BALIK KE MUKA UTAMA


Assalamualaikum Sdr Anuar,

Bersama-sama ini saya sertakan pandangan saya bersabit dengan rintihan hati Sdr Raden Jowo tentang "Melayu Bukan Asli". Walaupun pandangan saya menyentuh tentang UMNO kini, ia juga dapat menjawab secara tidak langsung persoalan yang dikemukakan Sdr kita, Sdr Raden Jowo itu.

Saya amat tertarik dengan pandangan yang diluahkan beliau yang sering tulus dan telus.

Kita perlu kemukakan pandangan-pandangan serupa ini untuk mereform minda orang Melayu supaya tidak lupa akan asal usul mereka, disamping menyedarkan bahawa Melayu mempunyi ramai "musuh" di dalam dan di luar "selimut", khususnya Melayu sendiri sepertimana yang berlaku di zaman Melaku dulu.

Jangan ingat Melayu akan sentiasa unggul, tetap akan berada di ddalam dunia ini tanpa perpaduan, khususnya di kalangan mereka sesama sendiri dan sesama serumpun..

Berpartian hanya untuk kepentingan tembolok sendiri dan suku sakat terdekat bukanlah jawapan kepada mempertabatkan bangsa di dalam era kesejagatan dunia hari ini.

Gagal kita mempertahan dan mempertabatkan bangsa, agama dan negara, bererti kemenangan di pihak yang ingin melihat kehancuran kita di dunia sendiri, sepertimana yang berlaku dengan Palestin, Irak, dan banyak lagi negara-negara Islam nanti.

Tunggulah. Masanya akan tiba kalau kita tidak berwaspada. Kalau tidak berwaspada juga, nusa dan bangsa yang akan menjadi mangsa di Nusantara nanti ialah Indonesia, di samping negara-negara di Pulau-pulai Perca kita lainnya.

Ilmu dan kembalinya kita ke pangkal jalan, kepada asal usul kita sahajalah yang akan dapat menyelamatkan kita daripada angkara durjana musuh-musuh kita itu.

mansal damha

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762