![]() |
|
www.malaysiakini.com KONONNYA menerima pendapat tentang ramainya pelayar mereka yang bersetuju dengan MP Loh Seng Kok dan kononnya mereka terhalang untuk bersuara. Mereka kemudiannya menegur Hishammuddin secara liar dengan apabila Datuk Hishammuddin Tun Hussein Ketua Pergerakan Pemuda UMNO mengajak agar perkara ini dibincangkan secara tertutup kerana ini melibatkan sensitiviti agama dan bangsa mereka menuduh yang bukan - bukan. www.malaysiakini.com KONONNYA menerima pendapat dari orang ramai tetapi ada kemungkinan ini adalah hasil tulisan mereka sendiri untuk isu ini diperbesarkan untuk tujuan sama - menuntut agar Suruhanjaya Antara Agama di laksanakan. Tekanan isu ini mempunyai motif oleh www.malaysiakini.com yang turut lantang membicarakan isu - isu ketidakadilan khususnya yang melibatkan Islam. Apakah benar seperti kata - kata pengirim tersebut: apakah mereka mahu mencabar? Kita saksikan antara komen - komen yang bagi saya mempunyai agenda perkauman yang menuntut dan mendesak agar kita Melayu memberi lebih dari apa yang telah di berikan. Rumusan KONONNYA pendapat orang ramai atau hanya terbitan perang saraf Malaysia Kini: Komen - komen yang di utarakan kononnya hadir dari nama - nama Melayu dan komen - komen tersebut antara lain turut menyatakan peranan Cina sebagai pembayar cukai terbanyak, betapa malunya mereka hidup di Malaysia, kononnya masa depan anak - anak mereka terancam dan KONONNYA kumpulan Hindu menyokong MP Loh Kok Seng. Sebenarnya www.malaysiakini.com cuba memperjuangakan agenda bangsa - bangsa mereka, mendesak itu dan ini dan cuba mempengaruhi Melayu untuk melihat ketidakadilan kerajaan terhadap bangsa asing. Apa sebenarnya yang mereka mahu! Apakah tidak cukup segala pegangan ekonomi mereka dalam negara Islam dan negara yang asasnya Tanah Melayu? Sudah sampai ke masa untuk Melayu menuntut hak mereka? Kita Melayu juga dihalau dari penempatan yang statusnya Peneroka Kota. Tindankan Hisham adalah untuk tidak berkonfrantasi secara terbuka, tetapi agenda www.malaysiakini.com adalah berbeza. Lebih terbuka lebih mudah untuk mereka menuduh bahawa bangsa - bangsa lain di Malaysia terpupus hak mereka dan mahu menuntut lebih dari apa yang patut. Siapakah sekarang bermain isu perkauman , Melayu atau Cina khususnya?
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|