|
Nampak Makin Pandai, Tapi Macam Makin Bodoh
Kayu 21 Zulhijjah 1426 / 21 Januari 2006ntuk
Kelmarin teman pergi makan keropok lekor goreng di gerai bersama teman
sambil berbincang tentang bisnes dan isu semasa di Malaysia. Keropok
dicicah dengan sos cili dan dapat hirup teh o limau memang sedap, sedar
tak sedar dah dekat 30 minit masa berlalu. Cakap punya cakap dari
keropok lekor, kemudian masuk asal usul lekor dari Terengganu dan
akhirnya kejayaan Terengganu mencatat keputusan memberangsangkan hampir
semua peperiksaan, baik dari UPSR, PMR dan SPM. Teman cakap kat kawan
teman, kita tabik juga lah dekat orang Terengganu ni. Makan gula lebih,
budu dan keropok lekor tapi pandai-pandai belaka budak-budaknya.
Tapi malang itu cuma tanggapan awal teman yang kurang tahu sangat dengan
sistem pendidikan negara kita ini, yang buat masa ini diterajui oleh
Hishamuddin Kalut. Tetapi setelah teman selidik punya selidik, tanya
punya tanya, korek punya korek, barulah teman dapat tahu hal yang
sebenar tentang sistem gred di Malaysia ini. Teman ketahui bahawa tidak
semua negeri berlandaskan sistem gred yang menyeluruh di bawah kerajaan
persekutuan. Gred para pelajar di Malaysia sebenarnya bergantung di
negeri mana pelajar itu duduk.
Contohnya, kalau budak Terengganu ambil UPSR untuk kertas sejarah dan
dapat 70%. Budak Terengganu ini akan mendapat gred A berbanding B atau C
kalau dibezakan dengan budak di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor
Bahru. Sistem ini juga nampaknya melarat hingga ke universiti di
Malaysia. Kawan rasa macam nak terkentut bila tengok sistem gred UIA,
UiTM, UM dan sesetengah Kolej di Malaysia berbanding apa yang sepatutnya.
Teman berpendapat sejak dari zaman selepas DSAI menjadi Menteri
Pendidikan, sistem kita sungguh haru biru. Kerajaan hanya berjaya
melahirkan pelajar-pelajar cemerlang berdasarkan sistem gred yang rendah.
Zaman sekarang ini, tidak hairan langsung kalau budak-budak cemerlang
belaka. Dengan 5A-UPSR, 8A-PMR, 4.0 Universiti bersepah-sepah dan sama
banyaknya dengan orang yang berpangkkat Datuk/Dato, tapi apa yang dapat
teman putuskan mereka semua tu kebanyakkannya hampeh-hampeh belaka.
Kerajaan banyak mengeluarkan budak-budak UPSR, PMR , SPM dan STPM yang
cemerlang di atas kertas tetapi hakikatnya budak-budak itu
kebanyakkannya tidak berkualiti.
Gejala ini makin ketara bila budak-budak yang sepatutnya dapat gred
rendah ini masuk ke universiti. Oleh kerana kelayakkan mereka sebenarnya
adalah jauh lebih rendah dari budak-budak di KL, JB dan Pulau Pinang,
mereka terpaksa bergelut dengan diri sendiri untuk mendapat keputusan
yang baik di universiti. Contohnya, kita selalu melihat budak lepasan
SPM dari Terengganu/Perlis/Kelantan yang mendapat 8A/9A tetapi sering
ketinggalan berbeza dengan budak dari KL/JB/Pulau Pinang yang sekadar
mendapat 5A/6A semasa SPM apabila mereka belajar di Universiti.
Bila masalah ini disedari, Kerajaan sekali lagi mengambil jalan mudah
dengan merendahkan gred di universiti untuk mendapat kelulusan.
Akibatnya keluarlah pemegang ijazah yang tidak berkualiti di merata
Malaysia. Mereka seolah-olah agar-agar yang keluar dari acuan dekat
kilang di Seri Kembangan. Keluar dari mesin berbondol-bondol untuk
dipotong, dibungkus dan dipasarkan tetapi malangnya mereka tidak
mempunyai keunikkan tersendiri. Semuanya sudah dibrain wash supaya
menerima bulat-bulat apa yang diajar kerana minda mereka sudah disekat
semenjak dari zaman kecil lagi. Kita tanya sepatah dia jawab setengah
patah. Kita tanya pandapat, dia kata Dulu pensyarah cakap....., tak pun
dia kata Bapak saya cakap...... Sendiri punya pendapat sudah dimatikan
semasa zaman belajar lagi.
Lagi bala pula apabila semenjak dari tahun lalu kerajaan kita duduk
sibuk mengembar-gemburkan akan kepentingan Bahasa Inggeris. Maka
dimaktubkan lah supaya Matematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris,
dan dipersetujui lah idea ini oleh Kerajaan kita. Beriya-iya Pak Lah
mempertahan keputusan Kabinet kita yang hampeh-hampeh belaka orangnya.
Hishamuddin pun beriya-iya membodek Pak Lah engan mengatakan isu ini
tidak perlu dibangkitkan lagi. Muktamad, dah tidak boleh diperbincangkan;
samalah saja dengan sistem pendidikan kita.
Tapi yang menjadi tanda tanya teman hanya satu, kenapa dua subjek
terpenting di sekolah di ajar didalam bahasa yang semua orang sudah tahu
bahawa MELAYU ISLAM kurang penguasaannya? Seolah-olah Melayu dihantar ke
sekolah untuk gagal. Seolah-olah Melayu rela diperbodohkan di tanahair
sendiri oleh bangsa sendiri dan sahabat seIslam sendiri. Kerajaan
sepatutnya memperbaiki sistem pengajaran Bahasa Inggeris, bukan
mensabotaj anak-anak Melayu untuk gagal. Jadah apa lah si Pak Lah dengan
Hishamuddin punya agenda, teman pun tak tahu.
Teman berkata begini melalui pengalaman. Depan mata teman pernah nampak
budak Melayu tidak tahu menjawab soalan Matematik kerana ianya disiapkan
di dalam Bahasa Inggeris. Bila teman terjemahkan soalan itu ke Bahasa
Melayu kebanyakkan mereka boleh menjawabnya. Ini bukan sahaja
diperingkat sekolah rendah dan menengah, yang harunya ianya juga boleh
dilihat di merata universiti tempatan. Maka kalau kita berbalik pada
soalan yang teman tanya tadi, adakah ini satu agenda jangka masa panjang
hendak membodohkan dan seterusnya meluputkan MELAYU ISLAM di Malaysia?
Sedih...., orang Islam sendiri bersekutu dengan kafir untuk menjatuhkan
Melayu Islam di Malaysia. Apa nak jadilah dengan kita ni?
Akhir kata, teman berharap janganlah sampai anak-anak kita ini bila di
tengok sekali pandang macam pandai-pandai belaka, tapi bila dua kali
pandang rupa-rupanya makin bodoh belaka. Memandangkan isu ini agak
sensitif, teman mohon maaf in advance kalau ada yang berkecil hati
dengan ayat-ayat pedas diatas.
Mejoh
Penulis bebas
|