|
formmail.to: umnoreform
From_Email: mdamha@yahoo.com
From_Name: mansal damha
Subjek: Request for Proposal
Pesanan: Assalamualaikum Sdr Jazimin,
Memang benar sepertimana yang sdr katakan. Datuk Sharir keluar
dari UMNO masuk Semangat 46, tetapi kemudiannya beliau
kembali "solo" tidak berpati.
Tidakkah ini juga dilakukan oleh beberapa orang pemimpin lain
sehingga menjadikan UMNO berpecah dua kepada yang lama dan
yang baru?
Dan tidakkah perkara yang sama, keluar dari UMNO dilakukan oleh
para peminpin yang terdahulu daripada Datuk Sharir,
seperti Allahyarham Tun Dr Ismail, Syed Jaafar Albar, Musa
Hitam, Rais Yatim, Tengku Razaleigh, dan lain-lain?
Pada saya mereka ini semua berani dan berprinsip. UMNO bukanlah
tempat mereka mencari makan dan nama.
UMNO ialah tempat mereka menegak kedaulatan bangsa, agama dan
negara. UMNO adalah lebih penting daripada diri mereka
sendir, kerana tiada UMNO tiada Melayu, agama tidak akan
dihormati, dan bangsa akan merana dan kehilangan di dunia.
Siapalah saya tanpa UMNO. Siaplah kita kalau tiada mereka yang
berkorban, berkorban menegagkkan prinsip (salah betul adalah
sesuatu yang subjektif) untuk kita hari ini?
mansal damha
From: user@FormMail.To
Reply-To: "mansal damha" <mdamha@yahoo.com>
To: editor1@umno-reform.com
Pesanan: Assalamualaikum wbkt.
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga
kepada kedua-dua sdr kita, Abu Ahmad dan Penyedar Bangsa
atas teguran mereka yang membina.
Sebenarnya, bukanlah niat saya hendak mendewa-dewakan seseorang,
tetapi hanya cuba menyhampaikan "apa yang nyata dan
ternyata" (to give credit where credit is due) kata Mat
Salleh.
Kalau Sdr berdua teliti tulisan saya, tentu sdr akan dapati
bahawa saya ada sebutkan perkataan "kelingking berkait",
yang bermaksud sekira TDM melakukan sesuatu tanpa mempunyai
maksud yang "tersirat", iaitu dengan jujur dan ikhlas.
Kalau tidak, beliau ialah seorang yang munafik.
Nauzubillah min zalik.
Ini juga termasuklah mana-mana juga pemimpin yang melakukan
perkara yang sama: iatu cakap tak serupa bikin; dan
bernawaitu bengkok.
Saya ada juga menyebutkan bahawa sebagai manusia, kita semua
mempunyai kelebihan dan kekuangan; kekuatan dan kelemahan.
Pak Lak punya kekuatannya sendiri. Beliau, seperti kata TDM,
punya style/caranya sendiri memerintah negara.
Beliau ingin memertabatkan desa, yang saya sendiri 100% akur
dengannya.Itulah kekuatannya.
Maka itulah saya sarankan, mengapa tidak mengambil
kekuatan-kekuatan mereka ini dijadikan kekuatan kita
bersama membina bangsa, agama dan negara?
Setidak-tidaknya ia ada "bau-bau" Islam Hadhari? Iaitu agama
disanjung, dunia dikelek, dan bangsa dijulang.
Nantikan saya tulis buku "Malay Dilemma Ke-2" mengupas apa yang
telah dilaku dan tidak dilakukan oleh TDM bagi
mempertabatkan Melayu/Bumiputra keseluruhannya (bukan
segelintir saja)sepertimana yang Sdr2 sebutkan.
Pada saya, lebih baik menyebutkan perkara-perkara yang baik
dilakukan seseorang daripada perkara-perkara buruk.Itulah
namanya berfikir secara positif dan membina.
Memang mudah mecari kelemhan dan keburukan orang lain; kecuali
diri sendiri. Lumrah dunia.
Pesan Nabi Muhamad saw, kita hendaklah sentiasa memuliakan kawan
dan lawan di mana-mana perlu. Dengan ini kita akan dapat
banyak kawan; bukan lawan.
Akhir sekali, tentang Uncle M itu, ia hanyalah gelaran yang
diberikan kawan-kawan, yang mungkin ada kaitannya dengan
cerita "The Man from UNCLE" dulu, dengan Alya Kuryakin
sebagai pemegang watak utamanya. Saya gemar menonton
cerita tersebut, sehinggakan saya digelar teman dengan
nama Uncle M itu.
Saya tetap Melayu jati, walau apapun gelaran yang diberikan
kepada saya.
Kalau tak percaya, layarilah laman web
ProWaris@yahoogroups.com , atau
Prowaris@yahoo.org .
Bagaimanapun, kalau sdr suruh dan ingin saya meninggalkan
gelaran itu, saya sanggup melakukannya asal saja sdr
bahagia.
Biar apapun, apalah ada pada nama? Budi bahasa adalah
lebih penting kepada sesiapa yang mengakui dirinya sebagai
orang Melayu sejati. Budi bahasa adalah pakian orang Melayu;
bukan Melayu celup (dan bukan pula celuk).
Wallahu'alam.
mansal damha
|