|
MELAYU DALAM BAHAYA
Memulakan bicara saya mengucapkan tahniah kepada Sekretariat Melayu Muda dalam membincangkan topik yang begitu penting untuk "survival" Melayu pada masa - masa akan datang. Sungguhpun ini adalah kali 2 Sekretariat tersebut menganjurkan seminar sedemikian, namun saya percaya relevansi penganjuran topik tersebut akan tetap ada selagi mana Melayu belum bangkit dari lena dan selagi mana Melayu belum sedar akan kuasa yang ada pada diri mereka.
Kita telah menyaksikan beberapa persoalan kritikal yang di ajukan oleh beberapa peserta program yang menunjukkan kesedaran golongan muda dalam membicarakan mengenai Melayu.
Sikap terbuka beberapa peserta jelas menunjukkan kesedaran politik anak - anak muda Melayu semakin tinggi dan kepimpinan yang hadir mengalami kegusaran dalam cubaan menjawab soalan - soalan yang di ajukan.
Bermula dengan persoalan cabaran dan hala tuju Melayu, Tan Sri Muhammad Taib menegaskan betapa perlunya Melayu bersatu dalam memastikan Melayu itu perkasa dan Melayu itu dapat menyaingi bangsa lain khususnya Cina. Perpecahan telah menyebabkan Melayu semakin terhakis pegangan kuasa khususnya pada insiden -insiden yang begitu mencabar UMNO. Antara insiden tersebut adalah seperti perpecahan UMNO sewaktu tertubuhnya PAS, krisis pembubaran UMNO dan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Keadilan.
Insiden inilah yang sebenarnya menyebabkan Cina berjaya menuntut UNiTAR sewaktu Melayu berpecah belah. Ini adalah implikasi dari perpecahan UMNO dan perpecahan berterusan ini akan menyebabkan Melayu terpinggir biar dalam ekonomi mahupun politik.
Isu - isu kuasa Melayu terhapus juga di perbincangkan sewaktu seminar tersebut dan Datuk Mukhriz Tun Mahathir menegaskan bahawa pegangan ekonomi kita yang lemah telah mengikis kuasa politik yang ada pada kita. Statistik yang di persembahkan oleh beliau jelas menunjukkan bahawa Melayu tercicir dalam perekonomian dan keciciran ini amat membahayakan Melayu di masa akan datang. Beliau menegaskan bahawa jarak perbezaan antara Melayu dan Cina khususnya memberi indikasi yang amat merunsingkan. Apa yang jelas Datuk Mukhriz menyimpulkan bahawa Melayu memerintah tetapi tidak berkuasa adalah kerana pegangan kuasa ekonomi Melayu yang amat lemah.
Peserta telah mengemukakan persoalan - persoalan yang menjerumuskan kepada sikap Melayu yang senantiasa memberi dan menyerahkan atau apa yang di panggil "accomodative" . Ini adalah punca Melayu tercicir dan keciciran ini semakin membengkak. Terdapat juga persoalan untuk meningkatkan semangat perjuangan Melayu dan berpandukan perjuangan itu kepada mengertikan semula Melayu dari sudut identiti.
Persoalan itu tidak hanya berkisar kepada menyalahkan Melayu secara keseluruhan tetapi retorik kepimpinan Melayu dalam membicarakan isu Melayu.
Semua soalan - soalan tersebut di jawab dan dirangkum oleh panel - panel yang hadir dan antara kesimpulan yang di beri adalah untuk menyertai UMNO sebagai satu -satunya parti yang memperjuangkan kedaulatan Melayu.
Semua panel -panel sedar dan menggesa supaya kita mengungkap sejarah peristiwa Mei 1969. Kita harus menentukan agenda Melayu kerana perbezaan ekonomi antara kaum mampu menimbulkan ketidakpuasan antara kaum yang akan menyebabkan keadaan bertambah parah.
Apa yang perlu di laksanakan oleh Melayu seperti kata Datuk Paduka Haji Badruddin adalah untuk kita mendaftar RM 1.00 menyertai UMNO dan pastikan Melayu itu bersatu dan kukuh dalam menghadapi cabaran. Kita harus mendapatkan semula kuasa kita yang telah terkikis akibat persengketaan.
Seminar anjuran Melayu Muda itu jelas untuk memperjuangkan Melayu sebagai agenda utama mereka. Menyaksikan pengikisan kuasa dan ekonomi Melayu berbanding dengan bangsa lain khususnya Cina maka Melayu perlu bangkit dan bersatu hati. Bak kata Datuk Paduka Badruddin, lidi sebatang hanya mampu menjadi lidi satay yang setelah itu di buang. Berbanding kalau kita bersatu secekak lidi tidak mudah patah.
Saya akan terus mengulas satu demi satu topik Melayu Dalam Bahaya ini kerana bagi saya ianya adalah satu topik yang penting buat bangsa Melayu.Saya
akan khususnya menjelaskan taklimat berunsur statistik Dato Mukhriz
mengenai kedudukan Melayu yang sungguh amat membahayakan.
|
|
PETIKAN DARI PROGRAM TERSEBUT
Melayu
dalam bahaya - Tan Sri Dato' Haji
Muhammad Hj Mud Taib "perpecahan Melayu 1998 telah memaksa kita
akur untuk penubuhan UniTAR atas gesaan kaum Cina"
Melayu
dalam bahaya - Datuk Mukhriz Tun
Mahathir " Melayu memerlukan pertumbuhan ekonomi sekurang -
kurangnya 20% setahun untuk sampai ke tahap pencapaian kaum Cina pada
2020"
Melayu
dalam bahaya - Dato
Paduka Hj Badruddin Amiruldin
" Ingat kita ini orang Melayu, kita memerintah, kita mentadbir, kita
kerajaan dan kita DO, tapi kenapa kita mundur"
Melayu
dalam bahaya - "Lain - lain
komen " kalau kita lihat pihak swasta khususnya syarikat bukan
melayu - kenapa perlu salah satu syarat untuk berkerja adalah untuk fasih
berbahasa Mandrin ( cina) sedangkan bahasa rasmi kita Melayu dan bahasa
perniagaan terpenting adalah Inggeris.
Melayu
dalam bahaya - Datuk Abdullah
Ahmad " tidak mustahil kalau Perdana Menteri kita kelak bangsa
lain (khususnya Cina) kerana kuasa yang kita ada sudah terhakis"
|