|
Jawatankuasa Disiplin Jangan Menjadi Kuda Tunggangan
Saya memohon komen terbuka sdr mengenai perkara ini Adakah patut KMU dikenakan tindakan seperti Zaid Ibrahim - Kota Bharu yang
digantung kerana mencemarkan nama jawatankuasa tatatertib ?
kiriman :UMNO Teluk Kemang
Tuesday, June 21 @ 00:33:20 MYT
Jawatankuasa Disiplin UMNO tidak harus menjadi alat untuk mencemarkan imej
mana-mana pemimpin UMNO. Sebagai sebuah jawatankuasa yang diberi tanggungjwab menguruskan disiplin parti, mereka seharusnya menjalankan
tugas dengan dedikasi dan menguruskan dengan bijaksana. Apabila Jawatankuasa Disiplin membuat kenyataan akhbar mengenai
kemungkinan pemimpin kanan parti akan dipanggil menghadap jawatankuasa disiplin maka ia menimbulkan pelbagai khabar angin, fitnah dan polemik
yang hanya menjejaskan imej pemimpin UMNO.
Penulis tertanya-tanya, apa perlunya Jawatankuasa Disiplin menyatakan secara
samar-samar sehingga memburukkan imej kebanyakan pemimpin kanan UMNO? Aapakah ada usaha pihak dlam jawatankuasa disiplin untuk melakukan
smear campaign / kempen memburukan peribadi terhadap beberapa tokoh politik UMNO?
Jawatan Kuasa Disiplin sepatutnya menjalankan tugas dengan senyap dan
tertib, dan mengumumkan keputusan mereka apabila sudah menjalankan siasatan dengan teliti.
Apa pentingnya memberi kenyataan akhbar yang kabur hingga merosakkan imej
para Naib presiden UMNO? Apakah Jawatan Kuasa Disiplin sudah menjadi alat
tunggangan kumpulan tertentu di dalam UMNO? Jika berani membuat kenyataan akhbar, maka mereka harus berani menamakan siapa tokoh
yang akan dipanggil.
Sebaliknya, bila membuat pengumuman kabur seperti ini, mereka bukan
sahaja tidak berlaku adil kepada pemimpin kanan UMNO tetapi juga telah membantu mencemarkan imej UMNO.
Kalau mahu memberi kenyataan akhbar berilah dengan jelas dan tepat kerana Jawatankuasa Disiplin harus menampakan ketelusan bukannya agenda
politik mereka.
Sudah banyak dipertikaikan kredebiliti Jawatan Kuasa Disiplin yang tampak memberi hukuman yang berbeza berdasarkan kumpulan mana pemimpin
tersebut berada.
Apakah semua langkah jawatankuasa disiplin ini disusun untuk memusnahkan
beberapa ahli politik kanan secara licik? Jika tidak masakan Jawatan
kuasa ini begitu ghairah memberi kenyataan akhbar lagak seumpama ahli
politik.
Jawapan
www.umno-reform.com
Persoalannya adalah
Saya memohon komen terbuka saudara mengenai perkara ini "Adakah patut KMU dikenakan tindakan seperti Zaid Ibrahim - Kota Bharu yang digantung kerana mencemarkan nama jawatankuasa tatatertib" ?
Merujuk kepada persoalan di atas kami di www.umno-reform.com tidak bersetuju sekiranya tindakan diambil ke atas Kelab Maya UMNO dalam artikel mereka Jawatankuasa Disiplin Jangan Menjadi Kuda Tunggangan. Bagi www.umno-reform.com mereka bertindak
agak berani dalam memberi komen - komen terhadap Lembaga Disiplin dan ini merupakan satu kejutan dari kepada kami. Kelab Maya UMNO selama ini bagi kami tertakluk kepada peradaban ketat dan tidak memungkinkan mereka untuk menulis artikel sedemikian tetapi hari ini
ianya nampak berubah.
www.umno-reform.com mengamalkan hakikat keterbukaan yang membenarkan sebarang kritikan di lontar baik kepada kerajaan, kepimpinan dan juga kepada www.umno-reform.com sendiri. Oleh itu kami tidak bersetuju dengan sebarang tindakan diambil ke atas Kelab Maya UMNO malah bagi kami - tindakan menggantung Zaid Ibrahim juga tidak tepat atas tuduhan
mengkritik Lembaga Disiplin tersebut.
Sesiapa pun bagi kami boleh mengkritik Lembaga Disiplin yang bagi kami perlu juga disusun semula kerana takut sekiranya adalah sentimen lain menyusup masuk dalam memperngaruhi Lembaga tersebut.
Kita mahu mereka telus dan memainkan peranan independen dan lebih penting lagi komposisi yang bebas.
Oleh itu www.umno-reform.com dalam pandangan ringkasnya tidak bersetuju untuk terus di kenakan tindakan kerana mengkritik Lembaga Disiplin.
Sekian
|
|
Interaksi
atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
|