|
Mahathir kurang ajar terhadap Pak Lah
Isu AP - Permit Lulus yang menjadi hangat masih belum menampakkan keredaan. Dato Shahrir Samad mendesak agar DS Rafidah Aziz meletak jawatan - begitu juga suara - suara lain dalam UMNO yang melahirkan tidak puas hati mereka terhadap dasar automatif yang secara tidak langsung dikatakan merugikan perusahaan tempatan. Sebenarnya isu ini mampu diatasi dengan mudah sekali - namun kemungkinan kepentingan lain selain dari kepentingan negara diambil kira mengakibatkan persoalan ini terus heboh tanpa penyelesaian. Dato Shahrir Samad baru - baru ini mengatakan bahawa komponen tempatan tidak semestinya terlampau menyeluruh untuk pengiktirafan kereta nasional kalau kos tidak kompetitif. Namun apa sahaja cadangan yang di beri sungguh pun elok tetapi ianya masih belum dapat menyelesaikan kemelut yang ada.
Ini hadir kerana terlampau banyak perkara - perkara terselindung yang tidak boleh di suarakan secara terbuka. Perlindungan ini - akan terus menyemarakkan kemelut AP. Apa pun persoalan utama yang mahu di utarakan adalah Mahathir kurang ajar terhadap Pak Lah.
Apa yang jelas - se jelas mungkin adalah, Mahathir tidak menyuarakan isu ini kepada Pak Lah. Mahathir semasa beliau memerintah lagi sudah timbul isu pengagihan AP kepada kronis. Ini bukan satu perkara yang baru. Rafidah Aziz adalah menteri
yang hadir pada zaman pemerintahan Mahathir dan sebarang kesalahan polisi dan kegagalan dasar harus juga dipertanggungjawab ke atas bahu
Dr Mahathir.
Hari ini Tun Dr Mahahtir terus menyuarakan isu AP. Rafidah menjadi sasaran utama sedangkan Rafidah mempunyai tuan baru yang bertanggungjawab atas semua keputusan beliau. Rafidah
kini adalah menteri dalam era pemerintahan Pak Lah. Bukan sahaja beliau bertanggungjawab dalam isu ini malah Pak Lah sendiri turut berkongsi tanggungjawab kerana hari ini - Malaysia adalah di bawah pemerintahan beliau.
Namun Tun Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri yang menjadi ampuan kita terdahulu tidak langsung bertindak untuk menyelesaikan isu ini secara yang lebih berhemah - bertemu dan berbincang dengan Pak Lah. Apa dan kenapa beliau tidak berbuat demikian dalam usaha beliau menjaga kepentingan
Proton adalah satu persoalan utama.
Beliau mengambil pendekatan untuk terus mempolemikkan keadaan dan meletakkan kerajaan pimpinan Pak Lah dalam keadaan yang agak tersepit. Pak Lah tidak akan mengambil tindakan yang terlampau drastik buat masa ini tetapi akan terpaksa melakukan sesuatu sebelum isu ini merebak sehinggakan UMNO bergolak dengan suara - suara kemarahan mengenai terminologi lembu suci dan pengkhianatan bangsa. Hari
ini Rafidah telah di anugerahkan terma baru - Permaisuri Parlimen.
Mahathir punya strategi lain
Mungkin benarkan teori yang disampaikan - mengenai usaha untuk meminumkan usia kepimpinan Pak Lah sedang berlaku. Tekanan - tekanan yang disengajakan akan dilaksanakan sehingga meletakan kepimpinan Pak Lah di hujung tanduk. Rakyat membaca se tidak - tidak laman
ini turut mempamerkan apa isu sebenarnya. Usaha yang jelas adalah serangan terhadap Rafidah secara terbuka - mendesak rakyat untuk ambil tahu bahawa Rafidah adalah seorang Menteri di bawah pentadbiran Pak Lah yang gagal menjaga perusahaan tempatan khususnya perniagaan Melayu sehingga kini masalah itu tidak dapat di selesaikan.
Pak Lah yang menjadi Perdana Menteri - orang yang bertanggungjawab terdapat Rafidah Aziz dan MITI akan turut dilabel dengan senario yang sama - selagi Rafidah kekal dalam kabinetnya selagi itu Pak Lah dianggap lemah.
Hentaman dari Tun Dr Mahathir memberi mesej yang jelas - kepimpinan Pak Lah lemah dan tidak serius dalam usaha konon - kononnya di laksanakan oleh beliau demi kepentingan Melayu.
Kerana itulah - dilabel Mahathir kurang ajar kepada Pak Lah. Mahathir mampu bertemu Pak Lah membicarakan isu ini - tetapi sebaliknya bertindak menghentam Rafidah yang pasti terpalit ke muka Pak Lah.
Pak Lah sedang dinanti - pecat Rafidah atau terus bermain isu ini dengan
harapan isu ini menjadi sejuk. Mampukah Pak Lah mendengar - melaksanakan - singkir Rafidah Aziz.
Mahathir
tetap dengan prinsip bahawa ini bukan isu peribadi beliau dengan Rafidah.
Beliau menjaga kepentingan Proton dan menurut beliau dasar dan cara
pemberian AP meletakan industri permotoran Malaysia dalam bahaya. Pak
Lah membuat arahan agar Rafidah menjawab dalam parlimen namun tidak ada
satu keputusan konkrit yang hasil melainkan ketidakpuasan hati MP. Benar
Proton dalam bahaya - apakah sekarang Mahathir hanya mahu menghentam
Rafidah atau sekali gus Pak Lah kerana tidak mengambil langkah konkrit
memperbaiki dasar -dasar yang sedia ada dan menyelamatkan Proton.
Apa
sebenarnya di belakang isu AP ini?
|