BALIK KE MUKA UTAMA


formmail.to: umnoreform

From_Email: mdamha@yahoo.com

From_Name: mansal damha

Subjek: Request for Proposal

Segera: Yes

Pesanan: Assalamualaikum wbkt.

Saya cuma ingin mencelah sedikit tentang sesetengah orang yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah bukan penduduk asli negara ini.

Di sini saya ingin cuba mendefinisikan siapa sebenarnya "Melayu" itu?

Pada hemat saya, Melayu adalah terdiri daripada mereka yang bermastautin  di alam dan di sekitar gugusan kepulauan Melayu, termasuklah Indonesia, Brunei, Singapura, Filfina, Surinam, kepulau Austrolasia dan yang berhampiran dengannya.

Rizal yang mempelopori kemerdekaan Filifina adalah seorang "Melayu;" walaupun orang "Jawa" tidak mahu dianggap seabgai Melayu, kerana makna Melayu kepada mereka ialah orang yang "lari."

(Memangpun orang Melayu dan yang serumpun dengannya sering "lari" ke sekitaran kepulauan mereka).

Maka itu sehingga hari ini terdapat suku kaum Melayu di Pontianak, Kalimantan, Indonesia, yang terkenal dengan nama orang Sambas. Mereka tetap bertutur dalam bahasa dan berloghat Melayu, mempunyai makam kesultanannya, walaupun mereka menjadi sebahagain daripada "Indonesia." Demikianlah halnya dengan para penduduk di kepulau Riau, Sumatra.

Hakikatnya ialah bahawa para penduduk di sekitar gugusan pulau-pulau  Melayu dan Australasia ini adalah "serumpun."

Pada zaman silam, kepulauan Melayu ini dikenal sebagai Pulau-pulau Perca, seperti carikan-carikan "pulau-pulau" kain.

Cina punya tanah besar mereka. Begitu juga dengan orang-orang India, dengan benua Indianya; dan samalah dengan orang-orang Afrika, Europah, Amerika dan Australia.

Hanya kita, rumpun Melayu ini digolongkan dalam golongan penduduk benua Asia Tenggara.

Kalau dulu orang-orang Melayu ini pindah dari kepulauan sekitarnya, (walaupun sekarang mereka ingin dikenal sebagai orang Indonesia, Brunei, Singapura, Filifina, dll.) mereka tetap akan dianggap sebagai "orang Melayu" juga. Samalah seperti orang China. Kalau mereka berpindah dari Hong Kong, Macau, Taipei dan negeri-negeri yang berdekatan dengannya, mereka tetap akan dianggap sebagai orang Cina. Orang Indonesia, kalau datang ke Malaysia, misalnya, tidak seharusnya dianggap sebagai orang "mendatang". Demikianlah sebaliknya. Kerana mereka masih tinggal bersama dengan "rumpunnya."

Istilah yang diberikan kepada orang Indonesia sebagai "orang asing" adalah ciptaan manusia dan penjajah yang merupakan tinggalan sejarah.

Sepertimana yang saya sering katakan bahawa orang Melayu tidak ada  negeri lain selain daripada Tanah Melayu yang tercinta ini.

Selepas meredekapun ia dikenal sebagai Persekutan Tanah Melayu - bukannya MALAYSIA - dan inilah tanah tumpah darah mereka yang asal.

Nama yang diberikan sekarang kepada beberapa negara di sekitar kepulauan gugusan Tanah Melayu ini adalah merupakan nama "celupan" selepas masing-masing merdeka dan bebas daripada belenggu pejajah.

Walau apapun nak dikata, mereka tetap "serumpun" sepertimana serumpunnya orang China dengan "sepupu" mereka Korea, Jepun, Mongolia, dan Tibet.

Juga India dengan "sepupu" mereka Bengali, Tamil, Bangladash, Pakistan, Seri Langka, yang kini dikenal dengan Asia Selatan.

Jadi jangan ada sesiapa yang menidakkan bahawa negara Malaysia ini adalah kepunyaan dan berasal daripada penduduknya yang terdiri daripada orang yang berketurunan "Melayu" yang serumpun dengan orang-orang yang tinggal di seluruh gugusan kepulaun Melayu, atau nusantara ini.

Sekarang bolehlah kita umpamakan orang Melayu dengan orang Indonesia, Brunei, Singapura, Patani, Kemboja, dll di sekitar nusantara ini sebagai "sepupu" (kalau kita ingin "merenggangkan" kedudukan perhubungan kita sesama Melayu.)

Segala perbezaan yang terdapat sekarang hanyalah perbuatan manusia dan penjajah.

Seperti kata seorang kenalan, Allahyarham Sdr Zain Mahmud,(mantan Pengarah RTM), bahawa asal usul orang Melayu ini kebanyakan berasal daripada Selatan negeri Cina, iaitu daripada Annam, (yang merupakan sebahagian daripada negeri Cina), Champa, Langkasuka, dan sebagainya.

"Andaikata pada bila-bila masa negeri atau orang-orang Cina hendak mendakwa bahawa Tanah Melayu ini "kepunyaan" mereka, kita juga boleh mendakwa bahawa negara Cina "kepunyaan" kita", kerana kita datang daripada wilayah negara mereka.

Ini adalah hakikat sejarah; dan kata-kata Allahyarham itu hanya untuk tujuan berhujah saja.

Wallahu'alam.

mansal damha



 

 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762