|
BANJIR DI SHAH ALAM- DASAR PEMERINTAH
MESRA RAKYAT GAGAL
Baru baru ini kita dikejutkan dengan banjir besar dan
menenggelamkan beberapa kawasan di Shah Alam.Malah Naib Ketua
Pemuda UMNO sendiripun secara terbuka terkejut dengan banjir
yang boleh melanda bandar terancang ini.Semenjak beberapa hari
lalu isu ini menjadi isu nasional dan mengundang respons dari
pelbagai pihak khususnya daripada pihak berkuasa yang diberi
tanggungjawab oleh mandat dari rakyat untuk menjaga kepentingan
rakyat.Daripada MBSA sehinggalah Ahli Parlimen nya.
Malangnya kenyataan mereka selain dari cuba menudung jari
menyalahkan pihak lain juga tertumpu kepada persoalan
memperbaiki keadaan untuk mengelak kejadian lalu dari
berulang.Tumpuan langsung tidak diberikan kepada masalah rakyat
yang telahpun menanggung kemusnahan harta benda yang jumlahnya
bukan sedikit.Usaha mendalam dan melebar sungai,membina benteng
atau kawasan tadahan adalah masalah pihak berkuasa yang
sememangnya bertanggungjawab menyelesaikannya.Bagaimana dengan
masalah rakyat yang telahpun menanggung beban yang besar akibat
kecuaian pihak berkuasa merancang dan melaksana tugas mereka?
Apa yang berlaku sekarang jelas menunjukkan budaya kerajaan BN
yang cekap menyembunyikan masalah sebenar dan membiarkan ianya
berlalu tanpa pembelaan kepada rakyat.Daripada kes AP dan rasuah
lain sehinggalah kepada masalah banjir kerajaan ini jelas
merupakan kerajaan yang tidak punya sikap tanggungjawab untuk
memberikan keadilan pada rakyat.
Dalam kes banjir di shah alam ini keadilan pada rakyat bukan
sekadar mempastikan ianya tidak berulang tetapi berkongsi
masalah dan beban mereka dengan memberi pampasan setimpal kepada
kemusnahan harta benda yang mereka tanggungi.
Mohamad Ezam M Nor
Ketua Bahagian
Parti Keadilan Rakyat Shah Alam
03 78044962
|