BALIK KE MUKA UTAMA


mansal damha <mdamha@yahoo.com>

To: prowaris@yahoogroups.com
Subject: Re: [ProWaris] [PATRIOT] Dr. Mahathir - a true leader
Date: Wed 05/10/06 04:29 AM

Assalmualaikum semua,

Sebagai sebuah negara demokrasi, adakah kita tidak berhak bersuara, hatta sebagai seorang bekas pemimpin negara yang telah berjasa dan memperkenalkan Malaysia di mata dunia (Walaupun beliau pernah berjanji tidak akan campur tangan dengan perjalanan Kerajaan)?

Disuatu ketika dulu Malaysia tidak begitu terkenal di mata dunia. Yang terkenal ialah Singapura dan Indonesia (kerana kelantangan mantan para pemimpinnya, sebagaimana lantangangnya mantan PM kita itu).

Agaknya, kalau seseorang atau negara itu hendak terkenal mereka mestilah bersifat lantang, tidak takut kepada sesiapa dan "kritikal" ? Inilah juga agaknya yang menjadi falsafah media Barat jika hendak mendapat liputan dan penghormatannya?

Kalau difikir dari segi bisnes, falsafah ini "make sense." (boleh diterima)

Memang benarpun. Kata mereka berita yang baik ialah berita yang "tidak baik". Berita buruk disukai ramai dan senang dijual.

Pada suatu ketika, dii mata media Barat, Malaysia "tidak wujud"; sehingga ada yang bertanya sama ada kita masih tinggal "di atas pokok?"

Pertanyaan ini pernah diajukan kepada saya, ketika belajar di luar negeri pada tahun 1975-76 dan membuatkan saya lantgasmenjawab: "Ya, masih lagi. Tetapi kita masuk rumah dengan menaiki naik lif."

Seingat saya selepas Tun Dr M memegang tajuk pemerintahan negara, khususnya bila beliau berjaya menangani krisis ekonomi dan matawang yang melanda beberapa negara di rantau ini pada tahun 1979, (dengan menolak pinjaman Bank Dunia dan menambatkan nilai Ringgit dengan nilai dolar Amerika US$1 = RM3.80) disamping dengan pembangunan beberapa buah prljek meganya, barulah Malaysia mula di kenal dan "dihormati."

Sebenarnya, penolakan pinjaman Bank Dunia telah bukan saja "mengejutkan" kuasa-kuasa Barat, akan tetapi juga "membuka" kedua-dua mata mereka, iaitu termasuk mata hati mereka.

Berita sensasi dan berita "buruk" inilah yang telah menjual nama Malaysia dan menjadikanya dan YB Tun Dr Mahathir terkenal di dunia.

Inilah caranya kita dihormati Barat. Kekuatan mestilah dilawan dengan kekuatan. Inilah juga yang dihormati Singapura (yang bannyak menteladani budaya Barat itu).

Samalah seprti kata orang: "Hina besi kerana berkarat; hina manusia kerana miskin."

Analogi yang sama ini boleh juga dipakai bagi mengukur kekuatan seseorang atau sesebuah negara mengikut pemikiran sekarang. iaitu "Kekuatan itu Kuasa" (Might is Power). Yang lemah akan dipijak-pijak, dicemuh, dijadikan bahan permainan, dan tidak akan dipedulikan


Memperkasakan Malaysia di mata dunia bukanlah sesuatu yang mudah diperlakukan; memandangkan begitu meluasnya pengaruh media Barat (yang tanpa sokongan/pendedahan mereka sesebuah negara itu akan terpencil - gara-gara pengaruh Yahudi terhadapnya).

Nama Malaysia, agaknya, akan terus terpendam sekiranya Tun Mahathir tidak "menggegarkan" dunia dengan kenyataan-kenyataan lantang dan usahanya terhadap membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maju setara dengan negara-negara lain di dunia

Teras pemerintahan beliau saya kira ialah untuk menjadikan Malaysia "duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi" dengan negara-negara maju lainnya.

Saya menulis ini bukanlah bertujuan untuk menonjolkan seseorang pemimpin dan tidak pula ingin menidakan kemampuan para pemimpin lain.

Saya sedar bahawa tiap-taip seseorang itu mempunyai kekuatan dan kelemahannya.

Maka itu, mengapa tidak kita terima mana-mana kekuatan yang ada pada mereka ini dijadikan sebagai panduan untuk kita terus maju dan mara ke hadapan, dan jadikan kelemhan mereka itu sebagai sempadan?

Walauapapun, saya kira, sekiranya pandangan mantan PM Tun itu diutarakan (asalkan ia tidak mempunyai sebarang muslihat yang tersirat) kita hendaklah menerimanya dengan baik dan hati terbuka, , khususnya kalau tidak sebagai bekas PM, sebagai rakyat biasa Malaysia.

Takkanlah kerana beliau telah berjanji tidak mahu campurtangan dengan pemerintahan negara selepas beliau bersara, beliau tidak boleh berkatakan sesuatu terhadapnya?

Dan takkanlah kalau beliau bersuara ia akan disifatkan sebagai "campurtangan" serta dianggap sebagai "penentang" dan mempunyai agenda-agenda tertentu?

Siapa yang hidup tidak mempunyai agenda (menafaatkan ramai atau memudharatkan mereka?)

Kalau rakyat lain (yang sesetengahnya tidak pun dapat memberikan teguran yang membina kepada rakyat dan negara) boleh diterima pendapat mereka, mengapa tidak pandangan Tun yang pernah mengharumklan nama negara di persada dunia (dan dunia segan serta menghormati) pandangannya?

Persoalannya (yang mungkin ramai mencuragainya, termasuk Kerajaan agaknya) ialah adakah pandangan yang di kemukakan beliau itu bersifat "kelingking berkait?"

Atau adakah ia merupakan sesuatu yang benar-benar genuine, jujur dan ikhlas bagi mempastikan Malaysia tidak terjerumus ke dalam kencah kehinaan dan dicabuli maruahnya?

Wallahu'alam (Benar Allah SWT sahajalah yang mengenatahui apa juga niat seseorang).

Saya hanya sebagai penyampai mengemukakan pandangan yang mungkin boleh diterima dan mungkin ditolak oleh mereka yang berkenaan, dan ini adalah bergantung kepada niat masing-masing

Yang nyata, di dalam dunia ini lumahnya ialah:

"Ada orang yang suka dengan kita atau bersetuju dengan pendapat kita; ada yang tidak suka pada kita (adakalanya tanpa sebab, pandang muka kita saja dah menyampah); dan ada [i;a yang tidak ambil pot, terhadap kita; tidak hirau dan pedulikan kita.



Uncle M

 

 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762