|
KENYATAAN MEDIA (23 Januari 2006)
PEMUDA PAS MENYOKONG TINDAKAN PELAJAR MENYAMAN
KERAJAAN ISU PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK
DAN SAINS
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyangkal tuduhan oleh Biro Pendidikan
Pemuda UMNO didalam laman webnya yang mengatakan Pemuda PAS
mengeksploitasi pelajar sekolah dalam isu kes 4 orang pelajar yang
diwakili oleh bapa mereka menyaman kerajaan Malaysia kerana menggunakan
bahasa Inggeris untuk mengajar Metematik dan Sains di Makamah Tinggi
Kuala Lumpur pada 21 Januari 2006.
Sebagai sebuah Parti Politik yang sentiasa konsisten dalam isu-isu
kemasyarakatan lebih-lebih lagi dalam isu pendidikan, malah kita tetap
konsisten untuk mempertahankan tindakan 4 orang pelajar tersebut. DPPP
menganggap tindakan 4 orang pelajar itu adalah wajar dan perlu diberi
sokongan oleh semua pihak. Kita tidak rela untuk mengorbankan pendidikan
oleh kerana kegelojohan pemimpin UMNO memperjudikan nasib pelajar di
negara ini terutama pelajar luar bandar yang serba kekurangan. Tindakan
ini perlu disokong kerana kerajaan Malaysia mempermain-mainkan dasar
kebangsaan yang telah diterima pakai sebagai bahasa pendidikan.
DPPP kesal terhadap Pemuda UMNO yang kononnya untuk membela masyarakat
khususnya orang melayu diam seribu bahasa dan hilang idealisma
perjuangan. Pemuda UMNO yang sudah tidak ada kredibiliti dan daya juang.
Pemuda UMNO sekarang jauh ketinggalan, berbanding dengan Pemuda UMNO di
bawah al-Marhum Syed Jaafar Albar dan al-Marhum Datuk Harun Idris.
Kita mencabar Pemuda UMNO khususnya Ketua Pemuda UMNO yang menjadi
Menteri Pelajaran supaya mendedahkan berapakah sebenarnya markah lulus
Matematik dan Sains dalam Peperiksaan PMR yang lalu?. DPPP juga mencabar
kalau benar-benar Pemuda UMNO memperjuangkan masyarakat luar bandar
supaya mereka turun ke sekolah-sekolah luar bandar dan melihat sendiri
secara dekat apakah pelajar-pelajar boleh mengikuti mata pelajaran
Matematik dan Sains. DPPP juga mencabar Pemuda UMNO berdebat secara
terbuka mengenai siapa yang mengkhianat dasar pendidikan di negara ini?.
DPPP tetap konsisten menentang dasar ini, selari dengan intelektual di
negara ini seperti Datuk Dr. Aminuddin Wahid (Bekas Naib Cencelor UTM),
Prof. Shahril Mat Zain, anak Melayu pertama mendapat Phd. dalam
Matematik (Bekas Prof. Matematik UKM), dan ramai lagi cerdik pandai
Melayu. Cuma yang menyokong dasar ini hanyalah pemimpin UMNO dan juga
JKKK serta juga seperti pengerusi Pendidikan Pemuda UMNO.
DPPP akan membantu lagi pelajar yang berhasrat untuk meleraikan kemelut
pelajaran mereka selama ini. Sokongan semua pihak amat kami alu-alukan
untuk kebaikan anak-anak kita kelak. Hanya sejarah yang akan menentukan
siapa yang mengkhianati pendidikan anak bangsa di negara ini.
USTAZ HJ. IDRIS BIN AHMAD
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Pusat
|