|
formmail.to: umnoreform
From_Email: mdamha@yahoo.com
From_Name: mansal damha
Subjek: Request for Proposal
Segera: Yes
Tulisan beliau juga ada
dalam blog saya, mengulas erti Melayu Hamba
klik sini
Pesanan: Assalamualaikum wbkt. Sdr Anuar,
Sepertimana yang Sdr usulkan, berikut ialah komen atau ulasan
saya berkaitan dengan artikel Sdr yang dimuatkan di dalam
Blog Sdr - ARAH KITA - berjodol: "Melayu Berjiwa Hamba."
Pertama, sepertimana yang sering saya katakan, sesuatu
perkara yang berlaku mestilah ada puncanya; atau
sebab-musababnya. Dan dari sebab-musabab inilah yang nantinya
menimbulkan akibat. (Izinkan saya): Hal sebab-akibat ini
sering disebut oleh para pengkaji perilaku manusia Barat
sebagai: Cause and Effect.
Kedua, setelah mengenali, mengecam atau menjejak
punca-punca ini, barulah kita boleh mencuba
menganalisisnya.
Ketiga, setelah menganalisisnya, barulah boleh kita cuba
mencari jalan yang terbaik mungkin untuk menghuraikannya.
Ia boleh dilakukan dengan cara jangka pendek, jangka sederhana,
dan/ataupun jangka panjang. (Ini semua memerlukan perancangan
dan strategi-strategi tertentu dan sesuai untuk mengendalikannya).
Berikut ialah analisis yang cuba saya utarakan bersabit dengan
persoalan yang Sdr ajukan, iaitu: (Mengapa) "Melayu Berjiwa
Hamba?"
Pertama, (maafkan saya sekiranya agak terlanjur saya mengatakan)
bahawa, sejauh ini ramai yang terlibat dengan retorik ketika
memperkatakan tentang sesuatu isu.
Mereka lebih sering menyentuh tentang akibat atau symtoms
daripada cuba mendekati permasalahan tersebut bersandarkan
puncanya. (Izinkan saya): Most people tend to touch on
symptoms rather than causes of a given issue.
Bagaimanapun, dalam isu yang Sdr lemparkan kepada kami untuk
mengulasnya, saya akan cuba memberikan "jawapan" kepadanya dulu
sebelum menyentuh sebah-akibat mengapa ia berlaku - walaupun
kita sudah "merdeka" hampir 44 tahun.
Jawapannya ialah: "Kerana MINDA dan JIWA Melayu itu sendiri
BELUM dan TIDAK Merdeka" dalam ertikata yang
sebenar-benarnya.
Pada hemat saya, inilah salah satu daripada punca utamanya yang
menyebabkan mengapa "Melayu Berjiwa Hamba."
Ini mungkin merupakan satu pandangan yang subjektif, (tetapi
marilah kita sama-sama renungkan hujah selenjutnya andian saya
ini untuk diperkatakan lebih lanjut lagi oleh Sdr dan sesaipa
jua yang melayari laman Web Umno-reform Sdr ini; dan kalau perlu
marilah kita buat kajian terperinci selanjutnya secara "saintifik"
untuk mengetahui "benar-tidaknya" andaian saya ini).
Sekarang marilah kita cuba bertanya dan menganalisis selanjutnya
punca yang menyebabkan timbulnya persoalan Sdr itu.
Pertama, saya kira, ia adalah disebabkan oleh cara atau sistem
pemerintahan yang dianuti oleh sesebuah negara, yang pada
sebahagian besarnya, bertunjangkan keadaan dan latar sejarah
negara itu.
Misalnya, Malaysia, walaupun "merdeka", dari segi atau cara
pemerintahannya lebih tepat kalau dikatakan ia masih bercorak
"feudal dan kapitalistik" *dengan izin) to a certain extent,
sepertimana yang dikatakan oleh Allahyrham Dr Burhanuddin Helmi
dan Sdr Prof. Siddiq Fathil.
Ia mungkin berteraskan kepada kata-kata (iszinkan saya) "You
must learn to obey before you are able to command" (Seseorang
itu hendaklah belajar mengikut perintah sebelum boleh
memerintah).
Sistem atau cara pemerintahan yang berteraskan kepada
sekularistik ini, menjadikan seseorang itu harus menurut
perintah sehingga dia "dilepaskan" pembelenguan jiwanya
mengikut acuan yang dikehendaki pemerintah bagi membolehkannya "memerintah"
atas alasan "demi kelicinan" perjalanan sesebuah
pemerintah.
Mengikut sistem ini, mungkin ada benarnya, jika dikatakan bahawa
rata-rata rakyat hendaklah belajar menjadi "yesman" dulu sebelum
boleh memerintah. (Walaupun ini tidak berlaku secara
leluasa di negara ini.)
Pemikiran kritikal adalah sentiasa di dalam "kawalan" dan "diawasi"
demi menjaga ketentraman awam dan keselamatan negara
majmuk ini.
Cara-cara pemerintahan yang bersifat fuedalistik dan
sekularistik ala-kapitalism ini memang menekankan kepada
"elitism" (the philosopher king) yang menjadi unsur-unsur
pemerintahan itu sendiri.
Unsur-unsur sistem pemerintah itu termasuklah sistem-sistem
politik, pendidikan, kehakiman, ekonomi, media dan
sebagainya, yang memungkin dan mengakibatkan kelahiran
manusia berperibadikan sifat-sifat tertentu di dalam
sesebuah negara itu.
Akibat daripada sistem pemerintahan serupa itu akan memungkin/akibatkan
lahirnya manusia individualis, materialis, rakus, rasuah,
petualang, hipokrit, pemanipulasi, eksploitasi, dan banyak lagi
siafat-sifat negatif lainnya.
Matlamat utama sistem sekualaristik, sama seperti sistem-sistem
pemerintahan lainnya, ialah untuk mempastikan kawalan rapi dapat
dijalankan bagi menjamin kelancaran pemerintahan.
Hasil atau kesan daripada "kawalan" ini ialah dengan tidak
secara langsung atau langsung ialah "pembelanguan" mental
dan jiwa seseorang.
Diantara sistem-sistem penguatkuasaan ini, medialah yang
memainkan peranan penting untuk "mencerna, memimpin,
membeku" dan terus-menerus cuba "membelenggu" minda
seseorang.
Yang paling merosakan ialah, media juga memainkan peranan "menghakis"
budaya manusia, sama juga seperti peranan sesuatu bahasa. Maka
itulah peranan media dalam sesebuah negara amat penting sekali.
Media mesti dikawal oleh orang yang berkemampuan dan yang ingin
memerintah. Dan, sehubungan dengan ini, semua maklum siapakah
yang menguasai media
dunia sekarang.
Peranan media yang cuba membelenggu minda dan menghakis budaya
tanpa disedari inilah yang membolehkan sistem-sistem
pemerintahan tertentu "mejajah minda" kita.
Media adalah secara tidak disedari menjadi alat apa yang
dinamakan "mental colonialisation" (penjajahan minda).
Sebenarnya, sesuatu sistem pemerintahan itu boleh di"reform";
iaitu dibentuk semula, atau diubahsuai mengikut selera
rakyat sesebuah negara, seperti yang berlaku di beberapa
buah negara dunia, termasuk Rusia, China, Cuba, dan
lain-lain.
Maka itulah kita telah melihat dan diperkenalkan dengan beberapa
sistem pemerintahan di dalam dunia ini.
Kita ada sistem pemerintahan demokrasi berperlimen beraja,
seperti Malaysia, England, Jepun, Belanda, Denmark, dan
sebagainya.
Atau sistem demokrasi terpimpin, yang kekadang digelar negara
yang "mahu-krasi" atau demokrasi ala-Amerika.
Kita juga ada sistem pemerintahan Republik berdemokrasi yang
kepala negaranya dipanggil Presiden, sperti Indonesia,
Filipina, Singapura, Pakistan, India, Korea Selatan,
negara-negara Afrika, Amerika Latin dan lain-lain.
Juga sistem pemerintahan republik ala-komunis seperti China,
Cuba, Korea Utara, dan lain-lain.
Apa yang penting di dalam sistem-sistem pemerintahan ini, tidak
ada satupun yang boleh dikatakan "sempurna". Masing-masing
sistem mempunyai kekuatan dan kelemahannya; kebaikan dan
keburukannya.
Ada diantara negara-negara yang mengamalkan sistem-sistem
pemerintahan pemilihan mereka yang berjaya dan gagal,
dalam eritkata "memaju dan memakmurkan" negara-negara mereka.
Ada yang dulunya begitu kuat pegangan kepada pemahaman sistem
pemilihannya disuatu ketika, seperti Komuis Rusia pun boleh
gagal selepas sekian lama menganut sistem tersebut.
Ada juga negara yang cuba merubah selera daripada cara sistem
pemerintahan daripada satu sistem kepada yang lain, dan kembali
semula mengikut sistem pemerintahan asalnya, khususnya di
kalangan negara-negara membangun.
Sistem pemerintahan Komunis adalah terkenal dengan cara
pemerintahan kuku besinya, iaitu secara otokratik.
Menakala sistem pemerintahan demokrasi pula adalah dianggap
sebagai suatu sistem yang "flexible" atau "liberal",
bergantung kepada keadaan sesebuah negeri itu.
Bagaimanapun, sistem pemerintahan demokrasi ini sering dikaitkan
dengan "kebebasan" (yang juga mencorakan sistem media
mereka yang dianggap 'free'- boleh "bebas" bersuara).
Sebenarnya, tidak ada di dalam dunia ini sesebuah negara yang
boleh dikatakan "bebas sepenuhnya", termasuklah Amerika
dan Britain yang terkenal dengan "kebebasannya" yang
sering dilaung-laungkan serata dunia.
Apa yang ada ialah "darjah" kebebasan (a degree of freedom).
Dan fahaman demokrasi pula mengikut pahaman masing-masing negara,
yang pada dasarnya adalah bertunjangkan kepada keadaan dan
latarbelakang sejarah negara itu.
Maka itu, demokrasi di Malaysia bolehlah
dikatakan.
|