|
mansal damha <mdamha@yahoo.com>
To: prowaris@yahoogroups.com, editor1@umno-reform.com
Date: Sun 04/23/06 10:05 AM
BALANGSENGKAWA
Perginya seorng perwira - YAB Allahyarham Tun Ghafar Baba.
Walaupun saya seorang yang tidak berapa gemarkan seseorang
YESMEN, tetapi pada saya Allahyarham adalah merupakan seorang "Yesman"
lain daripada yang lain. Beliau adalah seorang "yesmen"yang "baik".
jujur dan iklas dan berwibawa.
Inikan ironik? Sekali gus nampaknya ia adalah bercanggah dengan
pegangan saya selama ini kan?
Dalam apa perkarapun, biasanya sesuatu prinsip pegangan
seseorang itu mempunyai apa yang dikatakan "perkecualiannya",
iaitu seperti kata orang "to every rule there is an exception."
Allahyarham adalah merupakan "perkecualian" terhadap prinsip
yang saya pegang itu, iaitu prinsip yang tidak begitu gemarkan
dengan seseorang "Yesmen."
Apakah perkecualian-perkecualian yang ada pada Allahyarham itu?
Pertama. saya kira, beliau adalah seorang yang menyedari sejuah
mana kemampuannya sebagai seorang insan. Apakata orang sekarang
beliau bukan saja merupakan seorang yang mengenali "dirinya, "
akan tetapai juga yang penting akan "kemampuannya."
Beliau tahu beliau tidak akan menjadi orang No.1 negara (kecuali
ditadirkan Allah SWT) atas sebab-sebab beliau sendiri yang
maklum..
Kedua, menyedari "kekurangannya" beliau sanggup bekorban sepnuh
jiwa dan raga semata-mata untuk kesejahteraan bangsa, agama dan
negaranya, khususnya demi untuk rakyat jembel yang menjadi asal
usul kelahirannya..
Maka itulah, dalam satu temuramah dengan TV tempatan tadi, (23
April 2006) saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh
seorang lagi mantan Timbalan PM, Tan Sri Musa Hitam, ketika
diminta mengulas akan "perginya" Allahyarham Tun Ghafar.
Tan Sri Musa berkata: "Apa yang saya benar-benar ingat (mungkin
juga insaf) akan pesanan Allahyarham ialah bahawa kita hendaklah
'sentiasa ingat asal usul kita dan dari mana kita datang.'"
Dengan lain perkataan kita sentiasa diingatkan oleh Allahyarham
supaya jangan mudah "lupa diri" dan mengenali siapa kita
sebenarnya.
"Yesmanship" Tun Ghafar, pada saya adalah merupakan "yesmen"
yang ber"isi".
Sebagai seorang "orang latar belakang" beliau banyak menyumbang
kepada "kedamaian dan perpaduan" rakyat, sama ada di dalam
ataupun di luar Parti.
Beliau pernah "mendamai-tenteramkan" 'ribut' yang melanda MCA
umpamanya, juga dengan beberapa masalah dalaman Parti-parti
komponen Barisan lainnya. (Betulkan saya, sekiranya saya silap)
Bila UMNO berpecah, beliau tetap berdiri di belakang UMNO -
sekali UMNO selama-lamanya tetap UMNO. Walau apapun yang berlaku
kepada Parti.
Beliau tidak pernah cuba menyakitkan hati sesiapa. Sebagai orang
"di sebalik" Parti, beliau tetap menjalankan peranan sebagai
"peace-maker", tetapi tidak semestinya beliau sering berjaya,
khususnya untuk meng"aman"kan apa yang berlaku di dalam UMNO
sendiri.
Kekuatan beliuau, saya kira, ialah dalam menyerdarkan
Parti-parti Komponen Barisan, siapa mereka dan siapa UMNO
sebenarnya. Kalau mereka terus menentang UMNO, yang juga
bermaksud menentang Melayu/Peribumi, maka mereka akan tetap
merasai "padahnya" nanti.
Tanpa perpaduan dalam Parti masing-masing, maka akan musnahah
perpaduan di kalangan Parti-parti komponen yang lain. Ini
dibuktikan daripada peristiwa "Moorthi" baru-baru ini.
Maka itu, musuh-mush negara akan berusaha sedaya upaya
mengadu-dumba dan memecah-belahkan perpaduan di dalam UMNO,
sebagai tujnjang dan tulang belakang kepada pemerintahan negara.
Maka itulah saya kitakan "yesmen" Allahyarham merupakan "yesmen"
yang "berisi". Beliau tetap tahu apakah peranannya sebagai
seorang "man behind the scene" kepada Parti dan negara.
Maka itulah juga beliau disenangi ramai kawan dan lawan.
"Yesmen" petualang, yang tidak "berwawasan", berperanan, dan
lebih-lebih lagi tidak berkesan di dalam Parti, itulah yang
tidak diingini sesiapa..
Maka itu seseorang "Yesmen" hendaklah membuktikan peranannya
yang sebenar. Lambat laun "Yesmen-yesmen" ini akan dikenali
orang juga.
Satu lagi perangai Allahyarham yang saya kagumi, beliau tidak
pernah rasa kecil hati atau kecewa kepada sesiapa dan sentiasa
menunjukan kerelaanya untuk terus berkhidmat kepada Parti.
Kepadanya, Parti, agama, bangsa dan negaranya adalah lebih
penting daripada diri dan keluarganya.
Inilah tanda-tanda seorang wira yang berjuang teguh kepada
prinsipnya, tanpa tolakansur.
Beliaulah agaknya pemimpin terakhir era sebelum merdeka yang
patut dicontohi oleh segenap orang yang mencintakan bangsa,
agama dan negaranya.
Beliau adalah patriot sejati. Malaysia kehilangan seorang yang
tidak dapat dicari ganti yang sentiasa menghambakan diri kepada
bangsa, agama dan negaranya.
Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan roh-roh orang yang
dicintai Allah SWT. Amin yarabbal alamin.
Marilah kita semua sedekahkah Al-Fatiha kepada Allahyarham.
Al-Fatiha....
|