|
PANDANGAN M.DAMHA TERHADAP DAKWAAN RADEN JOWO
MENGENAI PROWARIS
Assalamualaikum,
Saya telah mengikut perkembangan ProWaris secara "senyap-senyap"
sejak di hari-hari awal saya dan di sini saya menyatakan
pendapat saya mengenai gagasan perkumpulan Profesional Melayu
itu.
Saya teringat kata-kata sakti mendiang pemimpin India yang ulung
Mahatma Ghandi yang menyentuh tentang bagaimana hendak mengenal
sama ada seseorang itu jujur dari segala segi dan serba seribi
kehidupannya.
Katanya: "Hanya seseorang yang jujur akan mengenali seseorang
yang jujur." (Only the sincere knows the sincere).
Di sini apa yang dikatakan oleh penulis "jowo" itu mengenai
ProWaris dan kegiatan-kegiatannya bolehlah saya anggapkan
sebagai sesuatu yang datangnya daripada seseorang yang kurang
jujur, kerana dia menganggap "semua manusia itu sama" bermotif
dan berniat jahat, atau tidak ikhlas ketika melakukan sesuatu,
sama seperti dirinya sendiri.
Andaian yang dikemukan beliau itu bukan saja nakal dan tidak
berasas, akan tetapi juga membayangkan ketidakikhlasannya
terhadap perjuangan orang yang tidak dikenalinya (jauh sekali
daripada dikenalinya secara dekat atau peribadi).
Andaian beliau juga merupakan sesuatu yang mustahil, kerana ia
tidak bersandarkan kepada penyelidikan atau siasatan yang rapi.
Ia adalah merupakan sebagai andian semata-mata. Tidak lebih
daripada itu.
Kalau tidak pun, bolehlah dianggapkan bahawa penulis mempunyai
niat jahat terhadap ProWaris dengan cuba menghakis kepercayaan
orang-orang Melayu dan Peribumi terhadap perjuangan murninya.
Sekiranya andaian beliau itu dianggap boleh diterima, maka
amalan demokrasi seperti mengutarakan sesuatu percambahan
pendapat, tidak perlu wujud dan tidak akan wujud di negara ini.
Penulis tidak nampak bahawa terdapat bukti yang jelas dan nyata
bahawa ProWaris is a "POLITICAL organisation. It is a NON-GOVERMENTAL
ORGANISATION. It is an NGO, siding no one nor pro anyone, except
those who are "clean and above the laws." as well as those who
subscribe to its struggle.
Ahli-ahlinya tidak terikat dengan suara mana-mana pihak atau
parti-parti politik, hatta orang-orang politik tertentu,
walaupun mereka bebas menganggotai mana-mana parti politik yang
ada di dalam negara.
Saya melihat ProWaris sebagai sebuah pertubuhan yang terdiri
daripada para professional, khususnya orang-orang muda yang
dianggap oleh penulis sebagai sebaya dan sengangkatan dengan KJ,
malah mempunyai ahli, khususnya para penasihatnya, yang berumur
hampir dan lebih tiga suku abad! Kalau dikaji dari struktur umur
ahli-ahli peneraju ProWaris pula mereka jauh lebih berumur dari
KJ. Sikap keterbukaan Sdr Feriz Omar, Presiden ProWaris dalam
mengumpulkan Profesional Melayu dari pelbagai umur juga
menjadikan pertubuhan tersebut "matang" dalam masa yang begitu
singkat.
Ini dengan sah membuktikan kedengkelan penulis tersebut, yang
menulis tidak berpandukan kepada fakta dan penyiasatan rapi
teradap siapa sebenarnya para anggota ProWaris, dan mereka yang
berada di sebalik perjuangannya.
Malah mungkin ProWaris tidak segan silu mengatakan bahawa
platform perjuangannya untuk kembali kepada asal-usul perjuangan
bangsa Melayu kini telah dan sedang mendapat sokongan hangat
setiap lapisan masyarakat di seluruh Malaysia dan luar negara,
yang ingin melihat kedaulatan dan agenda Melayu dimertabat dan
ditempatkan di persada perjuangan yang telah dipelopori oleh
datuk nenek dan moyang mereka. Agenda Melayu bukanlah
semata-mata hak orang perseorangan, walaupun KJ disebut-sebut
oleh Raden Jowo sebagai individu di belakang kegiatan atau
gerakkerja ProWaris.
Sebenarnya, sepertimana yang pernah diceritakan oleh Presidennya,
Sdr Feriz Omar, perjuangan ProWaris untuk memartabatkan melalui
perkataan "Agenda" dan "Melayu" seawal tahun 2001 lagi lebih
awal daripada parti UMNO itu sendiri. Sesungguhnya perjuangan
AGENDA MELAYU itu adalah hak semua orang Melayu yang wujud di
muka bumi ini.
Inilah hakikatnya.
Apa yang saya lihat dalam gerak kerja mereka, ProWaris tidak
mahu melihat kita bercakaran sesama sendiri; sesama bangsa, dan
agama. Kerana ia bukan saja akan merugikan bangsa, tetapi juga
negara keseluruhannya disamping menghampakan perjuangan datuk
nenek mereka.
Berteraskan kepada prinsip inilah maka barisan ProWaris yang
rata-rata terdiri daripada para pemuda yang sedar akan
tanggungjawabnya kepada bangsa, agama dan negara, tampil ke muka
untuk menjadi katalis dan salah sebuah organisasi alternatif
kepada mereka yang menceburi politik semata-mata untuk "mengenyangkan"
diri sendiri dan suku-sakat masing-masing, sepertimana yang
terdapat hari ini, at the expense of the Malays in general.
Sesungguhnya dari perbincangan mereka, ProWaris merasakan bahawa
kekuasaan politik saja belum dapat menjamin kesejahteraan hidup
Melayu, tanpa di masa yang sama mempunyai kekuasaan dalam bidang
ekonomi juga.
Lihat saja apa yang berlaku dengan Indonesia. Segelintir rakyat
bukan peribuminya (5%) daripada 250 juta rakyatnya dapat
menguasai dan mengoncang negara lerama leliatam ekonominya
dengan bersenjatakan "rasuah" sebagai kekuatannya.
Kalau orang lain boleh mempunyai "Shi Qiu" mereka, yang
dianggotai oleh mereka yang serumpun dengannya, mengapa kita
tidak boleh mempunyai ProWaris untuk mewakili kepentingan kita
sebagai tuanpunya negara ini?
Pertubuhan seperti "Shi Qiu" ini tidak memerlukan ProWaris
mempunyai mereka yang berada di dalam UMNO, PAS atau Parti
Rakyat saja. Mana-mana ahlinya. bahkan semua Melayu yang ingin
melihat bahawa negara ini tetap menjadi hak mereka
selama-lamanya, boleh menjadi ahli dan mengikut perjuangannya.
Biarkan mereka (ProWaris) berjuang untuk memastikan hak Melayu
negara ini tidak dicabuli, lebih-lebih lagi menjadikan mereka
merempat di negara sendiri.
Inilah perjuangan ProWaris sebenarnya yang tidak perlu di
dalangi oleh mana-mana pihak, atau sesiapapun, seperti yang
dikaitkan oleh penulis "Jowo" itu.
Di atas kesedaran dan platform inilah ProWaris akan berjuang.
Dan sesiapa yang merasakan dirinya tergolong dalam golongan ini,
ayuh mari kita bersama-sama kembali ke pangkal jalan-jalan yang
telah dapat merobohkan Malayan Union, dan kebangkitan silam
pemerintah Melayu Melaka - agar Melayu tidak hilang di dunia,
bebas, merdeka, berdikari dan mengikut perjuangan datuk nenek
mereka merentas segenap hutan rimba dan lautan dunia menuju
kecemerlangan dan kegemilangan bangsanya.
ProWaris tetap ProWaris - Pertubuhan Professional Melayu di abad
masa kini dan masa depan - yang sedar akan tanggungjawabnya
kepada AGAMA, BANGSA dan NEGARA bukannya di bibir saja, tetetapi
di sanubari yang berkobar-kobar untuk mendaulatkan bangsa dan
negaranya seperti yang dituntut oleh para pejuang terdahulu -
Datuk Bahaman, Dol Said, Mat Kilau, Tok Janggut, Datuk Onn
Jaafar, dan lain-lain.
Mansal Damha
|