BALIK KE MUKA UTAMA


formmail.to: umnoreform

From_Email: lunyai

Subjek: Request for Proposal

Segera: Yes

Pesanan: Assalamualaikum,

Bila bahasa lenyap, maka lenyaplah bangsanya bersama-sama bahasanya. Lihat bahasa, lihat pula bangsanya. Mana perginya melayu yang bersopan santun beradap mulia? Tiada lagi anak-anak melayu yang beradap untuk bertegur-sapa apabila bertembung dengan orang-orang tua. Tiada lagi anak-anak melayu yang menundukkan sedikit kepalanya apabila melistasi dihadapan orang-orang tua. Melayu semakin lupus akibat daripada perbuatan tangan-tangan melayu durjana yang mengejar untung nasib sendiri tanpa memikirkan nasib melayu lain. Maka laknatlah melayu-melayu seperti itu yang mementingkan keluarga-puak-puak dan kroni-kroni, yang membuncitkan perut hanya antara mereka sahaja. Melayu bawahan, melayu yang menyokong juga yang merana.

Tapi aku tidak ambil peduli mengapa mereka merana kerana aku tahu mereka sendiri yang memilih jalan merana kerana memilih melayu durjana menjadi pemimpin mereka. "Celaka punya melayu" untuk siapakah perkataan itu harus aku humbankan? Adakah untuk melayu yang merana? atau Adakah untuk melayu yang mementingkan diri, keluarga, dan kroni? Jawapannya adalah kedua-dua mereka patut dihumbankan perkataan sedemikian. Siapa yang bodoh dan siapa yang pandai? yang bodoh memilih si pandai. Yang pandai pula, pandai dalam segala penipuan, penindasan, korupsian, rompak dan penghapusan...hah samalah kamu- bodoh pandai, pandai bodoh. mengapalah melayu-melayu durjana ini diberikan kuasa? tidak cukup hanya dengan itu, bahkan mereka juga dijulang dan diagong-agongkan...

Semoga Allah memelihara mereka yang sedar akan keadaan yang berlaku, dulu, kini dan selamanya...

 

 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762