|
To: editor1@umno-reform.com
Subject: Berkongsi pengalaman
Date: Sat 03/25/06 04:30 AM
Saya pernah bertugas di salah sebuah syarikat farmasi terbesar
di pantai timur pada lewat tahun 90-an.Sekarang syarikat
itu mungkin telah terkubur,banyak cawangan ditutup.Saya
ingin berkongsi pengalaman bekerja di sana.Pihak pengurusan
terlalu bersikap boros ,suka berhutang hingga di luar kemampuan
untuk membayar dan kadang kala bersikap ego terhadap para
pekerja.Ini adalah ciri yang terdapat pada sesetengah
usahawan melayu dan salah satu punca ke"bankrap"an mereka.Kepada
usahawan melayu yang lain diharap pengalaman saya ini dijadikan
sempadan. Kita mesti ingat rezeki datang dari ALLAH SWT
dan DIA boleh menarik balik rezeki yang diberikan kepada
kita dengan sekelip mata.Sekarang alhamdulillah saya mempunyai
farmasi sendiri dan saya sentiasa berhati-hati agar tidak
bersikap seperti majikan saya yang lama. |