![]() |
|
Mahasiswa terpinggir Hari demi hari pelbagai kenyataan dan idea bernas dikeluarkan oleh pelbagai pihak untuk memertabatkan universiti di Malaysia ke arah kecemerlangan dan hasrat ini amat membanggakan. Orang ramai pun terpegun apabila membaca segala janji dan usaha universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi ke arah tersebut tetapi malang sekali kebanyakannya bertumpu kepada penyelidikan, pengkomersilan produk, penarafan universiti agar setara dengan Harvard University dan Cambridge, perlumbaan untuk mengaut sejumlah besar pingat emas di pameran dan ekspo luar negara dan menaikkan pangkat pensyarah ke jawatan profesor. Kempen demi kempen serta upacara besar dijalankan untuk menghebahkan kejayaan universiti dan Naib Canselor.
Apakah ini semua diperlukan dan dijalankan sebagai satu
piawai kejayaan universiti? Isu pengangguran pelajar masih jauh dari
penyelesaian dan janganlah ada-adakan sebab kami tidak tahu
berkomunikasi, kepimpinan rendah, soft skill tidak ada dan sebagainya.
Kalau semua ada, pengangguran di kalangan pelajar teap tinggi kerana
realitinya terlalu banyak universiti diwujudkan dan bertambah ramai yang
berijazah dan peluang pekerjaan sudah hampir ke tahap tepu. Adakah tidak Harvard University atau MIT mengambil bahagian dalam eskpo tersebut menyebabkan IPTA Malaysia begitu ghairah? Tambahan pula ada beberapa universiti memberi ganjaran beribu-ribu ringgit lagi atas kemenangan palsu ini. Kami berasa kami sebagai pelajar tidak pun mendapat perhatian dan diperuntukan oleh universiti sejumlah yang begitu besar sebagai sumbangan yang telah diberikan. Pingat emas yang dimenang oleh pelajar dalam pertandingan antarabangsa dapat apa? Kami cuma layak diperalatkan untuk menjayakan agenda Kementerian dan universiti dengan menghadiri upacara rasmi supaya dewan penuh dengan audien. Ganjarannya makan dalam kotak bungkusan, naik bas beratus batu perjalanan dan tidak dapat menghadiri kuliah penting, tidur berkongsi bilik dengan pelajar IPTA yang menjadi tuan rumah dan kerap kali terpaksa keluar duit sendiri untuk makan-minum. Kami menyokong kerajaan, tetapi bandingkan apa yang kami dapat dengan sanjungan dan penghargaan yang diberikan oleh universiti kepada pensyarah.
Mereka dapat elaun dan tidur di hotel berbintang dengan
makan-munum yang enak-enak. Kami sering kali dikatakan sebagai aset
utama universiti tetapi layanan yang diberikan tidak menggambarkan
sedemikian. Ini adalah kerana Kementerian dan universiti terlalu
menumpukan kepada penyelidikan, pingat emas dan kejayaan peribadi Naib
Canselor semata-mata. Nampak jelas bahawa hal ewhal dan kebajikan pelajar tidak ada dalam senarai keutamaan Menteri dan kami terus dilupakan. Kami memenuhi sebahagian dari dewan auditorium tersebut. Bercakap fasal modal insan, namun bukan pelajar yang diberi tumpuan secara spesifik. Perutusan Menteri amat kabur dan kami mengharapkan satu penekanan perananan universiti untuk mencemerlangkan pelajar dengan menyediakan prasarana, kemudahan, program dan peruntukan yang lebih besar dari yang sedia ada. Dalam MPPK pula kami tidak diberi kebebasan untuk menyuarakan hasrat kami kepada TPM kerana dikawal oleh Pengarah Unit Pembangunan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar KPTM. Senarai yang disediakan untuk pertemuan dengan TPM bukan suara dan hasrat kami sebenar.
Apa gunanya MPPK? Kalau dulu kami boleh menyuarakakn
pandangan tanpa batasan, tetapi kini ditentukan oleh Dr. Mohamad Hussin
yang mengatakan bahawa dia adalah lebih berkuasa dari Naib Canselor dan
Timbalan Canselor sebab dia di Kementerian, selepas Menteri. Kami berasa
kami lebih dikongkong oleh Kementerian dari universiti sendiri. Kami
diarah datang ke Putrajaya dan beberapa tempat lain hanya untuk
mendengar celoteh Dr. Mohamad Hussin sehingga kuliah penting terpaksa
ditinggalkan. Tidakkah ia ada kerja lain di Kementerian? Rayuan kami
ialah agar Menteri Pengajian Tinggi lebih kerap berbincang dengan
pelajar dan pegawai atasan universiti, bukan melalaui Dr. Mohamad Hussin
agar kebajikan dan hal ehwal kami lebih terjamin dan diberi perhatian
serius. Jika tidak sokongan kami terhadap kerajaan dan Menteri akan
tidak lama berkekalan. Dr. Mohamad Hussin bukan orangnya sebab dia
kadang kala amat biadab dengan kami.
|
|
Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762
|