|
9. Namun demikian, mutakhir ini, masalah pendidikan
orang Melayu sering menjadi tajuk perbahasan di
kalangan beberapa banyak orang Melayu yang prihatin,
terutama di kalangan pakar pendidikan Melayu, ahli
politik, goLongan intelek, dan para aktivis budaya
dan bahasa Melayu. Isu dan masalah kelemahan pelajar
MeLayu, berbandingan dengan pelajar bukan Melayu,
khususnya dalam bidang Sains dan Metematik, daLam
mata pelajaran Bahasa Inggeris, bahkan dalam bahasa
Melayu sendiri, kerap memenuhi halaman akhbar.
10. Pendidikan adalah kunci kepada masa depan.
Lemahnya kita daLam bidang pendidikan maka Lemahlah
masa depan kita. Kita akan lemah dalam bidang
ekonomi, kita akan lemah dalam bidang potitik, dan
kita akan lemah dalam mempertahankan Islam yang kita
cintai.
11. Pelbagai data dan maklumat terkini mengenai
pencapaian anak Melayu datam bidang pendidikan
menggerunkan kita. Tidak dinafikan, hari ini kita lebih maju daripada kelmarin, tetapi kemajuan orang
lain jauh Lebih ke depan daripada kemajuan yang kita
capai. Seolah-olahnya masa depan kita masih kabur.
Seolah¬olahnya 48 tahun merdeka tidak cukup bagi
mengangkat martabat umat kita menjadi setanding
dengan kaum lain. Maknanya tarikh kemerdekaan yang
baru kita rayakan kelmarin masih datam erti kata
yang terbatas. Bukan hanya dalam konteks kebendaan
tetapi lebih besar lagi dalam konteks kebebasan
sebenar. Kata orang, harta kekayaan boleh hilang.
Wang ringgit boleh turun nilainya. Bahkan kuasa
MeLayu juga boleh lesap kalau kita tidak menjaganya
pada hari ini. Namun kalau anak-anak kita terdidik
dengan baik, seLagi akalnya siuman, tiada siapa yang
boLeh mencabut ilmu dan kemahirannya keluar daripada
dalam dirinya. Ilmu dan kemahiran adalah asas
kebebasan dan kemerdekaan yang hakiki. Ia memberi
kepintaran dan kekuatan kepada umat kita bagi
membuat keputusan mengenai hidupnya.
Tersasarnya Dasar Pendidikan
12. Pada tahun 1996, Parlimen telah meluluskan
sejumlah akta yang berkaitan dengan bidang
pendidikan, yang secara keseluruhannya menghakis
kedudukan dan peranan bahasa MeLayu sebagai bahasa
pengantar utama dalam sistem pendidikan negara yang
teLah diasaskan oleh Penyata Razak dan Rahman Talib.
Malah yang menyedihkan Lagi, universiti-universiti
asing diberi ruang yang luas bagi menubuhkan
kampus-kampus cawangan di negara kita. Tambah
memburukkan lagi, ialah keghairahan Menteri
Pendidikan pada waktu itu membenarkan IPTS menggunakan
bahasa yang lain daripada bahasa Kebangsaan sebagai
bahasa pengantar. Pada tahun 1996, Lebih daripada
200 buah IPTS yang menggunakan bahasa Inggeris
meningkat menjadi 500 buah pada tahun 1999. Sayugia
diingatkan bahawa jumlah pelajar IPTS pada tahun
1997 melebihi 140 ribu orang, dan daripada jumlah
nii hanya 5% sahaja pelajar Melayu.
teruskan membaca
|