan Ampangan ini diarahkan berpindah oleh pihak Majlis Perbandaran Seremban. Tidak kurang 15 peniaga kereta terpakai Melayu yang terlibat. Mereka semua diberi tempoh untuk berpindah sehingga hujung tahun ini. Tidak dapat saya gambarkan dimana lagi kawasan strategik untuk peniaga kereta terpakai Melayu untuk menjalankan perniagaan mereka kalau bukan di jalan utama Ampangan ini. 

Yang menjadi tanda tanya ialah mengapa peniaga kereta terpakai sahaja yang diberi arahan berpindah dan lagi  kenapa pula di kawasan Ampangan. Sedangkan Ampangan bukanlah terletak di pusat bandar Seremban. Terdapat banyak lagi peniaga-peniaga kereta terpakai di tengah pusat bandar yang beroperasi, seperti di sepanjang jalan Rasah dan Jalan Rahang, tapi mengapa hanya di Jalan Ampangan ini ? Sedangkan Ampangan inilah satu-satunya kawasan Seremban yang majoriti
penduduknya adalah orang Melayu.

Menurut kawan saya lagi, semua pengusaha kereta terpakai yang terlibat ini telah beberapa kali membuat rayuan kepada Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Seremban, namun keputusannya tetap muktamad, iaitu berpindah hujung tahun ini, kerana menurut mereka arahan datangnya dari Menteri Besar Negeri Sembilan sendiri Dato Seri Mohammad Hassan.

Sekiranya sedikit masa dahulu peniaga-peniaga bengkel membaiki kereta Melayu yang terletak di bengkel MARA di Jalan Penghulu Cantik telah diarahkan berpindah
atas alasan untuk mendirikan bangunan baru. Kini bangunan baru yang menggantikan bengkel MARA tersebut telah tersergam indah namun tiada berpenghuni. Apakah kawasan Jalan di Ampangan ini akan menjadi nasib yang sama sepertimana projek-projek lain yang diusahakan oleh pihak berkuasa tempatan di Negeri Sembilan ini , dimana kita dapati banyak premis perniagaan pihak berkuasa tempatan di merata tempat di Negeri Sembilan ini hanya dihuni oleh kambing dan lembu.

Oleh yang demikian adalah diharapkan pihak Majlis Perbandaran Seremban serta YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dapat menarik semula arahan berpindah kepada peniaga-peniaga kereta terpakai Melayu di kawasan Ampangan ini, kerana inilah satu-satunya identiti peniaga kereta terpakai Melayu di Negeri Sembilan ini. Apakah mungkin selepas ini peniaga-peniaga yang megusahakan restoran di sepanjang jalan Ampangan ini akan turu terlibat ? Apakah gerai-gerai di Bandar Baru Ampangan akan dirobohkan pula dan dirikan bangunan baru yang akhirnya terbiar kosong tidak berpenghuni ?


  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762