|
Kuasa Politik : Milik Melayu selamanya
atau Melayu dalam bahaya
Anuar Mohd Nor
http://www.umno-reform.com
Tel : 012-6544762
Terdapat 2 kenyataan yang terfikir oleh saya dalam membincangkan
isu ini. 2 kenyataan tersebut adalah ;
Kenyataan Pertama
Political power without Economic power
is a shadow. The industrial and commercial mechanism is the
means by which a country satisfied the necessaries of life
according to its standards of living. Those who control a vital
factor in it can, if they wish, obstruct or cut off the supply
of the necessity and so being decisive pressure to bear upon the
political authority.
Dato Onn Jaafar CO 537/4785, Memorandum National Services for
Malays ( Muka 220 Dato Onn Pengasas Kemerdekaan - Prof Ramlah
Adam
Kenyataan Kedua
"Ekonomi dan perniagaan telah muncul sebagai kekuatan yang
menentukan politik dan sosial dalam negara
Buku Wawasan 2020 - Terbitan Institut
Kajian Dasar tahun 1993
Kedua - dua kenyataan tersebut di tambah dengan puluhan
kenyataan lain yang pernah di buat oleh kepimpinan dan para
akademik negara ini telah menegaskan bahawa kekuatan ekonomi
wajib ada dan kekuatan ekonomi ini lah yang akan menentukan
bukan sahaja pemilikan kuasa politik oleh orang - orang Melayu
malah "survival" kaum itu sendiri.
Menyedari keperluan penguasaan Ekonomi dan adalah pra - syarat
penting menentukan genggaman kuasa politik maka persoalan "
Kuasa Politik" - Milik Melayu selamanya harus di ukur dengan
kekuatan pegangan Melayu dalam ekonomi.
Bagi yang menyanggah perkara ini dengan mengatakan bahawa kuasa
politik dengan gubahan dasar akan dapat mencengkam kuasa politik
maka kita harus merujuk kepada kenyataan Tuanku Abdul Rahman
pada tahun 1956 yang berbunyi;
Perbezaan kaum berlaku tahun 1956 lagi.
Orang - orang Melayu sedia memberikan hak - hak yang munasabah
dan patut kepada orang - orang bukan Melayu. Orang Melayu telah
memberikan pengorbanan yang banyak daripada hak - hak sebagai
bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa - bangsa yang bukan Melayu.
Belum ada satu bangsa anak negeri yang telah berbudi sebegitu
banyak seperti yang telah di perbuat oleh orang - orang Melayu.
Sungguh pun ada jaminan hak - hak keistimewaan Melayu dan
Perjanjian Persekutuan tetapi tidak sekali mencegah atau
menyekat bangsa lain yang bukan Melayu daripada mencari kekayaan
dan kesenangan dan lagi sehingga sekarang hak - hak keistimewaan
itu masih belum lagi menghasilkan keadaan setaraf Melayu dengan
bangsa - bangsa lain
Tuanku Abdul Rahman ( Malaya Merdeka
26/04/1956)
Kenyataan Tuanku Abdul Rahman dapat di lihat sebagai ukuran
bahawa kekuatan politik atau kuasa politik dalam penentuan dasar
- bagi menjamin hak keistimewaan Melayu tidak akan dapat
meletakkan Melayu setaraf dengan bangsa - bangsa lain apabila
pegangan ekonomi Melayu tertinggal jauh ke belakang.
Justeru itu meletakkan kekuatan Melayu pada kuasa politik dan
menetapkan kuasa politik tersebut sebagai "ultimate weapon'
untuk terus menjadikan Melayu relevan di tanah air sendiri amat
meleset. Harus di peringatkan bahawa pembelian wang dengan wang
adalah sesuatu di tidak mungkin dilaksanakan tetapi pembelian
kuasa dengan wang adalah sesuatu yang lebih realistik dan mampu
berlaku.
Beberapa pengertian kepada fakta ini sudah cukup untuk kita
melihat betapa pentingnya kuasa ekonomi dalam dunia hari ini dan
dalam konteks Malaysia dan Melayu betapa besar risiko yang di
ambil oleh orang - orang Melayu jika kita hanya beranggapan
bahawa kuasa politik dapat melalui kuasa ekonomi dan Melayu akan
terus relevan andai hanya berpegang dengan kuasa politik.
Sungguhpun begitu penyanggahan pengertian terhadap kenyataan di
atas baik oleh Dato Onn Jaafar, Tuanku Abdul Rahman dan buku -
buku koleksi penulisan oleh Institut Kajian Dasar masih boleh di
buat dengan alasan pegangan kuasa politik itu di imbang dengan
tanggungjawab dan moral kepimpinan.
Kuasa politik dengan pengimbangan nilai moral dan
tanggungjawab
Pakar Pemikir pengurusan di petik mengatakan bahawa
"Power must always be balanced by
responsibility otherwise it is tyranny".
Ini juga bersesuaian dengan satu kertas kerja yang di bentangkan
dan di bukukan dalam Wawasan 2020 - Menangani Wawasan 2020 -
1993 Institut Kajian Dasar yang memetik sebagai berkata;
- meninggalkan nilai - nilai moral dalam kehidupan sosial ,
politik dan ekonomi - memencilkan nya akan menyebabkan kehidupan
bermasyarakat hanya di pandu oleh kepentingan sempit kumpulan ;
dan sekiranya di baca dalam kontes Melayu dalam Bahaya maka ini
akan menjerumuskan kita kepada keruntuhan bangsa kita serta
mengarahkan bangsa kita kepada keruntuhan - baik pegangan kuasa
politik mahupun ekonomi sekiranya kuasa yang ada tidak di
laksanakan dengan penuh kesedaran, penuh dedikasi dan untuk
melunaskan amanah yang telah di berikan menerusi perlaksanaan
demokrasi yang ada di negara kita ini.
Pegangan kuasa politik akan dapat menentukan peningkatan dan
kemajuan bangsa baik dalam apa segi sekali pun sekiranya kuasa
yang di mandatkan oleh rakyat kepada pemegang amanah tidak di
gadai untuk kepentingan individu atau beberapa kumpulan dalam
bangsa itu sendiri.
Justeru itu kepimpinan yang di amanahkan oleh rakyat -
mengimbangi kuasa yang ada dengan kesedaran serta tanggungjawab
akan dapat menaturalisasikan idea yang mengatakan bahawa kuasa
politik dapat di lemahkan lantas di gadai dengan kekuatan bangsa
lain terhadap pegangan ekonomi.
Tertarik dengan kebangkitan kuasa politik Melayu dalam zaman -
zaman awal kemunculan atau pembentukan kuasa politik Melayu di
tanah air ini maka satu kenyataan yang seharusnya tidak di
pandang lekeh oleh kita hanya kerana ianya di keluarkan oleh
bekas kepimpinan UMNO yang juga pengasas UMNO harus di teliti;
Dalam meneliti kepimpinan masyarakat Melayu, Onn ( Dato Onn
Jaafar ) dapati raja - raja Melayu gagal menjadi pemimpin Melayu
seperti yang sepatutnya. Dalam banyak hal mereka tidak lagi
melindungi rakyat tetapi menekan rakyatnya. Raja - raja Melayu
sepatut nya melahirkan rasa hormat dan sayang kepada rakyat dan
bukan sebaliknya.
Warta Malaysa 4/2/30
Apa yang jelas kelihatan dalam serangan Datuk Onn terhadap
kepimpinan negara (pada ada waktu itu Raja dan Sultan)
menunjukkan bahawa tidak terdapat pengimbangan kuasa yang ada
dengan nilai - nilai moral dan tanggungjawab yang sepatutnya
ambil dalam membentuk dan menentukan arah bangsa semasa kuasa
itu di genggam.
Menjadi satu pencabulan sekiranya mandat yang di beri di jual
dan di perdagangkan lantas ianya hanya menunjukkan bahawa kuasa
politik yang ada sudah di jual memenuhi hasrat diri.
Ini juga adalah antara punca kegagalan sehingga tidak bangkit
lagi Melayu sehingga ke hari ini.
Kuasa kepimpinan - menjual hak
Pokok pembincangan adalah Melayu dalam Bahaya. Persoalan utama
apakah yang membahayakan Melayu dan siapakah yang sedang
menyerang Melayu ? Ini adalah persoalan utama yang perlu kita
kaji setelah kita meneliti secara ringkas ; kekuatan ekonomi
yang mampu membeli kuasa politik, kekuatan politik yang
sebenarnya mampu menjana perkembangan ekonomi orang - orang
Melayu serta keperluan moral dan tanggungjawab dalam memastikan
kuasa politik terpelihara di tangan orang - orang Melayu .
Dalam satu kertas kerja yang pernah di tulis oleh
Datuk Najib Tun Abdul Razak pada tahun
1993 - Wawasan 2020 dan masa depan orang -orang Melayu,
Datuk Najib di petik berkata ;
- menyarankan bahawa kita harus melupakan sebenar hak - hak
keistimewaan orang - orang Melayu - kerana selama ini kita harus
mengakui dengan jujur - masalah yang sering membawa kegagalan
kepada peniaga - peniaga Melayu - pengusaha - pengusaha Melayu :
di sebab kan khayalan mereka sendiri.
Kenyataan ini di sokong oleh beberapa kepimpinan sekarang ini
khususnya Tun Dr Mahathir Mohamed sewaktu ghairah memperkatakan
mengenai tongkat orang - orang Melayu.
Pembuangan tongkat orang - orang Melayu perlu supaya Melayu itu
tidak di manja sehingga mereka lena untuk bangkit menyedari
proses dunia tanpa sempadan yang berkehendakkan orang - orang
Melayu bersaing.
Tidak dapat di sangkalkan bahawa terdapat kebenaran dalam apa
yang mahu di sampaikan oleh Dr Mahahtir tetapi apakah dengan
pembuangan tongkat tersebut maka Melayu akan terus dapat hidup
di bumi Malaysia ini lantas bersaing dengan bangsa - bangsa lain
di luar negara ini.
Kenapa buang yang ada? Kenapa perlu di gadai segala yang di beri
dalam kontrak sosial semata - mata kononnya mahu bangsa Melayu
itu maju?
Kita jangan lupa sejarah kerana sejarah berulang kembali khusus
pada mereka yang lupa.
Tahukan kita bahawa apa yang di katakan tongkat kepada Melayu
yang di beri oleh kerajaan adalah tongkat yang serupa yang di
beri oleh kerajaan pada waktu awal tamaddun Malaysia oleh
Inggeris?
Tahukan kita bahawa kehadiran bangsa lain yang di beri tongkat
serta merta oleh penjajah adalah untuk menaturalisasikan kuasa
yang ada kepada kepimpinan Melayu pada waktu itu?
Tahukan kita se awal tahun 1931 lagi kaum Cina pernah
mendesak bukan sahaja hak malah berani mengatakan bahawa Tanah
Melayu dan Negara - Negara Selat adalah milik orang Cina kerana
merekalah yang telah membangunkan Melayu
Warta Malaysa 11/3/1931
Tahukan anda pada tahun 1953 - Federal Legislative Councill (
6th Session) March 1953 Melayu di bawah RIDA di potong
peruntukkan sehingga 3 juta bagi memberi laluan kepada
pembentukan kampung - kampung baru Cina dengan peruntukan
sebanyak 11 juta ringgit. Bayangkan kalau pada tahun 1953 gula
hanya pada kadar 5 sen dan kini dengan kadar hampir RM 1.50
berapakah nilai 11 juta pada tahun 1953 dan sekarang pada tahun
2004?
Adakah semua subsidi ini dari se awal tahun 1931 ( mengambil
anggaran ) ke tahun 1957 ( mengambil anggaran ) ia itu selama 26
tahun subsdi, tongkat dan memapah bangsa lain dalam perekonomian
bangsa itu tidak menjana kejayaan bangsa itu sendiri? Cina dan
India sekiranya di perhatikan sedah sedia mendapat subsidi dan
tongkat oleh pemerintah pada ketika itu - Bayangkan 12,133 orang
India menjawat jawatan dalam kerajaan sebagai pegawai rendah
jika di bandingkan dengan orang - orang Melayu seramai 1,472
pada tahun 1938 - K.A Neela Kandha
Aiyer - Indian problems in Malaya.
Adakah hari ini kita pula sebagai kepimpinan Melayu merasa
berdosa untuk mengekalkan hak - hak keistimewaan yang ada, yang
semakin terhapus dan di tambah dengan penjualan kuasa oleh
kepimpinan Melayu itu sendiri?
Mungkin tahun 2004 ini kita boleh bertanyakan dengan Datuk Najib
kerana sekarang beliau adalah Timbalan Perdana Menteri soalan
sama ada perlu lagi kita melupakan sementara hak - hak
keistimewaan Melayu ? Ingat terlepas sekali mungkin memerlukan
masa yang panjang untuk kita mendapatkannya semula.
Melayu - layu dan malas
Kepimpinan Melayu awal negara kita ini - kepimpinan politik kita
tidak juga melupakan soal sikap orang - orang Melayu ketika itu.
Namun menyalahkan sikap dan adat semata - mata adalah tidak adil.
Sebagai kepimpinan mereka harus menentukan perkembangan minda
orang - orang Melayu ketika itu. Pembangunan minda harus di beri
tumpuan utama agar Melayu lebih kritis dan kritikal dalam
membuat keputusan. Ini adalah antara pembangunan yang tidak di
beri perhatian menyeluruh. Kita bukan boleh mendidik masyarakat
Melayu pada ketika itu dengan terburu - buru. Tamaddun Melayu
bukan beribu - ribu tahun.
Kita harus mengkaji juga kegusaran pemimpin Melayu mengenai
masyarakat Melayu, tetapi kegusaran itu harus menjurus kepada
usaha untuk mencorakkan bentuk dan resepsi Melayu terhadap
pembangunan fizikal dan material.
Gambaran Datuk Onn 3/8/50 mengenai orang -
orang Melayu dapat di lihat dalam tulisan beliau di Warta Negara
1950;
Saya nampak gambaran yang berlainan
coraknya daripada gambaran yang sedia ada di hadapan mata
kebanyakan orang - orang Melayu. Gambar yang ada di hadapan saya
ialah apa yang akan di sertakan oleh orang - orang Melayu
sendiri , ia itu gambar menunjukkan pendirian orang - orang
Melayu dan gambar perbuatan orang - orang Melayu. Satu gambar
lagi ialah gambar gelap yang tidak menunjukkan pendirian orang -
orang Melayu. Perbezaan itu amat mustahak ia itu perbezaan yang
boleh menentukan nasib orang - orang Melayu.
Apakah gambar yang sedang kita lihat sekarang menunjukkan
pendirian orang - orang Melayu atau ianya membayangkan ketiadaan
pendirian orang - orang Melayu? Adakah dengan mengecilkan hak -
hak keistimewaan orang - orang Melayu, hak yang sudah di
kontrakkan ke atas kita dalam penyerahan hak - hak lain kepada
bangsa - bangsa lain di tanah ini menunjukkan pendirian kukuh
kita.
Sekali lagi kita ulangi MELAYU DALAM BAHAYA ? Siapa mengancam
kita ?
Perlu di ingatkan bahawa kelahiran anak kecil berbangsa Cina dan
kelahiran anak kecil berbangsa Melayu bukan di penuhkan dengan
sikap sebagai satu pakej menentukan perbezaan bangsa. Anak kecil
Melayu bukan di lahirkan dengan pakej sifat - sifat pemalas,
mahu kaya cepat dan haprak dan anak kecil Cina bukan dilahirkan
dengan sifat kerajinan, pandai berniaga dan berani. Dalam
konteks mikro anak - anak kecil itu di lahirkan dan akan subur
dengan sikap yang di warisi daripada kepimpinan ibu bapanya.
Dalam konteks yang lebih besar kaum Melayu itu akan subur dengan
sifat yang di warisi oleh kepimpinan Melayu pada ketika itu.
Apakah kita mewarisi sifat yang sepatutnya atau kita terikut
dengan sifat yang di punyai oleh kepimpinan kita.
Bahaya yang berdepan dengan Melayu
Serangan utama kepada Melayu bagi saya adalah;
Bila yang mengamalkan tabiat rasuah,
menyusulkan kepada anak bangsanya menolak rasuah - ini merupakan
satu pembohongan.
Lahir sahaja sebagai Melayu maka pakej yang di sertakan oleh
Allah SWT ialah pemalas, mahu kaya cepat dan haprak. Kalau itu
jawapan yang boleh di berikan oleh cerdik pandai kepimpinan kita
maka kita usulkan mulai tahun ini kita haramkan Melayu berkahwin
dengan Melayu kerana ini akan menyebabkan Malaysia penuh dengan
bangsa haprak yang akan merugikan Malaysia.
Kalau dikatakan pergeseran antara Melayu kaya dengan Melayu
miskin adalah punca kemunduran Melayu ( maka persoalkan
pembahagian kekayaan yang adil sebagai asas menangani pergeseran
ini.
Namun kalau di katakan kepimpinan Melayu menjual hak sebagai
punca kemunduran Melayu maka Melayu harus di sedarkan mengenai
kepimpinan yang di pilih.
Sekali lagi dalam keadaan yang terbatas dan masa yang agak
suntuk bagi saya - saya katakan seperti yang di petik dalam
tulisan saya kali ini :
Kuasa seharus di sertakan dengan tanggungjawab, sekiranya
tidak maka itu satu kezaliman
Kita perlu juga menyimpulkan bahawa kuasa politik yang tidak di
gadai mampu membantu generasi hari ini untuk berdiri sama tinggi
dan sama rendah dengan bangsa - bangsa lain.
Kita perlu ada gambaran yang terperinci mengenai hak
keistimewaan orang Melayu dan bukan membuat andaian yang belum
tentu keberkesanannya. Jangan ditarik hak ini kononnya kerana
ini akan dapat membantu kaum Melayu . Itu hanya satu teori yang
belum menjanjikan kejayaan. Jangan yang ada dilupus ibarat
mencurah air tempayan bila guruh berdentum - kerana hujan belum
tentu turun.
Jangan kita ibaratkan bangsa kita sebagai bangsa "RED INDIAN",
kerana teori RED INDIAN tidak boleh di guna pakai kerana "RED
INDIAN" bukan pemerintah Amerika sedangkan Melayu adalah
pemegang kuasa. Persamaan dangkal ini - Melayu dan "Red Indian"
dalam konteks tanah rizab Melayu harus di tolak.
Melayu harus di sedarkan dan masyarakat Melayu harus melalui
proses pembangunan minda yang menyeluruh sebelum tamadun Melayu
dapat berkembang dan seterusnya dapat menggenggam kuasa politik
yang ada tanpa tiris. Proses ini harus di jalankan secara jujur
tanpa kepentingan individu.
Dan akhir sekali,
Melayu Dalam Bahaya
|