BALIK KE MUKA UTAMA


formmail.to: umnoreform

From_Email: mdamha@yahoo.com

From_Name: mansal damha

Subjek: Comment

Segera: Yes

Pesanan:

Assalamualaikum Sdr Pengarang,

Izinkan saya menjawab permohonan maaf secara terbuka Sdr Raden Jowo
mansal damha.

Sdr yang saya hormati,

Saya menulis bukan bertujuan menyokong atau menentang sesiapa. Saya  menulis untuk cuba mengembalikan kita semua ke landasan perjuangan yang  nampaknya telah terpesung jauh.

Justru itu saya tidak nampak perlunya Raden meminta maaf kepada sesiapa,  bahkan kepada ProWaris sekalipun jua.

Kemaafan tidak diperlukan. Keinsafanlah yang diinginkan.

Apa yang Sdr utarakan adalah merupakan satu sumbangan yang membina untuk  mempastikan "kebosanan" dan "kehampaan" yang Sdr alami tidak terus  berlanjuan; juga penantian pembalasan tidak hambar selama-lamanya.

Begitu tingginnya harapan Sdr, tinggilah lagi harapan saya, malah  mungkin lebih tinggi harapan mereka di ProWaris sana.

Saya menaruh penuh harapan dengan perjuangan ProWaris, sebagaimana saya  kira semua orang Melayu/peribumi juga menaruh penuh harapan kepadanya.

Justru itu, janganlah dibiarkan ProWaris saja mengorak langkah untuk  kembali ke pangkal jalan. Perjuangan ProWaris bukanlah perjuangnya saja.

Ia memerlukan sokongan padu daripada segenap lapisan masyarakat  Melayu/Bumiputra semua, yang menghayati perjuangannya dan ingin turut  serta menjayakannya (termasuklah Sdr Raden Jowo).

Inilah TANAH MELAYU, tanah pusaka datuk nenek kita yang pernah gah  disuatu ketika di zaman Melaka, bergemerlapan dengan kegemilangan dan  kecemerlangannya.

Marilah kita jadi orang yang suka memberi, daripada yang suka menerima.

Ketepikanlah penyanggak bangsa yang bermaharajalela; yang menjadi  parasit kepada kedaulatan negara.

Jujur dan ikhls, beperkti mulia, mengikut ajaran Islam yang tersyohor  merata dunia.

Kurangkanlah bercakap; banyakkanlah bekerja; mengotakan apa yang dikata.

Contohilah rasmi padi, tunduk bila menjadi; sentiasa bersyukur kepada  Illahi.

Segala masalah yang diutarakan Sdr Raden tidak akan dapat diatasi tanpa  sokongan padu dan kerjasama kita sesama bangsa dan agama, tanpa mengira  parti mana, asalkan ia dapat mencapai matlamat dan tujuanya.

Ingatlah, masalah mereka adalah masalah kita; masalah Sdr adalah  masalah saya, kerana tiada sesiapa yang akan dapat mengatasinya, kecuali  kita semua bersama.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Bersatu-padulah hendaknya  kita semua dalam memertabatkan kembali bangsa, agama dan negara.

Iklas,

mansal damha


 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762