|
Bila SIS, Pirdaus diam
lan
Pemuda tidak peka isu yang di bawa oleh SIS? Bikin malu pemuda UMNO sahaja. Saya percaya kerana ini UMNO akan lebih kelihatan jelas hanya mementingkan kedudukan biarpun bilamana agama terancam.
Saya syorkan agar umno-reform mencabar Pemuda UMNO Malaysia untuk membuat ketetapan mengenai SIS.
Posted on Apr 30, 2005, 2.07 AM
Macam mana EXCO Pemuda, bekas Imam Ustaz Pirdaus Vs SIS
by Mia
Terbaca tentang ualsan Datuk Pirdaus Exco Pamuda tu tentang SIS. Beliau kata ada yg setuju dan ada yg tak setuju dgn Sister In Islam. Katanya dia tak mahu komen panjang kerana belum mengenali SIS tu!.
Ini satu lagi daleh dan alasan yang ahli agama Umno 'mainkan'bila ditanya perkara yg agak menjadi perhatian umum sekarang. Apatahlagi SIS diterajui oleh org2 yg dekat dgn ketua jamaah mereka. Adalah sesuatu yg tak masuk akal, kalau bekas imam itu tidak 'belum mengenali' SIS. Harap2 dia bersegera mengenali SIS supaya dapat memahami tingkahlaku mereka.
Adakah Ustaz takut dgn SIS?.....
Kalau beginilah sikap ahli agama dlm umno, tak sukarlah kita memahami mengapa ahli Umno jahil dan tidak sensitif akan isu moral dan akhlak!.
Ustaz Pirdaus pun hanya akan jadi sptmana ustasz2 umno terdahulu, tak boleh 'mengajar' ahlinya dengan baik!. Maka usahlah kita berharap Umno akan perjuangkan Islam. Ahli agama umno hanya jadi hulubalang untuk menangkis 'serangan' PAS shj........
Demikianlah adanya.
Posted on Apr 29, 2005, 1:47 AM
PIRDAUS
by Dayzharboo
PIRDAUS seorang yang dihormati kerana ia telah didukung ke persada yang gemilang sebagai seorang Imam di sebuah masjid yang terkenal di Malaysia.
Hari ini imej beliau telah menjunam kerana perangainya yang "unImam". Kedudukannya dalam arena politik telah meletakkannya setaraf dengan MB Pahang. Orang Melayu tidak pandang wang ringgit tetapi budi bahasa dan sopan santun. Terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak tingkah-laku, buruk padahnya. Sebagai pemimpin, mereka dimestikan memainkan peranan penting dalam membentuk tatatertib rakyat tetapi "harapkan pagar, pagar makan padi"
Mengapa pemimpin Melayu dan Islam tidak dapat menunjukkan sikap yang bersopan santun. Adakah mereka beranggapan "We are above the laws" - It is difficult to be humble when we are great"
Orang Melayu bukan lagi bersikap kekampungan. Kamu dihormati bukan kerana kedudukan dan kekayaan tetapi kerana keintelektualan pemikiran dan kesopansantunan kamu.
Posted on Apr 29, 2005, 7:17 PM
Pirdaus, Umno dan Inul
by Lia darista
Konsert Inul hampir pasti terlaksana atas 'ihsan' Umno. Walaupun berjuta orang membangkangnya, inul akan muncul kerana Umno!walaupun jumhur rakyat Malaysia tidak mengemari dan tidak menyukai konsert dangdut itu atas pelbagai alasan, terutamanya alasan agama, Umno tetap persetankan alasan agama kerana bagi Umno apa yang rakyat hendak, mereka akan berikan. Rakyat nak judi, di sana ada judi halal. Rakyat nak arak, di sana juga ada arak berlesen. Rakyat nak rock, rock disajikan...... bila ada segelintir rakyat nak dangdut mereka pun berikan tanpa sebarang penangguhan lagi.
Maka apa lagi seronoklah para insan yg ingin memenuhi jiwa mereka dgn apa yg mereka kata sebagai 'hiburan' itu. Dan tentunya konsert ini akan dapat menebus kehampaan bbrp exco Umno yang gagal dalam lawatan sambil belajar 'gelek' di Mesir tempohari.
Yang Umno tak nak berikan kpd rakyat ialah apabila rakyat nak Islam dilaksanakan sepenuhnya. Ini yg Umno bangkang dan marah dgn permintaan rakyat seperti itu!
Golongan agama dalam umno terlalu banyak sangat alasan untuk tidak mahu 'campurtangan' dlm hal konsert yg mereka sendiri tahu haram dan di murkai Allah itu. Dgn kebisuan ahli agama dalam Umno inilah menyebabkan makin ramai lahir anak melayu yg ibu bapa mereka Islam. Mereka pun akan minta yg 'menyeronokkan' shj dari Umno. Maka umnopun seronoklah melayan kehendak mereka.
Maka tak hairanlah ada pencacai yg menulis dan menyeru agar konsert seperti zaman jahiliah itu di teruskan dlm bentuk 'terkini'.
Posted on Apr 30, 2005, 10:56 PM
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|