|
Rozmal bin Malakan <rozmal@yahoo.com>
Subject: Maxis tak prihatin sensitiviti umat Islam Malaysia
Date: Tue 05/16/06 04:17 AM
Demam piala dunia datang lagi. Walapun pasukan Malaysia tidak
menyertai kejohanan kali ini, namun bahang kehangatan piala
dunia semakin dirasai. Dalam media elektronik, media cetak heboh
diperkatakan mengenai piala dunia. Iklan juga apa kurangnya,
dengan makan bola, tidur bola, semuanya bola. Siapa yang tidak
minat bola, dari kanak-kanak pra sekolah
sehinggalah imam-imam masjid.
Namum dalam keghairahan kita meraikan kemeriahan Piala Dunia
2006 ada pihak yang terlepas pandang, tindakan mereka mempromosi
iklan piala dunia tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam di
Malaysia ini.
Apa yang diperkatakan di sini ialah iklan syarikat
telekomunikasi Maxis yang mengiklankan di media cetak dan di
papan-papan pengiklanan gambar penyokong-penyokong bolasepak
England. Dalam iklan ini penyokong-penyokong bolasepak England
ini
mencontengkan muka mereka dengan lambang bendera England iaitu
salib berwarna merah dan berlatarbelakangkan warna putih. Salah
satu iklan tersebut terpampang dengan besarnya di tengah-tengah
bandar Seremban berhampiran dengan perhentian bas dan teksi
Terminal 1 dan berhampiran juga dengan Bangunan Wisma Umno
Negeri Sembilan.
Agak pelik sedangkan di England sendiri orang Kristian di sana
begitu berhati-hati apabila menggunakan lambang bendera mereka
sendiri apabila berinteraksi dengan umat Islam di sana untuk
menjaga sensitiviti umat Islam negara meraka. Ini adalah kerana
asal usul bendera England ini ialah sempena kejayaan tentera
mereka menewaskan tentera Islam dalam perang salib
pada kurun ke 12.
Dalam sebuah laporan media World Net Daily yang diterbitkan pada
Oktober 2005, pegawai-pegawai penjara di Wakefield sebuah bandar
di utara England yang memakai pin bendera England telah
diarahkan menanggalkan pin tersebut oleh pihak pengurusan
penjara kerana untuk menjaga hati banduan yang beragama Islam.
Sedangkan pegawai-pegawai penjara tadi memakai pin bendera
England tadi bukannya bertujuan untuk menghina umat Islam tetapi
untuk tujuan tabung kebajikan barah yang dikendalikan oleh
Persatuan Palang Merah di sana. (Sila ke link ini untuk artikel
lanjut
http://www.worldnetdaily.com/news/article.asp?ARTICLE_ID=46663)
Jika di England sebuah negara bukan Islam mereka begitu menjaga
sensitiviti umat Islam di sana termasuk banduan-banduan Islam,
mengapa kita di Malaysia sebuah negara Islam yang mempromosikan
konsep Islam Hadhari golongan-golongan bukan Islamnya ini tidak
dapat menjaga sensitiviti umat Islam di sini ? Mengapa harus
diagung-agungkan bendera England walhal Malaysia terletak dalam
Asia, sepatutnya meyokong pasukan-pasukan bolasepak dari Asia
iaitu Jepun, Korea Selatan, Iran dan Arab Saudi yang menyertai
kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2006.
Lebih teruk lagi tidak mustahil ada penyokong-peyokong bolasepak
England di Malaysia ini yang beragama Islam akan terikut-ikut
promosi iklan Maxis tersebut lalu mencontengkan muka mereka
dengan lambang salib merah.
Satu persoalan timbul, bagaimana pihak berkuasa tempatan serta
pihak kementerian dalam negeri yang majoriti kakitangannya
beragama Islam boleh meluluskan permit pengiklanan tersebut yang
jelas menyentuh sensitiviti umat Islam.
Atau mungkin umat Islam di Malaysia ini tidak sensitif lagi,
umat Islam di Malaysia ini sudah buta sejarah, hanyalah orang
Kristian di England yang sensitif terhadap umat Islam ? Apakah
orang Kristian di England dianggap kolot dan tidak mengamalkan
konsep kebebasan beragama kerana menghormati umat Islam di sana
?
**********************************************
|
English flag offensive to Muslims? Officials worry
prisoners might associate red cross with Crusades
Posted: October 5, 2005 1:00 a.m. Eastern
Prison officials in Britain are concerned that tie
pins worn by officers featuring the St. George's
Cross the symbol on England's flag could offend
Muslims who might associate it with the Crusades of
the 11th, 12th and 13th centuries.
In a report on "race" in a jail in the northern
English city of Wakefield, Chief Inspector of
Prisons Anne Owers said the banner of St. George,
the red cross of a martyr on a white background,
could be "misconstrued," CNN reported.
English soldiers adopted the symbol during the
military expeditions by European powers to recapture
the Holy Land from Muslims. It later became the
national flag of England.
Owers' report said her staff was concerned to see a
number of prison officers wearing the pin.
"While we were told that these had been bought in
support of a cancer charity there was clear scope
for misinterpretation, and Prison Service Orders
made clear that unauthorized badges and pins should
not be worn," she said, according to CNN.
The red cross is an insensitive reminder of the
Crusades, said Chris Doyle, director of the Council
for the Advancement of Arab-British Understanding.
Doyle thinks England needs to find a new flag and
patron saint "not associated with our bloody past
and one we can all identify with."
"A lot of Muslims and Arabs view the Crusades as a
bloody episode in our history," he told CNN. "They
see those campaigns as Christendom launching a
brutal holy war against Islam.
But as Robert Spencer shows in his book "The
Politically Incorrect Guide to Islam (and the
Crusades), the aggression was not unprovoked. In
obedience to core teachings of the Islamic faith,
Muslims armies overran the predominantly Christian
Middle East, then drove deep into Europe long before
any Crusade was even contemplated.
Doyle insisted, however, that "Muslim or Arab
prisoners could take umbrage if staff wore a red
cross badge."
"It's also got associations with the far-right," he
said. "Prison officers should be seen to be
neutral."
|
Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
|