BALIK KE MUKA UTAMA

Budaya lantikan keluarga dalam UMNO

From_Email: lilyusop@hotmail

From_Name: abdul jalil yusop

Subjek: Comment

Segera: Yes

Pesanan: Berkaitan kedudukan abang MB Negeri Sembilan yang begitu istimewa, sebenarnya bukan perkara baru dalam UMNO. Sebagai ahli parti dan rakyat Malaysia, perkara seperti ini berlaku di mana-mana kepimpinan parti peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat. 

Cuma tinjau di peringkat negeri:

- Suami sebagai Ketua cawangan

- isteri pula sebagai AJK Wanita Cawangan kalaupun tidak sebagai Ketua 
atau Naib Ketua

- Anak pula ada yang jadi Ketua Pemuda/naib Ketua Pemuda ataupun Ketua 
Puteri.

Perkara yang sama turut berlaku di peringkat Bahagian, bukan saja di  Rembau, tetapi kalau dihalusi terdapat berpuluh-puluh lagi bahagian yang`turut mencatatkan' fenomena yang sama.

Sering sangat hal-hal macam ini orang kaitkan kes YAB Dato Seri Shahidan Kassim dan kes menantu Pak Lah, Khairy Dato Jamaluddin apabila `diberi' laluan mudah sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Begitu juga  dengan kes YAB Dato Mohamad Hasan yang melantik abangnya (Dato Azman)  sebagai Setiusaha Bahagian, Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri dan kemudian menjadi `tenaga penggerak' dalam persatuan bolasepak negeri.

Perkara seperti ini telah lama berakar umbi dalam UMNO di peringkat  cawangan, bahagian, negeri dan pusat. Dan, kita perlu ingat tidak ada `satu garis panduan' hal ini. Setiap ahli mempunyai hak yang sama untuk `bertanding' dan `menjawat' apa-apa jawatan dalam parti.

Cuma masalah yang timbul, apabila Menteri Besar dan Ketua Menteri  sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri `melantik' saudara sendiri mengisi jawatan tertentu dalam parti. Mungkin, UMNO perlukan satu garis panduan supaya `perkara ini' tidak menjadi bahan `tertawa', `sendaan', `sindiran' supaya kewibawaan penjawat jawatan itu tidak lagi dipertikaikan. 

Sekiranya `saudara mara' penjawat jawatan itu bertul-betul berminat,  bertandinglah jawatan-jawatan yang dipertandingkan seperti Ketua Bahagian, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Wanita, Naib Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda, Ketua Puteri, Naib Ketua Puteri dan barisan Ahli Jawatankuasa. Mereka seharusnya `masuk gelanggang',  bukannya diberi `kedudukan' dalam parti melalui jawatan-jawatan yang `dilantik'oleh Ketua Bahagian seperti Setiausaha, Penolong Setiausaha (Wanita, Pemuda & Puteri), Bendahari dan Penolong Bendahari (Wanita, Pemuda dan Puteri, Ketua Penerangan dan beberapa `kerusi kuota' tambahan Ketua Bahagian.

Sekiranya, `ketua' melantik saudara mara menduduki jawatan-jawatan yang  `dilantik' berdasarkan kehendak ketua, memanglah Ketua bahagian itu  bukanlah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, yang perlu disegani dan  seperti kata sesetengah pemimpin, pemimpin seperti ini memang tidak bermoral. Pemimpin seperti ini gunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi dan kaum keluarganya saja. 

Slogannya untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat, hanya omong kosong,  hanya cakap-cakap politik semata-mata. Pemimpin seperti ini seharusnya  malu, kuasa yang diberikan oleh rakyat dengan terang-terang telah disalahgunakan. 

Jika orang ramai mempersenda, memperli dan mengeluarkan kata-kata yang 
keterlaluan, mereka perlu salahkan diri sendiri kerana telah `menipu  rakyat' secara terang-terangan.

Sekian.

  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762