BALIK KE MUKA UTAMA


mansal damha <mdamha@yahoo.com>

To: prowaris@yahoogroups.com, editor1@umno-reform.com

Subject: Re: [ProWaris] [PATRIOT] Dr. Mahathir diminta tidak campuri urusan negara

Date: Thu 05/04/06 07:28 AM


SURAT TERBUKA KEPADA SEMUA PEMIMPIN NEGARA


Dari seorang insan yang confused, kecewa, yang benar-benar inginkan perpaduan Melayu/Bumiputra dan Islam demi untuk bangsa, agama dan negara.

Assalamualaikum Semua,

Perbalahan diantar mantan PM YBhg Tun Dr Mahathir dan Kerjaan mengenai isu jambatan JB-Singapura ini harus dihentikan segera.

Ia tidak menguntungkan sesiapa. Malah merugikan semua, khusus kita sebagai Parti yang memerintah dan rakyat Melayu/Bumiptura umumnya.

Kalau tidak ditangani segera, masalah ini akan menimbulkan perpecahan di kalangan kita seperti mana yang telah berlaku tidak lama dulu sehingga wujud dua jenis UMNO - lama dan baru.

Adakah ingin kita melihat perkara ini berulang lagi? Sampai bilakah kita benar-benar dapat bersatu? Bila akan kita kotakan cogankata negara " bersatu teguh bercerai itu rubuh?"

Kalau kita sesama Melayu/Bumiputra dan Islam sebagai tulang belakang kepada Parti yang memerintah tidak dapat bersatu, apakah harapan majoriti kaum lain di negara ini dapat bersatu dan disatukan?

Kan ini juga yang mahu dilihat dan dinanti-nantikan oleh pihak musuh-musuh kita - melihat kita berpecah belah dan bercakaran sesama sendiri?

Musuh-musuh kita cuba mengadu-dumbakan kita sesama kita dengan menyediakan suasana secara halus supaya kita menari mengikut rentak dan gendangnya. Kini tanpa disedari kita telah terperangkap olehnya.

Peristiwa Jambatan Johor-Singapura telah menjadi flatformnya.

Begitu lecek sekali permainan politik antarabangsa tanpa kita sedari.

Saya kira cukuplah sudah kita berbalah sesama sendiri. Rentikanlah perbalahan sia-sia ini.

Jangan dan berhentikanlah mengutarakan teguran-teguran menerusi media, kerna padahnya tidak baik kepada semua, khususnya kita yang meneraju negara ini.

Sudah tibalah masanya semua bersemuka secara muhibbah secara senyap mencari huraian kepada segala masalah yang dihadapi negara, termasuklah hubungan dengan jiran tentangga yang kiasu itu.

Mufakat itu berkat.

Yang muda hendaklah bertemu dengan yang tua meminta penjelasan daripadanya. Kalau perlu, yang muda hendaklah memberikan kedudukan akan perkara sebenarnya yang menyebabkan pembinaan Jambatan JB-Singapura itu terbantut atau perlu dibatalkan.

Semua mesti transparent - telus dan tulus - dalam membicarakan apa yang sebenarnya berlaku - tanpa perlu hebuh-hebuh di dada media.

Masing-masing punya kekuatan dan kelemahan. Akuilah semuanya ini. Muhasabah dirilah masing-masing dan cuba mencari jalan yang menguntungkan negara; yang mengelakkan negara tercemar nama dan maruahnya.

Janganlah hendaknya sesiapa mempunya sedikitpun ultrior motive (niat tersembunyi) sekiranya ada.

Insaflah kita semua menjalankan amanah Allah. Segala-galah yang tersirat akan di ketahuiNya juga, dan tetap akan mendapat balasanNya.

Duduklah berunding secara keluarga; penuh hormat menghormati.

Kalau perlu diadakan orang tengah, mungkin kami yang muda-muda dalam NGO ini, seperti UMNO-Reform atau ProWaris, yang tidak berpihak kepada sesiapapun sanggup saya kira mereka melakukannya.

Ingatlah bahawa tua tidak semestinya dewasa; dan muda tidak semestinya tidak perkasa dan matang dalam pertimbangan mereka.
Hang Nadim telah membuktikannya.

Sekali lagi saya anjurkan: bertemu dan berbincanglah sesama sendiri secara terbuka dan berhemah tanpa perlu hebuh-hebuh di perut media, termasuk media asing seperti BBC - yang tetap akan menangguk di air keruh.

MUFAKAT ITU MEMANG BERKAT. Mufakatlah wahai para pemimpin yang mementingkan negara, bangsa dan agama, lebih daripada kepentingan diri. InsyaAllah segala-galanya akan terhurai kelak.

mansal damha




 

 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762