BALIK KE MUKA UTAMA

Kenyataan Media
Parti Keadilan Rakyat


24 April 2005

Penggiliran Jawatan Ketua Menteri Mengikut Kaum Bukan Isunya !


Usul oleh Umno Bahagian Bukit Mertajam mengenai isu sistem penggiliran jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang berdasarkan kaum tidak relevan. Ia cuma usaha terkini UMNO untuk menaikkan semula sentimen perkauman dalam negara.

Sebagai sebuah parti perkauman sememangnya UMNO akan menggunakan isu isu seperti ini untuk meneruskan survival politiknya. Ini dijelaskan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam laporan akhbar berkata cadangan Umno Bahagian Bukit Mertajam kelmarin itu bukan isu baru tetapi sudah dibangkitkan beberapa kali.

Parti Keadilan Rakyat menganggap isu penggiliran itu tidak masuk akal kerana berunsurkan perkauman dan hanya usaha BN membangkitkan perebutan kuasa politik berasaskan kaum.

Apa yang lebih mustahak ialah seorang Ketua Menteri yang mampu mentadbir negeri dengan bersikap adil, terhadap semua kaum, latarbelakang dan kepercayaan. 

Jawatan Ketua Menteri ini perlu disandang bukan berdasarkan kaum ataupun parti anutan mereka tetapi jawatan itu perlu disandang oleh seseorang berdasarkan integriti dan kemampuan.

Rakyat perlu melihat perkembangan membawa isu penggiliran berdasarkan kaum ini merupakan usaha parti-parti dari Barisan Nasional dalam meraih sokongan dengan cara membawa isu perkauman sempit yang sebenarnya hanya untuk mengekalkan sokongan dengan memecah belahkan perpaduan antara kaum.

Perkembangan ini dilihat langsung tidak membawa faedah terhadap perpaduan negara.

Dengan membangkitkan isu ini UMNO mengakui, Ketua Menteri Pulau Pinang yang ada sekarang gagal dalam bersikap adil kepada semua kaum khususnya Melayu. Isu peminggiran Bumiputera sebenarnya berlaku di hampir semua negeri (bukan sahaja di Pulau Pinang) ekoran sistem pembahagian ekonomi yang tidak adil.

Parti Keadilan Rakyat menyeru agar rakyat tidak melayan isu-isu perkauman seperti ini. 

Salam Reformasi.
Tian Chua

Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat

 

  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762