BALIK KE MUKA UTAMA


Interesting Quotes 
17 Rejab 1426 / August 22, 2005

Assalamualaikm & Salam Sejahtera
Cheers, 
Shahrir

They (THE NON BUMI'S) refused to give opportunities to Bumiputera traders says Mahathir. 

Wah..wah. Pandai betul bahalol ni berlakon. Dia tak ingat ke siapa yang endorse? surat-menyurat nak bagi projek terutamanya Projek-projek Mega tu pada Cina


On July 26, Dr Mahathir released a letter to the press in which he said Rafidah had made claims which were not true when she spoke on the AP issue at the Umno general assembly.

Ini mesti kes sebab anak dia dapat sikit sangat dalam masa 22 tahun dia memerintah, tapi menantu Pak Lah si Khairy tu dapat 300 lebih AP tak sampai 2 tahun. Padanlah Pak Lah diam aje pasal AP ni. Ada AP disebalik Khairy rupanya.

Saya tertarik dengan mengenai laporan "Senator sifatkan kos baiki mahligai PM keterlaluan", oleh Rizal Tahir, 4 Ogos. Kos RM12.5 Juta untuk membaik pulih mahligai secara terus-terang adalah kos yang mengarut.

Duit rakyat semakin diambil dengan kos-kos yang melambung. Tapi rakyat faham kerana zaman Mahathir dia main pulun aje duit Negara sampai semua jabatan miskin, negara nak muflis. Tapi kalau nak upgrade rumah disebabkan Endon, kan ke kurang ajar tu namanya. Rakyat sanggup berkorban, tapi pemimpin ambil kesempatan.

Jika betullah kenyatan Dato  Mustapa Mohamad yang berbunyi, PAS gagal menangani masalah pengangguran (di Kelantan) walaupun sudah memerintah sejak tahun 1990? (Mingguan Malaysia 9 Mei 2004), maka betullah juga jika saya mengeluarkan kenyataan yang Umno gagal menangani masalah pengangguran walaupun sudah memerintah (di Malaysia) sejak tahun 1957.

Ni lah masalah bila pemimpin bodoh bercakap. Ni dah bukan kes meludah ke langit. Ni dah kes lambung taik sendiri tinggi ke langit lepas tu nganga mulut dan makan balik. Mustapha yang bodoh.

Former Deputy Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has been vindicated with the apology of former Inspector-General of Police Tan Sri Rahim Noor for the black-eye assault and the undisclosed amount of compensation, resulting in an out-of-court settlement and dropping of Anwar's civil suits for compensation against Rahim Noor and the government.

Malaysian taxpayers are entitled to demand to know why they have to bear financial responsibility and liability for the criminal negligence of the former Inspector-General Police who acted most irresponsibly in taking the law into his own hands in his brutal assault of Anwar and who got away so lightly for his crime, which had brought unprecedented shame to the Royal Malaysian Police Force and the nation's international reputation and standing.

Bahasa lembutnyanya: Kenapalah orang lain yang buat salah, tapi duit rakyat yang digunakan untuk membayar saman. Untung jadi Ketua Polis ni. 
Bahasa kasarnya: Apa ke bangsat sangat sistem perundangan BN ni. Orang dia sendiri yang buat jahanam, tapi duit rakyat disapu untuk bayar saman.


Dalam pada itu, apa yang menghairankan penulis lagi, apabila wakil pembangkang berucap atau memberi pendapat, wakil BN akan bersorak mengejek sambil bergendang. 

Sepatutnya mereka mendengar dan memikirkan apa yang wakil pembangkang tersebut perkatakan dan berbincang bersama untuk mencari penyelesaian bersama. Ini tidak, langsung tidak mendapat perhatian ahli Parlimen pihak pemerintah. Sungguh memalukan. 

Oh, beginilah ahli-ahli Parlimen bermesyuarat. Tiada 'standard' langsung, bak kata seorang teman sekampung. 

Pilihanraya lepas masa saya pegi ceramah BN, depa cakap,Hah, tu lah dia anjing-anjing Pas dan KeAdilan?. Tapi saya rasa kalau macam ni perangai BN dalam Parlimen, dia oranglah anjing-anjing tu.

Pengakuan Rahim Nor sekali gus mengingatkan kita nama beberapa tokoh politik negara yang mengatakan bahawa Anwar Ibrahim telah menganiayai diri sendiri sehingga matanya lebam dalam penjara. Itulah teori yang disuarakan sendiri oleh Tun Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Itulah juga teori yang diulang-ulang oleh segelintir ahli jemaah menteri beliau ketika itu. 

Malahan anak emas perempuan beliau yang bernama Rafidah Aziz (a.k.a Ibu Jerung) pernah menyebut di London betapa mata lebam Anwar adalah disebabkan beliau membekamnya (dengan gelas) dalam penjara. Macam mana Rafidah tahu yang Anwar diberikan hidangan minuman dengan menggunakan gelas? Dan kalau kita mahu membekam diri sendiri tentulah kita perlukan sekeping cermin untuk melihat tempat yang kita bekam. Bagaimana pula Rafidah tahu di dalam penjara, Anwar memang disediakan sekeping cermin muka? Yang jelas, ketika itu Rafidah meniru gelagat bapa angkatnya yang mengatakan sebab orang Arab di zaman Nabi Muhammad s.a.w. dahulu menyimpan jambang dan janggut ialah kerana ketika itu pisau cukur belum dicipta. Cuma Tun Mahathir itu lupa betapa ketika itu sudah ada pedang tajam yang digunakan untuk berperang.

Masalah bila orang macam Mahathir dan kaki bodek macam Rafidah cuba nak tunjuk pandai. Satu masalah kaki bodek ni adalah kebodohan mereka begitu ketara bila dia org buka mulut. 

Tidak cukup dengan kenaikan harga minyak, rakyat Malaysia menanggung beban pula bagi menampung "national pride" seperti Proton. Separuh dari gaji bulanan rakyat digunakan untuk membayar installment bulanan kereta. Akibat dari tekanan kewangan, scrap metal (kereta potong) `half cut' dibawa masuk ke Malaysia. Besi buruk yang dibuang oleh pengguna di Jepun, Singapura dan Eropah dibawa masuk ke Malaysia untuk diguna pakai oleh rakyat. 

Komponen-komponen enjin yang terbuang ini digunapakai kembali, mungkin terdapat juga kereta yang telah terbabit kemalangan dan sebagainya. Apa nak buat, kalau nak source yang baru, harganya sama dengan satu tahun gaji terkumpul. Keselamatan rakyat sendiri terabai kerana menanggung kos "kebanggaan negara". Besar sungguh pengorbanan rakyat negara ini untuk memuaskan nafsu dan menampung kesilapan pemimpin negara. 

Rakyat berkorban bermati-matian untuk Negara, tapi Menteri-menteri bermati-matian cari duit sebab nak bawak mati.

Di negara Britain pula, harga kereta Waja sekitar 8 ribu pound sterling. Gaji purata seorang eksekutif yang berumur 30-an tahun di Britain ialah sekitar 5 ribu pounds. Waja untuk edisi ekspot mempunyai 4 airbags, ABS dan pelbagai ciri keselamatan. Full warranty (body,engine, gearbox and everything) untuk kereta Proton di Britain ialah tiga tahun. 

Dalam masa tiga tahun ini, setiap komponen kereta yang rosak (kecil atau besar) akan ditanggung oleh Proton. Warranty untuk enjin dan gearbox pula ialah enam tahun (sepanjang hayat kereta). Jika saudara-mara Tony Blair, Michael Howard, Jack Straw atau sesiapa jua mat saleh di UK memiliki Waja berusia 5 tahun, kemudian enjin atau gearbox tidak berfungsi, Proton akan menggantikan komponen terbabit tanpa kos.

Korupsi di tahap maksimum. Itu pasallah Mahathir suka sangat Proton. Lubuk emas dia dan Kroni-kroni dia nak buat duit cepat. Mat Salih di Eropah disusukan, anak sendiri di Malaysia dipijak-pijak supaya mati cepat.

Sesungguhnya, aku masih bangga menjadi orang Islam, Melayu dan Rakyat Malaysia. Cuma sekarang ni aku malu sebab aku rakyat Malaysia.



Mejoh

Penulis bebas.


  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762