|
formmail.to: umnoreform
From_Email: l663p@yahoo.com.my
From_Name: min
Subjek: Comment
Pesanan: Komen Pak Ali dari Padang Serai saya setuju.Tetapi
seperti yang saya emailkan kepada umno-reform sebelum ini
ketaatan ahli UMNO tidak akan berubah. Ini dapat dilihat
di tempat saya bertugas yang majoriti orang melayunya
adalah penyokong UMNO(Saya bertugas di sebuah pekan kecil
di Kedah). Saya dapati orang-orang melayu di sini tidak berasa
apa-apa
dengan kenaikan harga minyak.Malah mereka tidak ambil peduli
langsung apa sahaja yang berlaku di dalam negara
kita.Kesedaran politik mereka sungguh rendah.Ini dapat
dibuktikan dalam pilihanraya yang sudah mereka memberi
undi kepada calon MCA sedangkan kawasan tersebut adalah majoriti
melayu. Bukan sahaja kesedaran politik mereka rendah,kesedaran
agama turut rendah.Majlis-majlis ilmu tidak dibenarkan di
masjid.Bacaan yasin pada malam jumaat saja yang boleh.Saya
rasa lain-lain tempat pun mentaliti orang UMNO serupa saja.
Inilah yang dikehendaki oleh para pemimpin UMNO,lagi BODOH
orang UMNO lagi baik untuk survival politik mereka. Saya
pasti orang UMNO yang ada kepentingan bersetuju di dalam
hati kecil mereka akan kenyataan ini.
|